X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Anda Mahu Jadi Ayah? Elak 8 Makanan Ini Yang Membunuh Sperma!

3 min bacaan
Anda Mahu Jadi Ayah? Elak 8 Makanan Ini Yang Membunuh Sperma!Anda Mahu Jadi Ayah? Elak 8 Makanan Ini Yang Membunuh Sperma!

Percubaan untuk hamil kena ada usaha dari kedua-dua pihak. Sebab itu, anda harus pesan pada suami untuk elak 8 makanan yang membunuh sperma ini!

Percubaan untuk hamil bukan usaha satu pihak saja. Ia memerlukan usaha kedua-dua pasangan sekaligus.

Jadi jika anda sedang cuba untuk hamil, pesan pada suami untuk elak 8 makanan ini kerana ia boleh memberi kesan kepada sperma mereka!

Mari sama-sama kita semak apakah 8 makanan tersebut.

1. Gula-gula, makanan dan minuman manis

Anda Mahu Jadi Ayah? Elak 8 Makanan Ini Yang Membunuh Sperma!

Apabila suami selalu makan makanan yang mempunyai terlalu banyak gula. ia bukan hanya akan meninggikan risiko obesiti, malah ia juga boleh menyebabkan masalah jantung, serta menurunkan jumlah dan kualiti sperma anda!

Inilah sebab mengapa si suami perlu mengawal pengambilan gulanya. Anda pun jangan selalu sangat benarkan suami minum dan makanan yang terlampau manis, ya?

2. Makanan dalam tin

Kualiti sperma si suami boleh terjejas akibat bahan kimia.

Tahukah anda yang bahagian dalam tin makanan diselaputi dengan BPA, sejenis bahan kimia yang boleh memberi kesan yang sama seperti estrogen?

Kajian sudah menunjukkan yang BPA boleh memberi kesan kepada kesuburan seseorang. 

3. Daging yang diproses

Anda Mahu Jadi Ayah? Elak 8 Makanan Ini Yang Membunuh Sperma!

Daging yang diproses seperti bacon, sosej, dan ham mempunyai banyak bahan pengawet yang boleh menjejaskan kualiti sperma si suami.

Sesetengah daging yang diproses ini juga mengandungi lebih banyak hormon daripada daging biasa, sehingga boleh menjejaskan tahap testosteronnya.

4. Alkohol

Mereka yang gemar minum bir baik baca ini. Bir boleh meningkatkan estrogen dalam badan jika diminum dalam kuantiti yang banyak.

Peningkatan estrogen di dalam badan kemudian akan menjejaskan jumlah sperma si suami.

Minuman beralkohol juga boleh memberi kesan kepada hati dan kesihatan, jadi kalau boleh elakkan sama sekali!

5. Daging organ (jantung, hati, bedal)

Anda Mahu Jadi Ayah? Elak 8 Makanan Ini Yang Membunuh Sperma!

Walaupun sedap dimakan apabila dipanggang, kiraan sperma si suami boleh terjejas kerana kandungan mineral kadmiumnya yang tinggi di dalam setiap hidangan daging organ ini.

Jadi, tahanlah nafsu anda untuk memakan makanan berikut dan ayuh kita makan makanan yang sihat dan tidak mengganggu kesuburan, ya?

6. Produk kacang soya

Soya sememangnya pilihan yang sihat dan enak.

Tetapi kurangkan makanan yang mengandungi soya jika anda sedang merancang untuk anak.

Soya juga boleh boleh meniru kesan sampingan hormon estrogen dan menyebabkan kiraan sperma yang lebih rendah.

7. Susu penuh krim dan produk tenusu

Anda Mahu Jadi Ayah? Elak 8 Makanan Ini Yang Membunuh Sperma!

Racun perosak dan bahan kimia dari pemakanan seekor lembu boleh bergabung dengan lemak di dalam badan lalu masuk ke dalam susunya.

Bahan kimia ini boleh menyebabkan masalah sperma seperti penghasilan sperma yang berkualiti rendah.

Oleh itu, si suami disarankan untuk kurangkan pengambilan produk tenusu jika nak isteri hamil.

8. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada racun perosak dan pengawet

Anda Mahu Jadi Ayah? Elak 8 Makanan Ini Yang Membunuh Sperma!

Racun perosak dan bahan pengawet hanya baik supaya sayur-sayuran tahan lebih lama dan bebas dari serangga, tetapi ia boleh memberi kesan buruk kepada tubuh badan.

Lebih-lebih lagi kalau perkebun menggunakan bahan kimia yang tidak diluluskan untuk keuntungan sendiri.

Stories Rakan Kongsi
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
What Is the New Standard of Gentle?
What Is the New Standard of Gentle?
Securing Financial Independence Through Good Work Ethics And Savings
Securing Financial Independence Through Good Work Ethics And Savings
Parents, Here’s How To Effectively Support Your Child’s Dreams
Parents, Here’s How To Effectively Support Your Child’s Dreams

Sesetengah racun perosak telah menyebabkan kemandulan pada lelaki.

Kalau boleh, tukar ke sayur-sayuran dan buah-buahan organik atau pastikan ia dicuci dengan baik sebelum dimasak dan dimakan.

Suami isteri tidak perlulah ekstrem sangat sehingga mengelakkan semua makanan di atas kecuali mengikut arahan doktor.

Makanlah dengan sederhana tetapi kurangkan makanan yang betul-betul boleh memudaratkan kesihatan seperti minuman manis dan makanan yang diproses. 

Tetapi yang paling penting kena rileks dan amalkan kesihatan, semoga satu hari nanti anda diberkati anak comel sendiri.

Sumber: smartparents.sg

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.com/tanda-menunjukkan-kesuburan-wanita/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Anda Mahu Jadi Ayah? Elak 8 Makanan Ini Yang Membunuh Sperma!
Kongsikan:
  • Isu tak subur - jangan tunding jari pada isteri saja, sperma suami juga boleh bermasalah!

    Isu tak subur - jangan tunding jari pada isteri saja, sperma suami juga boleh bermasalah!

  • Bila waktu lelaki paling subur untuk sperma senang "lekat"?

    Bila waktu lelaki paling subur untuk sperma senang "lekat"?

  • Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka 'Pelik' Comel Sungguh!

    Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka 'Pelik' Comel Sungguh!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • Isu tak subur - jangan tunding jari pada isteri saja, sperma suami juga boleh bermasalah!

    Isu tak subur - jangan tunding jari pada isteri saja, sperma suami juga boleh bermasalah!

  • Bila waktu lelaki paling subur untuk sperma senang "lekat"?

    Bila waktu lelaki paling subur untuk sperma senang "lekat"?

  • Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka 'Pelik' Comel Sungguh!

    Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka 'Pelik' Comel Sungguh!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.