23 Resepi Makanan Bayi 8 Bulan PATUT Dicuba, Air Tangan Ibu Akan Buka Selera Anak!

lead image

Kering idea nak buat makanan si kecil? Ini ada 23 resepi makanan bayi 8 bulan yang sedap, enak dan sungguh lazat. Tentunya si manja suka bila ibu masak ini.

Bayi 8 bulan yang tiada sebarang alahan dan masalah kesihatan boleh menikmati bermacam jenis resepi makanan bayi 8 bulan yang enak dan menyelerakan, sekaligus boleh membantu kenaikan berat badan si kecil.

Ini kerana dalam usia 8 bulan itu, si kecil sudah boleh merasa tekstur makanan meskipun belum tumbuh gigi.

Semua resepi makanan bayi 8 bulan ini tidak menggunakan sebarang garam atau gula kerana segalanya hanya perasa dari bahan semuajadi dan sesuai mengikut umur mereka.

23 Resepi Makanan Bayi 8 Bulan Yang Harus Dicuba Ibu!
#1. Makanan bayi 8 bulan – Bubur lemak manis 

resepi makanan bayi 8 bulan

Cara-cara memasak:

– Masak bubur dengan kismis dan minyak kelapa dara
– Kemudian campurkan dengan susu ibu semasa dihidangkan pada si kecil.

#2. Tekstur makanan bayi 8 bulan – Bubur labu & leek

tekstur makanan bayi 8 bulan

Cara-cara memasak:

– Masukkan beras, seulas bawang puting, hirisan leek dan labu yang dipotong dadu.
– Masukkan air mengikut sukatan beras dan biarkan bubur masak sempurna.
– Apabila sudah masak, blend sedikit atau lenyek semasa ingin hidangkan kepada si manja.

Jadual Makanan Bayi 8 Bulan #3. Bubur lambuk

jadual makanan bayi 8 bulan

Cara-cara menyediakannya:

– Tumis bawang putih, halia dan isi ayam.
– Apabila naik bau, masukkan hasil tumisan ke dalam beras yang dibasuh tadi.
– Tambah santan mengikut sukatan air.
– Masukkan bahan lauk pilihan seperti kentang, labu, brokoli, lobak, jagung dan kacang pis.
– Masukkan satu sudu serbuk masak kurma ‘homemade’.
– Tutup periuk dan tunggu hingga bubur masak.

#4. Pumpkin pie oatmeal 

resepi makanan bayi 10 bulan

Cara-cara menyediakannya:

– Masukkan rolled oat blend, labu, kurma atau kismin dalam slow cooker dan biarkan mereneh.
– Siap dan boleh si kecil makan!

Resepi Makanan Bayi 8 Bulan #5. Apple pie oatmeal 

resepi makanan bayi 1 tahun

Cara-cara memasak

– Renehkan rolled oat blend, epal merah dan serbuk kayu manis yang dimasak sebentar atas dapur.
– Kemudian gaul rata dan siap!

Resepi Makanan Bayi #6. Mash potato mix

resepi makanan bayi 6 bulan

Cara-cara memasak:

– Kukus kentang, lobak, epal dan kurma.
– Kisar semua bahan dengan sesudu extra virgin olive oil (Evoo) dan cream cheese.
– Hidangkan bersama sedikit homemade kurma syrup.

Resepi Makanan Bayi #7. Mash potato with chicken cheese 

resepi makanan bayi 7 bulan

Cara-cara memasak:

– Steam kentang dan isi ayam
– Blend kedua-dua bahan bersama full fat yogurt dan cream cheese.

#8. Tofu plumberry

makanan bayi 8 bulan buatan sendiri

Cara-cara memasak:

– Potong tofu organik mengikut bentuk kesukaan dan kukus seketika.
– Untuk membuat kuah, blend buah plum dan blueberru. Namun ia terpulang kepada anda untuk
kepekatan kuah itu.

#9. Mushroom rice

makanan bayi 8 bulan buatan sendiri

Cara-cara memasak:

– Basuh beras dan masukkan dalam periuk nasi atau slow cooker.
– Tumis bawang putih, bawang merah, cendawan dan unsalted butter.
– Masukkan sedikit homemade chicken bone broth.
– Masukkan bahan tumis ke dalam beras.
– Tambah isi ikan salmon sebagai sumber protein.
– Tekan cook sehingga nasi masak.

#10. Shell pasta with anchovies cheese

makanan bayi 8 bulan buatan sendiri

Cara-cara memasak:

– Rebus pasta dan ketepikan.
– Tumis bawang putih dan bawang merah.
– Masukkan homemade chicken bone brooth.
– Masukkan sayur dan cream cheese.
– Reneh sampai kuah pekat.
– Tambah serbuk ikan bilis dan pasta
– Gaul dan boleh dihidangkan.

#11. Bubur nasi carrot dan ikan tenggiri bakar 

resepi makanan bayi 8 bulan

Bahan-bahan:
– Beras, carrot, isi ikan tenggiri, stok ikan bilis

Cara-cara meamsak:

1) Masukkan ikan tenggiri dalam oven. Nak masak atas kuali pun boleh.
2) Masukkan puri carrot, isi tenggiri dan stok ikan bilis dalam bubur.
3) Siap untuk dihidangkan pada si kecil.

#12. Caramelized apple & banana with cinnamon 

resepi makanan bayi 8 bulan

Bahan-bahan:

– Apple, unsalted butter, pisang

Cara-cara menyediakannya:

1) Potong epal dan rebuskan. Kemudian panaskan unsalted butter. Masukkan epal dan pisang.
2_ Kemudian tutup api. Sambil itu lenyek pisang dan epal atas kuali.
3) Akhir sekali, kikis kayu manis kemudian tabur sedikit.

#13. Nasi tomato untuk si cilik 

resepi makanan bayi

Bahan-bahan:
Nasi, tomato, stok ayam, puri isi ayam, puri pis dan unsalted butter

Cara-cara memasak:

1) Masukkan semua bahan-bahan dan kacau rata. Siap!

#14. Chessy rice dengan ikan bilis dan carrot 

resepi makanan bayi

Bahan-bahan:

Beras, cheedar cheese, puri carrot dan stok ikan bilis.

Cara-cara memasak:

1) Masak bubur macam biasa.
2) Masukkan cheese, carrot dan ikan bilis secukup rasa.
3) Tambah unsalted butter untuk ada rasa lemak. Siap!

#15. Greek potato salad

resepi makanan si kecil

Bahan-bahan:
Puri potato, egg, yogurt, carrot, brokoli

Cara-cara memasak:
1) Masukkan puri potato, carrot, brokoli dan kuning telur dalam kuali.
2) Panaskan sampai kuning telur masak.
3) Kemudian kacau bagi kuning telur hancur.
4) Tambah yogurt, kacau dan tutup api.

#16. Puding kastard banana 

resepi makanan anak

Bahan-bahan:
Setengah susu tepung kastar, 3 onz susu ibu/susu formula, puri pisang

Cara-cara memasak:

1) Bacuh tepung kastar dengan susu dan pisang.
2) Tambah air jika guna susu formula
3) Panaskan atas api kecil dan kacau sentiasa.

#17. Chicken curry with carrot and asparagus 

makanan bayi 8 bulan

Bahan-bahan:

Unsalted butter, puri isi ayam, yogurt, cheese cheddar, puri carrot, puri asparagus, air

Cara-cara memasak:

1) Panaskan unsalted butter, Masukan semua bahan-bahan.
2) Ambil 1 sudu besar yogurt.
3) Siap boleh dihidangkan untuk si kecil.

#18. Carrot cek mek molek

makanan bayi 8 bulan

 

Bahan-bahan:

Keledek, carrot dan kayu manis

Cara-cara memasak:

1) Rebus keledek dan carrot bersama sebatang kayu manis hingga empuk.
2) Kemudian tos sampai kering airnya.
3) Selepas itu, lenyek dan kepal menjadi bentuk cek mek molek.

#19. Chessy carrot as finger food

makanan bayi 8 bulan

Cara-cara memasak:

1) Potong carrot bentuk jejari
2) Rebus hingga empuk.
3) Potong cheese memanjang dan halus.
4) Bila carrot sudah masak, toskan terus dan masukkan cheese supaya ia dapat dicarikan kerana
masih panas.

#20. Chicken & brokoli pasta with apple sauce 

makanan bayi

Bahan-bahan:

Pasta, puri ayam, puri brokoli dan puri epal

Cara-cara menyediakannya:

1) Campurkan semua bahan, tapi pasta mestilah dilembutkan dahulu. Siap!

#21. Bubur nasi aneka warna 

makanan anak 8 bulan

Bahan-bahan:

Beras, carrot, brokoli, kismis, kentang

Cara-cara menyediakannya:

1) Masak beras dahulu dengan air yang sedikit banyak
2) Masukkan bahan lain dan tunggu sampai masak. Siap!

#22. Banana split for baby 

makanan bayi 8 bulan

Bahan-bahan:

Pisang, yogurt, kayu manis

Cara-cara masak:

1) Masukkan yogurt dalam freezer selama 15 minit.
2) Potong pisang dan letakkan yogurt atas pisang
3) Taburkan sedikit kayu manis. Siap!

#23. Steak ikan tenggiri for baby 

makanan bayi 8 bulan

Bahan-bahan:
Isi ikan tenggiri, puri kentang, unsalted butter, origano

Cara-cara memasak:

1) Panaskan unsalted butter dan masukkan isi ikan tenggiri dan kentang.
2) Tambahkan sedikit air dan tutup api.
3) Taburkan origano. Siap dan boleh dihidangkan pada si manja.

***********

Kesimpulannya, ibu perlu rajin dan kreatif sedikit tentang cara memasak hidangan untuk si manja barulah dia kenyang dan bertambah selera. Diharap perkongsian ini membantu anda.

Selamat mencuba!

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Bidadari, Shakina Farhan

Baca juga:

101 Asas Tentang Makanan Bayi: Semua Benda Ibu Bapa Perlu Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!