X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Seks Semasa Hamil, 7 Perkara Ini Sering Pasangan Musykil & Was-Was Untuk Bersama!

5 min bacaan
Seks Semasa Hamil, 7 Perkara Ini Sering Pasangan Musykil & Was-Was Untuk Bersama!Seks Semasa Hamil, 7 Perkara Ini Sering Pasangan Musykil & Was-Was Untuk Bersama!

Seks ibu mengandung adalah selamat jika anda dan pasangan perhati beberapa keadaan. Ini panduan berguna buat anda kekal yakin ketika bersama

Selepas 2 tahun cuba menimang cahaya mata, pasangan suami isteri mana yang tidak teruja apabila isteri diumumkan mengandung. Ketika itu macam-macam persediaan akan kita lakukan. Tapi bagi suami, pasti terlintas di fikirannya tentang seks ibu mengandung.

Adakah seks semasa hamil selamat? Isteri nampak semakin berseri-seri ketika mengandung malah nafsu seksnya juga makin kuat. Tapi suami mula takut, bagaimana kalau ketika melakukan seks ketika hamil, nanti baby dalam perut cedera?

Seks ibu mengandung, ini persoalan yang ramai pasangan musykil

seks semasa hamil

Mana tidaknya, sekarang jika anda ingin melakukan seks dengan pasangan, anda kena fikir juga ada baby dalam kandungan ini. Ada orang ketiga dalam bilik gituuuu, ehem!

Hari ini, kami akan membawakan 7 fakta dan mitos tentang seks semasa hamil yang wajib diketahui oleh semua pasangan suami isteri. Lepas ini tidaklah anda tertanya-tanya bermacam soalan lagi.

#1 Seks semasa hamil: Adakah zakar suami akan mencederakan bayi?

Jawapan: Tidak. Jangan risau yang tujahan dari zakar anda akan mencederakan bayi. Sebenarnya, ada banyak lapisan dalam janin yang makin membesar. Malah, bayi anda itu juga duduk dalam kantung amniotik sebenarnya.

Dia ada swimming pool sendiri yang terdiri daripada cecair amniotik. Jadi, janin selamat dalam kandungan dan dilindungi dengan sepenuhnya. Servik rahim juga sebenarnya "mengasingkan" anda dengan bayi.

Tapi, seks semasa hamil mungkin boleh menyebabkan ibu-ibu tidak selesa. Cuba posisi ini jika anda ingin lebih keselesaan dan lebih puas. 

#2 Seks ibu mengandung: Bila masa yang tidak sesuai untuk bersama ketika hamil?

Jawapan: Jika ada pendarahan yang banyak selepas seks, sila berhenti melakukannya. Jika plasenta rendah dan menyebabkan pendarahan, cuba elak seks semasa hamil.

Berikut juga beberapa sebab lain untuk ibu mengandung elakkan daripada melakukan hubungan seksual dengan pasangan: 

  • jika anda mempunyai plasenta previa. Keadaan ini timbul apabila plasenta menutupi serviks. Melakukan hubungan seks semasa mengandung boleh berisiko mengalami pendarahan
  • anda sudah memasuki fasa kehamilan yang lewat
  • jika anda mempunyai sejarah bersalin lebih awal
  • Anda pernah melahirkan anak kembar
  • Keluarnya cecair yang berbau selepas hubungan seks semasa hamil. Keputihan yang berbau boleh menandakan jangkitan telah memasuki rahim. Jika ini berlaku kepada anda, segeralah merujuk doktor di klinik yang berhampiran

#3 Seks ketika mengandung: Betul ke seks penyebab kelahiran pramatang?

Jawapan: Seks tidak menyebabkan kelahiran bayi pramatang. Untuk bayi, senaman anda dan pasangan di atas katil itu umpama si ibu berjalan menaiki bukit. Ia seakan bergerak-gerak sedikit.

Memang pergerakan ketika seks mampu menyebabkan kontraksi, namun ia kontraksi tipu iaitu Braxton Hicks saja. Pasangan anda akan beranak apabila tiba masanya. Namun, seks tidak menyebabkan pasangan anda tiba-tiba akan terbersalin.

Jangan melakukan hubungan seks apabila air ketuban telah pecah, atau ibu mengalami beberapa tanda awal bersalin.

Walaupun rangsangan pada bahagian kemaluan dan puting boleh mencetuskan kelahiran secara teorinya, kajian saintifik tidak menunjukkan bahawa seks semasa mengandung boleh menyebabkan kehamilan lain.

#4 Seks semasa hamil: Klimaks isteri boleh mencederakan bayi ke?

seks ketika hamil

Jawapan: Tidak sama sekali. Sama seperti soalan nombor #3, seks semasa hamil tidak akan mencederakan bayi. Ia hanya akan merangsang kontraksi palsu. 

Jadi, anda boleh berhubungan intim dengan tenang.

#5 Seks semasa hamil: Ada darah lepas bersama. Apa patut kami buat?

Jawapan: Spotting atau pendarahan kecil ketika peringkat awal kehamilan memang normal. Servik ketika ini penuh dengan bekalan darah jadi ia mungkin akan mengeluarkan darah sedikit. 

Namun, mungkin juga ada keadaan di mana terdapat pelepasan darah dari rahim. Pendarahan ini tidak selamat! Jika isteri anda mempunyai plasenta rendah, cuba elak bersama ketika hamil. 

Jika anda risau tentang sebarang pendarahan atau spotting yang terjadi, sila rujuk pakar. 

#6 Seks ketika hamil: Selamat ke kalau bersama suami ketika trimester ke-3?

Jawapan: Jika kalian berdua dalam mood untuk bersama, teruskan saja. Dalam peringkat terakhir kehamilan, memang agak susah untuk mencari posisi seks yang sesuai.

Pilih antara posisi-posisi seks ini untuk rasa lebih selesa dan puas. Ketika inilah anda dan pasangan harus lebih kreatif!

#7 Seks ketika hamil: Adakah bayi akan ingat "aksi" ibu dan ayah itu?

Jawapan: Nasib baiklah, tidak! Haha. Tiada bukti yang mampu menunjukkan bayi ingat malah mengumpul apa yang dia dengar dari dalam janin.

Bayi mungkin akan menggemari sesetengah bunyi yang dia selalu dengar, atau makanan yang ibu makan, atau suara ibu itu sendiri. Tapi, dia takkan mengingati anda berhubungan seks. Hehe!

Kebaikan hubungan seks semasa hamil

seks ketika mengandung

Stories Rakan Kongsi
Why the third trimester of pregnancy is crucial
Why the third trimester of pregnancy is crucial
Tahukah anda udara kotor di rumah boleh mendatangkan penyakit kepada keluarga?
Tahukah anda udara kotor di rumah boleh mendatangkan penyakit kepada keluarga?
Penjagaan Kulit Bayi: Tip Untuk Ibu Baharu
Penjagaan Kulit Bayi: Tip Untuk Ibu Baharu
Why Parents Should Focus So Much On Early Growth In Their Kids
Why Parents Should Focus So Much On Early Growth In Their Kids

Hubungan intim tidak hanya memberikan keseronokan dalam hubungan suami isteri, tetapi turut memberikan manfaat dari aspek psikologi dan fisiologi. Antaranya:

#1) Membantu membakar kalori dalam tubuh. Ia membolehkan anda dan pasangan kekal aktif meskipun berada dalam fasa kehamilan yang agak mencabar. Aktiviti fizikal ini turut berupaya mencegah diabetes gestasi, preeklampsia dan sakit belakang kronik.

#2) Mencipta senyuman ibu hamil. Sewaktu mengandung, jumlah darah yang mengalir ke bahagian kemaluan anda meningkat. Hubungan suami isteri dapat memberikan anda orgasme yang lebih baik. Hormon endorfin  dirembeskan membuatkan anda berasa lebih gembira.

#3) Bersetubuh ketika hamil  memelihara hubungan yang baik di antara anda dan pasangan. Perjalanan kehamilan tidak semudah disangka, hormon ibu mengandung sukar dijangka sehingga kadang-kadang membuatkan para suami buntu.

Penulis asal Dr. Anay Bhalerao. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ramai Isteri Kurang Yakin Melakukan Seks Ketika Hamil, Ini Cara Untuk Menghadapinya!

Baca juga: Ini Yang Terjadi Dalam Otak Manusia, Bila Sedang Ghairah Menikmati Seks Bersama Pasangan

Baca juga: 5 Tips Goda Suami Yang Letih Lepas Balik Kerja, Barulah AKSI Jadi Lebih Ghairah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Seks Semasa Hamil, 7 Perkara Ini Sering Pasangan Musykil & Was-Was Untuk Bersama!
Kongsikan:
  • 5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Menjanjikan "Umph" Buat Anda Dan Pasangan

    5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Menjanjikan "Umph" Buat Anda Dan Pasangan

  • 3 Posisi Seks Suami Isteri Perlu Cuba Jika Inginkan Anak Perempuan!

    3 Posisi Seks Suami Isteri Perlu Cuba Jika Inginkan Anak Perempuan!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • 5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Menjanjikan "Umph" Buat Anda Dan Pasangan

    5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Menjanjikan "Umph" Buat Anda Dan Pasangan

  • 3 Posisi Seks Suami Isteri Perlu Cuba Jika Inginkan Anak Perempuan!

    3 Posisi Seks Suami Isteri Perlu Cuba Jika Inginkan Anak Perempuan!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.