Anak yang dilahirkan dengan bapa yang berumur 45 tahun ke atas semakin meningkat jumlahnya sejak kebelakangan ini. Tahun ini sahaja angka semakin meningkat 10% berbanding 40 tahun yang lalu.
sumber: tooeleurology.com
Kajian Rutgers tentang umur lelaki mempengaruhi kesihatan bayi
Kajian ini diterbitkan dalam jurnal Maritas, berdasarkan kajian selama 40 tahun. Secara umumnya, ia merupakan satu review berkenaan impak umur ibu bapa terhadap kesuburan, kehamilan dan kesihatan anak.
Menurut Gloria Bachmann, kebanyakan risikonya disebabkan penurunan paras testosteron semasa zaman muda si lelaki. Ini melibatkan kualiti sperma yang menurun pada lelaki.
Sperma lelaki kelihatannya semakin merosot akibat otot yang semakin melemah dan tidak fleksibel. Kecederaan sperma akibat penuaan boleh menyebabkan penurunan jumlahnya dan sekaligus membawa perubahan dalam sperma yang boleh mempengaruhi DNA anak dalam pembentukannya.
Mutasi keturunan berkaitan dengan umur bapa semasa anak dilahirkan.
Kajian mendapati 1 dari 141 kanak-kanak dengan seorang bapa berusia 25 tahun mempunyai skizofrenia. Ini boleh dibandingkan dengan jelas dengan data yang menyatakan 1 dari 47 kanak-kanak dengan seorang bapa berusia 50 tahun ke atas mempunyai skizofrenia.
Ia juga meningkatkan risiko autisme di kalangan kanak-kanak berumur 30 hingga 50 tahun. Walaupun autisme dan skizofrenia jelas dikaitkan dengan kehadiran bapa yang lebih tua, walau bagaimanapun, pakar tidak mengetahui dengan jelas mengapa keadaan in berlaku.
Risiko Kesihatan Bayi Yang Disebabkan Oleh Ibu
Menurut analisis, lelaki berusia 45 tahun ke atas mungkin mengalami masalah kesuburan.
Keadaan kesihatan ibu semasa hamil juga cenderung mempengaruhi bayi, antara masalah kesihatan ibu hamil adalah seperti berikut:
- Preeklampsia
- Kencing manis semasa mengandung
- Kelahiran pramatang
Manakala risiko kesihatan terhadap bayi adalah:
- Kelahiran pramatang
- Kelahiran Mati
- Skor Apgar Rendah
- Berat badan rendah semasa kelahiran
- Kekerapan sawan
- Kecacatan kelahiran lain seperti penyakit jantung dan mulut sumbing
Apabila semakin meningkat dewasa, kemungkinan besar mereka akan mengalami gangguan buah pinggang, gangguan psikiatri dan kognitif, dan autisme.
Apa Yang Boleh Dilakukan Bagi Mengurangkan Risiko Ini?
Kredit: readinfo.in
Gloria Bachmann mengesyorkan doktor menerangkan tentang risiko ini kepada para lelaki. Sekiranya lelaki bercadang untuk merancang keluarga, mereka boleh melakukan perbankan sperma yang bagus dilakukan pada umur 35 hingga 45 tahun.
Semoga bermanfaat.
Suami saya sangat bersedih apabila saya mengalami keguguran…
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Camille Alipio-Luzande dan mendapat keizinan theAsianparent Phillipines untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comwanita-berusia-mengandung/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!