X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Berapa Kerap Hubungan Intim Suami Isteri Yang Normal? Ini Jawapan Doktor

4 min bacaan
Berapa Kerap Hubungan Intim Suami Isteri Yang Normal? Ini Jawapan Doktor

Hubungan intim suami isteri adalah antara perkara yang perlu diambil berat dalam sesebuah perkahwinan. Ia tidak boleh diabaikan atau diambil sambil lewa.

Hubungan intim suami isteri adalah antara perkara yang perlu diambil berat dalam sesebuah perkahwinan. Ia tidak boleh diabaikan atau diambil sambil lewa kerana boleh juga menyumbang kepada keruntuhan sesebuah rumah tangga.

Mungkin ada yang menganggapnya tidak penting, tetapi sebenarnya hubungan intim suami isteri dalam sesebuah perkahwinan jika dipandang remeh boleh membawa kepada mudaratnya rumah tangga yang dibina. 

Kekerapan dan keperluan hubungan intim ini sangat subjektif bergantung kepada pasangan itu sendiri. Ada yang mahu ia dilakukan secara kerap, tetapi ada juga yang tidak mahu terlalu kerap. Malas katanya.

Baca juga: Hukum Suami Minum Susu Isteri, Adakah Perkara Ini Dibenarkan Dalam Islam?

Hubungan Intim Suami Isteri, Sekerap Mana Adalah Normal?

Hubungan intim suami isteri

Menurut Dr Zubaidi Ahmad, kesibukan urusan perkerjaan dan rumahtangga sememangnya memenatkan ibu bapa. Bagaimanapun, itu bukanlah alasan! Anda masih dikira normal jika melakukan hubungan kelamin setiap minggu dengan pasangan.

Adakah anda melakukan hubungan seks yang mencukupi? Mungkin ada pasangan suami isteri yang tertanya-tanya soalan ini, sama ada perlukah anda melakukan aktiviti seks sekerap mungkin!

Ada yang mungkin terlalu sibuk, hingga terabai keperluan yang satu ini. Bukan tidak mahu tetapi kerana terlalu sibuk kadang kala terlupa dengan keperluan yang satu ini. 

Menurut Dr Zubaidi, setiap pasangan yang berkahwin dan bahagia mempunyai kadar bilangan hubungan seks yang berbeza.

Secara amnya, bagi pasangan muda (berusia 35 tahun ke bawah) yang baru berkahwin 5 tahun ke bawah, kadar hubungan intim yang biasa dilakukan adalah dua kali seminggu.

Kekerapan ini juga bergantung kepada masalah kesihatan, tahap tekanan emosi, kadar tenaga fizikal yang ada (fitness) dan banyak lagi.

Tetapi jika ada pasangan yang masih muda dan baru berkahwin, tidak melakukan hubungan sekerap ini, jangan terlalu cemas dan tertekan. Apa yang penting adalah ada komunikasi antara pasangan dan rasa bahagia.

Pentingnya Komunikasi Antara Pasangan 

Hubungan intim suami isteri

Kredit foto: Keluarga

 

Ia bergantung kepada komunikasi antara pasangan kerana keperluan ini dikongsi mereka berdua. Jadi jangan ikut rentak pasangan lain kerana anda dan mereka berbeza.

Mungkin walaupun anda jarang melakukannya, tetapi sekali buat ia boleh baiki hubungan anda berdua seperti menjadi lebih intim dan sebagainya.

Jadi jangan terlalu mengikut pasangan lain, kerana sudah pasti anda dan mereka tidak sama. 

Kurang Melakukan Seks Lebih Berisiko Serangan Jantung

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam journal perubatan Journal of Sexual Medicine yang melakukan satu kajian melibatkan 2,269 orang lelaki dan wanita diminta menjawab pertanyaan berkaitan kekerapan mereka melakukan hubungan intim. Disamping itu, darah mereka diambil untuk menjalani beberapa ujian.

Saintis membandingkan kekerapan melakukan hubungan intim, dengan keputusan darah yang diperolehi. Individu yang sangat jarang melakukan hubungan intim (iaitu kurang dari sekali dalam sebulan) mempunyai nilai homocysteine yang lebih tinggi dari yang lainnya.

Untuk pengetahuan, semakin tinggi bacaan nilai homocysteine ini, semakin tinggi keradangan yang berlaku dalam tubuh dan semakin banyak pula pembentukan plak dalam saluran darah yang boleh menyebabkan risiko mendapat serangan sakit jantung.

Yang menarik adalah kaitan antara bilangan kekerapan melakukan hubungan intim dengan peningkatan risiko serangan sakit jantung ini hanya berlaku di kalangan lelaki.

Saintis menjelaskan bahawa rangsangan seksual pada wanita yang tidak berkaitan dengan aliran darah sebagaimana yang yang dialami oleh lelaki untuk mendapat reksi (ketegangan alat kelamin).

Ini membuktikan bahawa pasangan muda yang jarang melakukan hubungan intim, mungkin sedang mengalami keradangan dalam tubuh dan sedang mengalami pembentukan plak dalam saluran darah.

Pembentukan plak yang kecil mungkin tidak mengganggu peredaran darah, tetapi jika saiznya bertambah besar dan menjadi sumbatan, ia mungkin akan menyebabkan rasa sakit dada ketika melakukan aktiviti yang berat seperti melakukan hubungan intim itu sendiri.

Hubungan Intim Normal= 2 Kali Seminggu

Hubungan intim suami isteri

Menurut Dr Zubaidi, beliau mencadangkan lelaki yang berusia 35 tahun ke bawah dan hanya mampu melakukan hubungan intim bersama isteri hanya dua kali dalam sebulan, agar melakukan pemeriksaan kesihatan kerana biasanya kekerapan melakukan hubungan intim yang normal bagi lelaki adalah dua kali seminggu atau sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Banyak cara untuk meningkatkan tenaga bagi lelaki, antaranya melakukan aktiviti mengangkat berat di gym dan melakukan senaman kardio.

Namun, harus mendapat nasihat doktor dahulu jika jarang melakukan aktiviti sebegini, bimbang kerana ramai yang pengsan dan pitam apabila melakukan aktiviti berat secara tiba-tiba.

Boleh juga amalkan Ekstrak Tongkat Ali untuk mendapatkan tenaga dan vitamin E tocotrienol bagi mengurangkan tahap keradangan dalam tubuh.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Zubaidi Ahmad

Baca juga: Nafsu Seks Mengandung Menurun, Cuba 5 Cara Ini Kembalikan Kehangatan Hubungan Intim

Baca juga: Hamil Tapi Kerap Bernafsu Terhadap Suami, Adakah Seks Ibu Mengandung Selamat Untuk Bayi?

Baca juga: 5 Perkara Wajib Buat Selepas Lakukan Hubungan Intim, Jangan Lalai Ya!

Stories Rakan Kongsi
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
Tahukah anda udara kotor di rumah boleh mendatangkan penyakit kepada keluarga?
Tahukah anda udara kotor di rumah boleh mendatangkan penyakit kepada keluarga?
Home Diarrhoea Treatment For Children At Every Stage Of Their Lives
Home Diarrhoea Treatment For Children At Every Stage Of Their Lives
Mengapakah Si Manja Anda Memerlukan MFGM?
Mengapakah Si Manja Anda Memerlukan MFGM?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Berapa Kerap Hubungan Intim Suami Isteri Yang Normal? Ini Jawapan Doktor
Kongsikan:
  • 9 Cara Berhubungan Intim Agar Cepat Hamil Setelah Haid

    9 Cara Berhubungan Intim Agar Cepat Hamil Setelah Haid

  • Nak Tahu Karakter Suami Sendiri? Cuba Lihat Dari 5 Posisi Intim Kegemarannya!

    Nak Tahu Karakter Suami Sendiri? Cuba Lihat Dari 5 Posisi Intim Kegemarannya!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • 9 Cara Berhubungan Intim Agar Cepat Hamil Setelah Haid

    9 Cara Berhubungan Intim Agar Cepat Hamil Setelah Haid

  • Nak Tahu Karakter Suami Sendiri? Cuba Lihat Dari 5 Posisi Intim Kegemarannya!

    Nak Tahu Karakter Suami Sendiri? Cuba Lihat Dari 5 Posisi Intim Kegemarannya!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.