TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Mata Hitam Bayi Besar, Ibu Kesal Ada Yang Samakannya Dengan Alien Lepas Kongsi Gambar

25 Jan, 2023
Mata Hitam Bayi Besar, Ibu Kesal Ada Yang Samakannya Dengan Alien Lepas Kongsi Gambar

Mata hitam bayi yang besar boleh menjadikannya kelihatan unik. Ada yang mengatakan ia cantik, malah ada juga sanggup samakan dengan alien

Kelahiran setiap anak membawa kebahagiaan buat ibu dan ayah. Rupa paras dan saiznya yang kecil dianggap sungguh comel. Bila dianugerahkan anak dengan mata hitam lebih besar, ramai mengatakan ia sungguh unik.

Walau bagaimanapun dalam masa yang sama ada juga bermulut celupar dan menghina ciptaan Yang Maha Esa ini hingga menyinggung perasaan ibu ayah.

Mata hitam bayi besar

mata bayi besar

Menurut Mstar, seorang ibu yang dikenali sebagai Siti Alicesha meluahkan rasa sedih dan kurang senang apabila anaknya disamakan dengan makhluk asing.

Ketika dihubungi, dia menceritakan mengenai keadaan mata hitam besar pada anak lelakinya, Muhammad Hud Akhtar yang dilahirkan di Hospital Besar Melaka pada 23 September 2022.

”Saya lahirkan Akhtar secara normal. Pada mulanya saya langsung tidak perasan apa-apa pada mata hitam anak sebab dia banyak tidur.”

”Namun bila kami ditempatkan dalam wad, ketika menyalin pakaiannya baru saya perasaan mata hitam anak lebih besar. Meski terkejut, saya menganggap ia adalah normal bagi seorang bayi,” jelasnya.

@alicesha_zulku mata adik paling cantik #unik #matabesar #anakibuayah ♬ Anakku Sayangku – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

 

Tambah ibu kepada empat cahaya mata ini, situasi menjadi berubah apabila seorang doktor menegur mengenai mata hitam anak ketika melakukan pemeriksaan.

Dia yang tinggal di Jasin, Melaka mengatakan iris mata hitam anak lebih besar sehingga mata hitam kelihatan hampir melitupi seluruh matanya.   

Kemudian doktor meminta Akhtar supaya ditahan dekat wad memandangkan bayi berkenaan turut mengalami masalah demam kuning (jaundis kelihatan pada kulit).

Doktor yang perasan dahulu

”Doktor yang perasan lepas tengok mata hitam anak saya. Dia ada bertanya kalau-kalau ada adik beradik lain yang matanya sama seperti itu, tapi tiada pun.”

”Bukan itu sahaja, doktor turut mengatakan bahawa dia belum pernah tengok lagi bayi dengan mata hitam sebesar ini. Selepas anak dibenarkan pulang, saya ada bertanya pada jururawat yang bertugas mengenai keadaan matanya.”

”Mereka pun tidak boleh jawab. Kebetulan doktor tiada masa saya keluar wad. Jadi saya belum pasti mengenai keadaan mata anak yang sebenarnya. Selepas cuti Tahun Baharu Cina nanti barulah kami tahu keadaan Akhtar.”

Menurut Alice, dia sudah membuat temujanji untuk berjumpa dengan pakar mata di Melaka pada bulan Mac depan.

Dalam keterujaannya berkongsi gambar anak sebagai ahli baharu dalam keluarga, dia telah menerima satu mesej yang mengguris perasaan seorang ibu. Individu berkenaan menegur mengenai mata anaknya.

Alice menceritakan, seorang kenalannya ada menyamakan Akhtar dengan makhluk asing (alien) watak ‘Jadoo’ dalam filem Bollywood bertajuk Koi Mil Gaya kerana bahagian mata hitam anaknya kelihatan besar.

Kenalan terdekat jadikan bahan lawak

mata hitam besar bayi alien

”Sebagai ibu ayah yang teruja menyambut anak keempat dalam keluarga, maka banyaklah gambar Akhtar yang kami ambil. Tapi tidak tunjuk dekat semua orang.”

”Tapi kerana desakan rakan-rakan, saya kongsikan beberapa keping gambar Akhtar tapi cuma pada kenalan saja. Dari situlah ada yang samakan anak dengan alien serta tunjuk gambar Jadoo dalam cerita depan-depan muka saya,”

”Saya rasa sedih, sakit, hiba walaupun luaran mampu tersenyum pada masa itu. Kalau dia kata sekali mungkin boleh diterima, tapi bila berkali-kali hingga jadi bahan lawak, sumpah saya tidak boleh menerimanya,” luahnya.

Disebabkan oleh insiden tersebut, Alice telah memuat naik video di TikTok dan memuji kecantikan mata anaknya pada pandangan seorang ibu.

Video berkenaan menjadi tular sehingga meraih lebih 1.4juta jumlah tontonan serta dibanjiri dengan pujian oleh netizen.

Dalam pada itu Alice menitipkan pesanan serta harapan meminta agar netizen mendoakan kesejahteraan Akhtar.

Stories Rakan Kongsi
This Exclusive Mum-Club Gives The Best Vouchers, Freebies and Offers. Be A Member Today!
This Exclusive Mum-Club Gives The Best Vouchers, Freebies and Offers. Be A Member Today!
The Development at 2 Months Old,  Your Baby Can Smile & Interact!
The Development at 2 Months Old, Your Baby Can Smile & Interact!
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
"My Child Is Healthy, How Did They Get Infected With Chickenpox?"
"My Child Is Healthy, How Did They Get Infected With Chickenpox?"

”Saya dengan suami akan menunggu penilaian daripada pakar mata terlebih dahulu. Ramai juga yang tinggalkan komen di TikTok dan mengaitkannya dengan Sindrom Axenfeld Rieger pada anak kami,” kongsinya.

Mstar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mata Baby Suka Pandang Atas, Pakar Jelaskan Kaitannya Dengan Perkembangan Penglihatan Bayi

Baca juga: Penglihatan Bayi 1 Bulan Hingga 1 Tahun, Mata Malas Antara Masalah Biasa Dialami Kanak-Kanak

Baca juga: ”Ayon Lebih Cerah Dari Azirah,” Wanita Lahirkan Bayi Kembar Dengan Warna Kulit & Mata Berbeza

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Mata Hitam Bayi Besar, Ibu Kesal Ada Yang Samakannya Dengan Alien Lepas Kongsi Gambar
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham