X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sedapnya Si Kecil Makan Mangga Manis, Ini 7 Kelebihan Buah Mangga Bagi Kesihatan Anak

4 min bacaan
Sedapnya Si Kecil Makan Mangga Manis, Ini 7 Kelebihan Buah Mangga Bagi Kesihatan Anak

Buah mangga memang manis dan cukup sedap, jadi bolehkah si kecil berusia enam tahun ke atas menikmati kemanisan mangga ini?

Banyak khasiat buah mangga yang boleh diperolehi oleh bayi jika ibu ayah memberikan si kecil makan buah tersebut. Apatah lagi, mangga merupakan sejenis buah yang diperkaya dengan serat dan vitamin yang diperlukan untuk harian si kecil.

Dalam 100 gram buah mangga mengandungi zat seperti berikut:

Kalori : 60 kcal
Karbohidrat : 14.98 g
Fibre : 1.6 g
Protein : 0.82 g
Vitamin A : 0.378 mg
Folate : 23.1 ug
Vitamin B6 : 0.2 mg
Vitamin C : 46 mg
Vitamin E : 1.8 mg
Vitamin K : 6.9 ug
Tembaga : 0.2 mg
Potassium : 168 mg
Kalsium : 11 mg
Iron : 0.16 mg
Sugar : 13.66 g
Water: 83.46 g

Khasiat buah mangga

khasiat buah mangga

Meskipun buah mangga ini sangat bagus untuk perkembangan si kecil, namun ibu ayah harus memerhatikan juga usia anak sebelum memberikan mangga kepada mereka. Jadi, bilakah masa dan umur yang sesuai ya?

Usia yang tepat untuk berikan mangga pada bayi

Rata-rata umur yang sesuai untuk bayi makan buah mangga adalah sekitar umur 8 hingga 10 bulan. Namun, adalah sebaiknya ibu bertanyakan dahulu kepada doktor tentang umur yang lebih sesuai jika teringin nak bagi pada masa usia bayi enam bulan.

Ini kerana, mangga memiliki tekstur yang lebih padat dan harus diberikan secara berkala pada si kecil.

Selain itu, mangga juga boleh memicu alergi pada bayi sehingga pemberian sebagai makanan pertama tidak digalakkan.

Jika pertama kali nak berikan pada bayi sekalipun perlu sedikit demi sedikit dan kena dengan teksturnya.

Manfaat mangga pada bayi

#1. Mencerahkan kulit si kecil

Kandungan Vitamin A dalam mangga boleh membantu mencerahkan dan melembabkan kulit bayi.

#2. Menambah berat badan bayi

Buah mangga juga memiliki kandungan kalori yang tinggi sekaligus membantu penambahan berat badan si manja anda.

#3. Mencerdaskan otak

Mangga juga membantu meningkatkan memori si kecil kerana ia kaya dengan asam glutamin untuk perkembangan otak.

Selain itu, mangga juga kaya dengan Vitamin B6 yang sangat efektif bagi meningkatkan fungsi otak bayi.

#4. Pencernaan jadi sihat

Mangga dapat membantu mengatasi masalah sembelit pada anak.

#5. Meningkatkan imuniti badan

Mangga diperkaya dengan Vitamin C yang sangat bagus untuk memperkuatkan kekebalan tubuh si kecil.

Malah kandungan antioksidan juga dapat meningkatkan fungsi epital seterusnya melawan jangkitan kuman.

#6. Jaga kesihatan mata

Vitamin A dalam mangga juga dapat membantu menyihatkan kesihatan mata bayi dan mencegah mengalami pelbagai masalah lain. Malah dapat mencegah kekeringan, gatal mata dan masalah rabun.

#7. Mencegah anemia

Mangga juga mengandungi zat besi yang dapat menambah sel darah merah dan menghalang anemia pada bayi.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

Tanda-tanda bayi alergi mangga

  • Muncul ruam di sekitar mulut bayi
  • Boleh menyebabkan bayi mengalami diarhea.
  • Pastikan anda bersih dan cuci buah ini dengan baik dan buang kulitnya terlebih dahulu.
  • Hindari memberi bayi makan mangga yang sudah dipotong dan disimpan lebih sehari.

Resepi mangga untuk bayi

#1. Puri mangga (8-10 bulan)

mangga untuk bayi

Mudah saja caranya, masukkan buah mangga yang siap dipotong dan dibuang kulitnya ke dalam mesin pengisar. Kemudian kisar sampai halus dan berikan pada bayi anda.

#2. Mango rice pudding (bayi 12 bulan ke atas)

Bahan-bahan:

– Sebiji buah mangga dikupas dan dicincang halus
– 2 gelas santan/susu
– 1/4 beras merah
– 1/2 pisang yang dihancurkan
– 1/2 teh essen vanilla

Cara-cara membuat:

1. Campurkan beras, susu atau santan dan essen vanilla ke dalam mangkuk dan didihkan.
2. Tunggu selama 25 minit mendidih.
3. Masukkan dan tambah mangga yang sudah dipotong lalu masak selama 3 minit atau sampai nasi jadi lembik.
4. Matikan api dan biarkan ia sejuk seketika dan masukkan pisang yang dihancurkan.
5. Siap untuk dihidangkan

#3. Mango strawberry smoothie

manfaat buah mangga

Bahan-bahan:
– 1/2 mangga yang dipotong
– 1/2 buah alpukat
– 5 buah strawberi

Cara-cara membuat:

1. Campurkan semua bahan ke dalam mesin pengisar sehingga halus
2. Ibu boleh tambah ais batu sekiranya usia bayi sudah lebih besar.

Selamat mencuba!

Sedapnya Si Kecil Makan Mangga Manis, Ini 7 Kelebihan Buah Mangga Bagi Kesihatan Anak

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Mom junction, theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combuah-naga-untuk-bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Sedapnya Si Kecil Makan Mangga Manis, Ini 7 Kelebihan Buah Mangga Bagi Kesihatan Anak
Kongsikan:
  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

    Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

    Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham