X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

10 Kesan Sampingan Lepas Terima Epidural Semasa Bersalin, Ibu WAJIB Tahu Ini

3 min bacaan
10 Kesan Sampingan Lepas Terima Epidural Semasa Bersalin, Ibu WAJIB Tahu Ini10 Kesan Sampingan Lepas Terima Epidural Semasa Bersalin, Ibu WAJIB Tahu Ini

Terdapat beberapa risiko dan kesan sampingan yang muncul jika ibu beranak dan mengambil suntikan epidural!

Suntikan epidural adalah bius yang digunakan untuk kelahiran secara pembedahan czer supaya dapat menghilangkan rasa sakit semasa operasi dijalankan. Namun, tahukah anda tentang kesan epidural pada tubuh? 

Epidural ini disuntik pada bahagian belakang badan iaitu salah satu susunan saraf pusat di tulang belakang.

Biasanya epidural hanya membuatkan sebahagian badan saja mati rasa di antara paras dada hingga bawah kaki. Malah ia tidak membuatkan ibu pengsan atau hilang kesedaran. 

5 Kesan Epidural Yang Selalu Terjadi 

kesan epidural, kesan sampingan epidural, kesan epidural pada tubuh, gejala selepas epidural, gejala sampingan epidural, risiko epidural, risiko selepas epidural, suntikan epidural, suntikan epidural bagi ibu bersalin

Menurut Center For Disease Control and Prevention (CDC), seramai separuh dari wanita hamil memerlukan suntikan epidural bagi melancarkan proses kelahiran mereka. 

Walaupun ia terbukti selamat digunakan namun terdapat beberapa kesan epidural ini pada anda seperti senarai di bawah ini. 

1) Gatal-gatal: Beberapa jenis ubat yang digunakan dalam epidural seperti opioid boleh membuatkan kulit gatal-gatal. Jika ia berlaku, doktor akan memberikan pesakit ubat tahan gatal supaya ia beransur pulih. 

2) Demam: Selepas mendapatkan suntikan epidural, ada ketikanya wanita akan mengalami demam. Menurut Pub Med Health, 23 peratus wanita yang menerima epidural mengalami demam berbanding 7 peratus wanita yang tidak terima epidural. 

3) Sakit punggung: Selepas beberapa hari melahirkan anak, ibu akan mengalami rasa nyeri di bahagian punggung selama beberapa hari. Ia mungkin kerana regangan pada punggung. 

4) Tekanan darah rendah: 14 peratus wanita yang mendapatkan epidural mengalami penurunan tekanan darah malah suntikan tersebut boleh mempengaruhi saraf yang mengawal kontraksi otot dalam pembuluh darah. 

Namun, jika tekanan darah terlalu rendah, ia dapat pengaruhi aliran darah kepada bayi. Malah sebahagian besar wanita mendapatkan cairan intravena sebelum epidural digunakan. 

Jika mengalami tekanan darah rendah semasa hamil, doktor akan memberi ubat bagi mengatasi masalah tersebut. 

5) Sukar membuang air kecil: Selepas mendapatkan epidural, saraf yang menjaga saluran kencing akan mati rasa. Disebabkan itu anda perlu menggunakan kateter untuk kosongkan pundi kencing.

Maka anda akan kembali mengawal kencing setelah bius epidural habis. 

5 Kesan Epidural Yang Jarang Berlaku 

kesan epidural, kesan sampingan epidural, kesan epidural pada tubuh, gejala selepas epidural, gejala sampingan epidural, risiko epidural, risiko selepas epidural, suntikan epidural, suntikan epidural bagi ibu bersalin

Berikut beberapa kesan epidural yang jarang berlaku namun perlu diketahui juga. 

#1. Menyebabkan masalah pernafasan 

Dalam keadaan yang jarang berlaku, bius epidural ini dapat mempengaruhi otot pernafasan hingga menyebabkan masalah terutama bagi ibu yang ada asma atau serangan panik (panic attack). 

#2. Sakit kepala

Menurut American Society of Anesthesiologists, sakit kepala ini hanya berlaku sekitar 1% sahaja selepas bersalin. 

#3. Jangkitan 

Setiap kali membuat lubang pada kulit maka ia memudahkan bakteria untuk masuk ke dalam badan lantas menyebabkan infeksi. Meskipun ia jarang berlaku tapi epidural memang boleh menyebabkan jangkitan tersebut. 

#4. Kekejangan 

10 Kesan Sampingan Lepas Terima Epidural Semasa Bersalin, Ibu WAJIB Tahu Ini

Selain itu, epidural juga boleh memicu kekejangan kerana aktiviti listrik abnormal di bahagian otak anda. 

#5. Kerosakan saraf 

Pendarahan di sekitar sumsum tulang belakang dan penggunaan ubat yang salah pada epidural boleh menyebabkan kerosakan saraf. 

Walaubagaimanapun, kesan sampingan yang jarang berlaku ini hanya mempengaruhi kira-kira 1 dalam 4000 kelahiran yang menggunakan epidural semasa bersalin. 

Bagi mengelak sebarang risiko yang membahayakan, adalah lebih baik anda berbincang dengan doktor sakit puan supaya proses kelahiran dan penyembuhan berjalan lancar. 

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fadhila Auliya Widia Putri. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga: Lalui Czer Tanpa Epidural Hingga Alami Kesakitan Melampau, Wanita Ini Saman Hospital

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • 10 Kesan Sampingan Lepas Terima Epidural Semasa Bersalin, Ibu WAJIB Tahu Ini
Kongsikan:
  • Malu Nak Ambil Epidural, Akhirnya Sakit Tak Tertanggung, Ibu Makin Lemah, Tak Larat Teran Bayi!

    Malu Nak Ambil Epidural, Akhirnya Sakit Tak Tertanggung, Ibu Makin Lemah, Tak Larat Teran Bayi!

  • "Tak Sakit Bersalin Guna Epidural, Menyesal Tak Ambil Masa Anak Pertama, Kedua!"

    "Tak Sakit Bersalin Guna Epidural, Menyesal Tak Ambil Masa Anak Pertama, Kedua!"

  • Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

    Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Malu Nak Ambil Epidural, Akhirnya Sakit Tak Tertanggung, Ibu Makin Lemah, Tak Larat Teran Bayi!

    Malu Nak Ambil Epidural, Akhirnya Sakit Tak Tertanggung, Ibu Makin Lemah, Tak Larat Teran Bayi!

  • "Tak Sakit Bersalin Guna Epidural, Menyesal Tak Ambil Masa Anak Pertama, Kedua!"

    "Tak Sakit Bersalin Guna Epidural, Menyesal Tak Ambil Masa Anak Pertama, Kedua!"

  • Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

    Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.