Tidak dinafikan, setiap cara melahirkan anak mendatangkan pelbagai risiko bahaya termasuklah kemalangan yang tidak dijangka akibat sedikit kecuaian ahli perubatan.
Seorang ibu terpaksa menerima hakikat bahawa wajah bayi perempuannya telah terhiris dengan pisau bedah bagi menyelamatkan keadaan.
Cara melahirkan anak secara pembedahan
foto: shutterstock
Kejadian ini tidak diminta berlaku oleh semua ibu ayah. Begitulah nasib ibu muda yang berasal dari negara Rusia, Darya Kadochnikova, 19.
Pada awalnya, dia menjalani proses kelahiran secara normal di hospital. Namun, pada minit terakhir dia terpaksa bersalin secara pembedahan kerana bagi menyelamatkan ibu dan bayi.
Kedudukan bayi di dalam rahim pada ketika itu adalah songsang. Pasukan perubatan telah memberikan rawatan secara intravena bagi melegakan kesakitan.
Selepas proses bersalin selesai, Kadochnikova sedar dan terkejut melihatkan luka begitu dalam pada wajah anak perempuannya yang baru lahir.
Kesan luka akibat terhiris pisau bedah jelas terlihat di kawasan hidung bawah mata kanan bayinya.
Dikhabarkan selepas melalui proses kelahiran selamat, ibu muda ini telah mengalami demam panas yang agak teruk.
Meskipun ubat antibiotik telah diberikan kepadanya agar dapat melegakan gejala kesakitan yang dialami.
Kemalangan ini bukanlah sesuatu yang dirancang atau disengajakan. Pastinya setiap ahli perubatan telah cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi pesakitnya.
Kami di theAsianparent Malaysia mendoakan ibu dan bayi perempuan comel ini pulih dengan kadar yang segera.
Kebaikan dan keburukan bersalin secara caesarean
foto: sehatQ
Sebenarnya, cara melahirkan anak secara caesarean membawa kelebihan kerana ia mampu mengurangkan tekanan serta kebimbangan anda tentang proses kelahiran yang mungkin menyakitkan.
Bukan itu sahaja, anda juga akan mengalami risiko yang lebih rendah mengenai masalah seksual selepas melahirkan zuriat buat suami tercinta.
Bayi juga mempunyai peluang kecil daripada mengalami sebarang trauma kelahiran kerana tiada penggunaan forsep atau vaccum digunakan.
Namun, cara melahirkan anak secara pembedahan juga memberikan risiko yang tinggi. Antaranya ialah:
#1. Kesan sakit akibat pembedahan
Ia adalah sesuatu yang normal selepas pembedahan caesarean. Anda terpaksa alami kesakitan pada bahagian luka pembedahan dan tidak selesa pada perut untuk beberapa minggu selepas pembedahan.
Anda akan diberi ubat penahan sakit untuk menangani kesakitan ini, tetapi ia masih akan mengganggu aktiviti seharian untuk tempoh masa tertentu.
#2. Jangkitan kuman
Sebelum proses pembedahan dijalankan, anda akan diberi satu dos ubat antibiotik bagi mengurangkan risiko terkena jangkitan.
Walau bagaimanapun, lapan peratus daripada wanita yang menjalani caesarean masih berhadapan dengan jangkitan selepas pembedahan seperti:
- Jangkitan bahagian luka. Tanda-tanda jangkitan pada luka termasuk kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut.
- Jangkitan salur kencing. Semasa pembedahan, sebatang tiub nipis atau catheter akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.
- Jangkitan lapisan uterus (rahim). Ia berlaku jika air ketuban pecah sebelum anda rasa sakit bersalin atau sekiranya menjalani banyak pemeriksaan faraj sebelum pembedahan. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pendarahan yang teruk dan berbau serta demam.
#3. Ubat bius
foto: sumber
Kebanyakan pembedahan caesarean dilakukan tanpa pembiusan am (general anaesthetic), yang membuatkan anda tidur.
Sebaliknya, anda diberi suntikan epidural. Ia adalah suntikan yang lebih selamat berbanding pembiusan am bagi mengebaskan perut anda.
Namun, suntikan ini memberikan risiko seperti sakit kepala yang teruk dan kerosakan pada saraf ibu yang melahirkan.
#4. Menyebabkan pengumpulan darah beku
Setiap proses pembedahan pastinya memberikan risiko untuk pesakit mengalami darah beku. Jika pembekuan berlaku dalam paru-paru, ia boleh membawa kepada risiko maut. Antara tanda-tanda masalah ini ialah sesak nafas, batuk, kesakitan dan bengkahk pada betis.
Hubungi doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda tersebut selepas pembedahan caesarean. Doktor mungkin akan memberi ubat mencairkan darah dan stoking getah sokongan untuk memperbaiki peredaran darah pada kaki anda.
Bukan itu sahaja, anda juga digalakkan berdiri dan berjalan-jalan secepat mungkin selepas pembedahan caesarean agar peredaran darah menjadi lancar dan mengurangkan risiko pembentukan darah beku.
#5. Risiko lekatan
Seperti pembedahan pada bahagian perut atau pelvis, caesarean turut berisiko menyebabkan lekatan (adhesion) semasa penyembuhan luka jahitan.
Lekatan ialah kelompok tisu parut yang menyebabkan organ-organ abdomen melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut.
Kira-kira separuh daripada wanita yang menjalani caesarean mengalami masalah ini dan jumlahnya meningkat kepada 83 peratus selepas seseorang menjalani tiga kali pembedahan caesarean.
Selain itu, lekatan menjadi sesuatu yang menyakitkan kerana ia mengehadkan pergerakan organ-organ dalaman dan mendorong kepada masalah kesuburan apabila menghalang tiub falopio.
Sumber: Dailymail, Baby Center
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
8 Tip Cara Pulih Selepas Pembedahan Caesar
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!