TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Tembam & Gemuk Memang Comel, Tapi Si Manja Berisiko Masalah Kesihatan?

5 min bacaan
Bayi Tembam & Gemuk Memang Comel, Tapi Si Manja Berisiko Masalah Kesihatan?

Tembam dan gemuk pada bayi adalah perkara normal. Meskipun ramai mengatakan si kecil anda begitu comel, ada beberapa hal perlu diwaspada

Sama seperti orang dewasa, bayi datang dalam pelbagai saiz dan bentuk. Namun anak kecil yang tembam dan gemuk sering menjadi perhatian orang di sekelilingnya.

Bila menyentuh mengenai berat bayi, ibu ayah mungkin berasa risau dan tertanya-tanya adakah normal jika si manja tembam dan memiliki terlalu banyak lemak?

Bayi tembam dan gemuk 

bayi gemuk dan tembam

Bayi yang baru lahir akan membesar dengan sangat cepat, terutamanya pada tahun pertama mereka. Berat bayi baru lahir yang normal bergantung pada jantina dan minggu gestasi (minggu lahir), iaitu lebih kurang 2.5kg hingga 4kg untuk bayi yang cukup bulan (>37 minggu).

  • Anak lelaki secara statistik mempunyai berat yang lebih tinggi berbanding dengan bayi perempuan
  • Adalah normal untuk bayi yang baru dilahirkan akan kehilangan berat sebanyak 5 – 10% dalam beberapa hari pertama.
  • Berat bayi yang menyusu susu ibu akan susut lebih berbanding dengan bayi yang diberi susu formula terutamanya jika proses bersalin secara caesarean (pembedahan).

Bayi yang terlalu tembam dan memiliki berat badan berlebihan berbanding anak kecil seusianya kadang kala boleh membuatkan ibu ayah berasa risau.

Menurut pakar di Universiti Harvard menyatakan bayi yang mempunyai berat badan terlalu banyak dalam 2 tahun pertama mereka boleh berdepan risiko atau masalah kesihatan yang lebih tinggi pada zaman kanak-kanak dan juga dewasa.

Kira-kira 1 daripada 5 kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan atau menghidap obesiti pada usia 6 tahun. Dan, kira-kira separuh daripada kanak-kanak obesiti mempunyai berat badan berlebihan pada usia mereka 2 tahun.

Sekiranya perkara ini tidak diatasi dengan segera, kanak-kanak turut berisiko tinggi menghidap masalah kesihatan kronik yang lain seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan diabetes jenis 2.

Punca sesetengah bayi memiliki berat badan berlebihan daripada yang lain

bayi berlebihan berat badan

Berapa berat bayi dan berapa cepat ia bertambah adalah bergantung kepada banyak faktor. Tidak semuanya boleh berada dalam kawalan anda.

Kadangkala genetik, termasuklah ketinggian dan berat ibu bapa mempengaruhi saiz dan berat anak kecil mereka. Punca bayi tembam serta gemuk yang lain adalah:

#1. Berat ibu ketika mengandung

Wanita hamil yang mempunyai berat badan berlebihan, mempunyai obesiti, seorang perokok, atau menghidap diabetes semasa mengandung berkemungkinan besar mempunyai bayi yang lebih berat semasa lahir atau menjadi berat badan berlebihan pada kemudian hari.

#2. Dilahirkan secara pembedahan caesar

Selain itu, beberapa kajian pada 2019 menunjukkan bahawa bayi yang dilahirkan melalui pembedahan caesarean yang dirancang mungkin mempunyai peluang lebih tinggi untuk mengalami berat badan berlebihan.

Ini mungkin kerana bakteria usus mereka berbeza daripada bayi yang dilahirkan secara normal. Walau bagaimanapun, pembedahan C-section biasanya bukan satu-satunya punca kenaikan berat badan bayi.

#3. Penyusuan

Sama ada anda menyusukan bayi anda atau tidak mungkin juga memainkan peranan dalam berat badan mereka. Kebiasaannya, bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif akan bertambah berat pada kadar yang lebih perlahan berbanding bayi yang diberi susu formula atau kedua-duanya.

Data kajian 2016 mendapati terdapat beberapa sebab mengapa memberi susu formula kepada bayi anda sahaja boleh menyebabkan pertambahan berat badan yang lebih tinggi. Ini termasuk:

  1. Bayi menyusu banyak sehingga botol kosong 
  2. Memberi susu formula secara berlebihan kerana ia mudah didapati
  3. Menggunakan botol susu yang besar boleh menyebabkan penyusuan berlebihan dan penambahan berat badan.

Anggaran pertambahan berat bayi baru lahir

bayi gemuk obesiti

  • Dua Minggu Pertama

Semasa beberapa hari pertama kehidupan, adalah perkara biasa bagi bayi baru lahir yang disusukan dan diberi susu botol untuk mengalami penurunan berat badan.

Bayi yang diberi susu botol boleh kehilangan sehingga 5 peratus berat badan mereka, dan bayi yang baru lahir yang diberi susu ibu secara eksklusif boleh kehilangan sehingga 10 peratus.

Walau bagaimanapun, dalam masa dua minggu, kebanyakan bayi baru lahir telah memperoleh semula semua berat yang telah hilang dan kembali kepada berat lahir mereka.

  • Satu bulan

Kebanyakan bayi akan mengalami pertambahan kira-kira 0.5 kg berat lahir mereka pada bulan pertama. Pada usia ini, si manja mula membentuk corak pemakanan yang teratur, dan menghisap lebih kuat semasa menyusu.

  • Enam bulan

Secara purata, bayi bertambah kira-kira 0.5 kg sebulan untuk enam bulan pertama. Purata berat pada enam bulan ialah kira-kira 7.3 kg untuk perempuan dan 7.9 kg untuk lelaki.

  • Setahun

Antara enam bulan dan setahun, berat badan bertambah perlahan. Kebanyakan bayi menggandakan berat lahir mereka pada usia lima hingga enam bulan dan tiga kali ganda apabila mereka berumur satu tahun.

Pada satu tahun, berat purata bayi perempuan adalah kira-kira 8.9 kg, dengan berat lelaki kira-kira 9.6 kg.

Berat bayi boleh berubah secara mendadak. Sesetengah bayi membesar lebih cepat daripada yang lain dan kemudian perlahan. Bayi lain mungkin menambah berat badan secara perlahan, tetapi berterusan.

Jika anda rasa bayi terlalu berat ketika dalam pelukan, jangan risau. Sebaik sahaja bayi boleh merangkak dan kemudian berjalan, dia akan kehilangan sebahagian daripada “lemak bayi” dan membuatkan berat badan mereka menjadi lebih seimbang.

Bilakah ibu perlu bimbang?

Jika anda bimbang tentang penambahan berat badan bayi anda, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda. Dalam kebanyakan kes, anda mungkin tidak perlu risau.

Bayi di bawah umur 1 tahun tidak boleh dikenakan apa-apa jenis diet penurunan berat badan. Jika doktor cadang anda mengurangkan berat badan bayi terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan. Ini termasuklah:

  • Cuba teruskan penyusuan untuk tempoh yang lebih lama.
  • Pam susu ibu anda jika anda tidak dapat menyusu sepanjang masa
  • Gunakan botol yang lebih kecil untuk menyusukan bayi anda.
  • Pastikan bancuhan susu formula adalah betul
  • Kerap berinteraksi dengan bayi anda dengan bermain, membaca, atau mengurut
  • Elakkan jus buah dan minuman manis lain
  • Elakkan memberi bayi anda makanan yang diproses seperti kotak, bijirin manis dan makanan ringan.

Kesimpulannya, jika doktor mengatakan bayi dalam keadaan normal, ibu ayah tidak perlu risau. Nikmati sahaja kecomelan si manja anda sementara mereka masih bayi!

Semoga bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

Baca juga: Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

Baca juga: Mata Hitam Bayi Besar, Ibu Kesal Ada Yang Samakannya Dengan Alien Lepas Kongsi Gambar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Tembam & Gemuk Memang Comel, Tapi Si Manja Berisiko Masalah Kesihatan?
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham