X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jom Cuba Resepi Air Mangga Ini, Bantu Mengekalkan Kesihatan Mata & Kulit Anak-Anak

4 min bacaan
Jom Cuba Resepi Air Mangga Ini, Bantu Mengekalkan Kesihatan Mata & Kulit Anak-Anak

Tahukah anda bahawa air mangga sangat baik untuk perkembangan anak-anak? Ia mampu mengekalkan kesihatan mata dan kulit. Cara penyediannya juga begitu mudah!

Lumrah apabila bergelar seorang ibu, anda akan lebih peka aspek pemakanan anak terutama si kecil yang sedang membesar. Jadi, baru-baru ini saya terlihat satu resepi air mangga atau mango lassi yang dikongsikan oleh Raffie Yusoff di akaun Istagram miliknya.

Selain mudah disediakan dan dapat menghilangkan dahaga, minuman ini juga mempunyai khasiat yang bagus untuk kesihatan tubuh anak. Ia hadir dengan bakteria baik dalam yogurt dan dikatakan mengurangkan risiko badan masuk angin ketika perut si manja masih kosong.

Lassi bermaksud minuman yogurt dingin dari kawasan Punjab di Pakistan dan India. Jika dahulu, bahan yogurt dikisar bersama garam, air, lada hitam, ais dan rempah-rempah khas dari Pakistan atau India.

Bukan itu sahaja, lassi yang diperbuat daripada resepi tradisional adakalanya ditambah serbuk jintan. Manakala lassi manis pula akan dikisar bersama gula dan tidak dicampur dengan rempah-rempah.

Resepi air mangga atau mango lassi: Baik untuk kesihatan anak-anak

air mangga

Kredit: Freepik

Jus mangga tidak hanya memberikan rasa yang lazat, tetapi juga memiliki kandungan pelbagai nutrisi baik yang diperlukan untuk tubuh.

Secara umumnya, buah mangga merupakan sumber vitamin C dan juga A. Didalamnya juga mengandungi  vitamin B6, vitamin E, vitamin K, folat dan vitamin B kompleks yang lain.

Bukan itu sahaja, mango lassi ini juga dapat mengekalkan kesihatan mata. Hal ini kerana kandungan vitamin A dan beta-karoten di dalamnya menjadi sumber nutrisi yang baik untuk mata.

Baca juga: 5 sebab mengapa bayi gosok mata dan apakah maksudnya

Pengambilan makanan yang tinggi dengan beta-karoten juga membantu menurunkan pellbagai risiko yang boleh menjejaskan daya penglihatan. 

Bahkan, air mangga turut memiliki manfaat untuk kesihatan kulit kerana kehadiran pelbagai vitamin seperti vitamin A, C dan E yang diperlukan oleh tubuh badan. Vitamin A memiliki fungsi dalam membantu menghidrasi kulit dan mencegah berlakunya kulit kering.

Manakala, Vitamin C dapat bertindak sebagai antioksidan yang dapat melindungi kulit. Ia juga membantu dalam pembentukan kolagen tubuh.

resepi air mangga

Bahan utama untuk menu air mangga atau mango lassi

  • 1 biji mangga yang sudah masak
  • 150ml susu segar
  • 150ml yogurt asli
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • Aiskrim vanila (optional)
  • Sedikit ais

Peralatan yang diperlukan:

  1. Mangkuk
  2. Sudu
  3. Alat pengisar
  4. Gelas 

Tempoh siap untuk menyediakan air mangga

Bagi proses permulaan, ia memerlukan sedikit masa untuk anda mengupas kulit buah mangga dan menyediakan bahan-bahan lain. Namun, kebiasannya hanya mengambil masa 15 minit sahaja.

Cara penyediaan mango lassie

air mangga

Kredit: delish.com

#1. Kupas, potong buah mangga dan masukkan ke dalam pengisar

#2. Kemudian, masukkan kesemua bahan lain. Kisar sehingga semuanya sebati/pekat

air mangga

Kredit: thriftandspice.com

#3. Tuangkan ke dalam gelas sesuai 

#4. Untuk lagi sedap, anda boleh tambahkan hirisan mangga serta tambahkan satu sudu aiskrim vanila.

Jom Cuba Resepi Air Mangga Ini, Bantu Mengekalkan Kesihatan Mata & Kulit Anak-Anak
Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Kredit: bbc.co.uk

#5. Sedia untuk dinikmati

Justeru, tiada alasan dan halangan yang besar untuk anda mencuba menu semudah ABC ini. Ia memberikan pelbagai manfaat yang baik kepada kesihatan anak-anak dan seluruh keluarga.

Buah mangga senang diperoleh dan harganya juga mampu milik. Bayangkan sahaja jika anda menikmatinya di luar, harga mango lassi ini mencecah RM5 untuk satu gelas plastik.

Jadi, adalah lebih baik anda sendiri yang menyediakannya kerana dapat mengawal penggunaan gula atau bahan tambahan lain dan sekaligus boleh menjejaskan manfaat menu sihat ini.

Seperti anda ketahui, buah mangga sudah memiliki rasa yang begitu manis dan warnanya seperti keemasan. Anda tidak memerlukan pemanis tambahan lain ketika menyediakan jus mangga.

Sekiranya anda ingin menambah bahan lain dalam mango lassi ini, lebih disarankan untuk memasukkan beberapa titis madu kerana ia baik untuk kesihatan.

Anda juga boleh menambahkan beberapa keping buah lain dan mengolahnya menjadi jus campuran yang lain seperti buah tembikai, pic, nanas dan oren.

Sumber: Facebook, Doktorsehat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Jom Cuba Resepi Air Mangga Ini, Bantu Mengekalkan Kesihatan Mata & Kulit Anak-Anak

Baca juga: Sedapnya Si Kecil Makan Mangga Manis, Ini 7 Kelebihan Buah Mangga Bagi Kesihatan Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Jom Cuba Resepi Air Mangga Ini, Bantu Mengekalkan Kesihatan Mata & Kulit Anak-Anak
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham