X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Mata Baby Suka Pandang Atas, Pakar Jelaskan Kaitannya Dengan Perkembangan Penglihatan Bayi

5 min bacaan
Mata Baby Suka Pandang Atas, Pakar Jelaskan Kaitannya Dengan Perkembangan Penglihatan Bayi

Perkembangan penglihatan bayi semakin kuat seiring dengan pertambahan usia si manja. Sesetengah bayi cenderung dan kerap pandang ke atas

Beberapa hati pertama, bayi baru lahir akan banyak menghabiskan masa dengan tidur dan menutup matanya. Seiring pertambahan usia, perkembangan penglihatan bayi perlu diberikan rangsangan agar si manja dapat berinteraksi dengan dunia sekeliling.

Walau bagaimanapun, sesetengah ibu mungkin pernah berdepan dengan bayi yang kerap pandang ke atas hingga timbul rasa risau. Justeru mengapakah ia berlaku dan adakah perkara ini normal?

Perkembangan penglihatan bayi

penglihatan bayi

Konsultan Tangisan dan Tidur Bayi, Uswatun Hasanah menyenaraikan beberapa punca yang membuatkan bayi kecil suka pandang ke atas dan tunjuk-tunjukkan jarinya ke atas semasa menangis. Ia berkaitan dengan perkembangan penglihatan bayi apabila usianya meningkat hari demi hari.

#1. Faktor perkembangan fizikal dan skil motor

  • Daya dan kemampuan melihat

Ibu ayah sila rujuk pada infografik tahap perkembangan penglihatan bayi seperti yang dilampirkan di bawah. Anda boleh lihat bahawa daya penglihatan bayi begitu kabur, seperti orang rabun teruk atau hampir buta.

Bayi baru lahir iaitu usia 0 hingga 3 bulan hanya dapat melihat dalam jarak sekitar 8 hingga 15 inci sahaja. Atau lebih mudah, sekitar jarak wajah ibu ketika pangku anak semasa menyusu.

Manakala warna yang dilihat oleh bayi baru lahir juga adalah dari kumpulan warna terang sahaja seperti merah, jingga, kuning dan hijau.

Bayi perlu lebih masa untuk melihat warna-warna yang kurang cerah seperti biru dan violet(ungu) kerana jalur gelombang warna-warna tersebut yang pendek sedangkan pengesan warna (color receptors) dalam retina bayi masih terhad.

  • Bayi perlukan 50 kali ganda cahaya berbanding orang dewasa

Selain itu, jumlah cahaya yang diperlukan oleh bayi 1 bulan untuk boleh melihat adalah 50 kali ganda dari yang diperlukan oleh orang dewasa! (light detection threshold)

  • Refleks tersentak-sentak (MORO)

Bayi yang berusia 0 hingga 3 bulan mempunyai reflek MORO yang paling aktif. Ia adalah reflek tersentak-sentak atau terkejut-kejut akibat neuron atau sel otaknya yang belum habis ditebat/ditutup/disalut dengan sejenis asid amino bernama Myelin.

Penebatan atau penyalutan sel otak yang sempurna perlu agar input yang ingin diproses dalam otak bayi dapat bergerak di antara neuron dan kawasan otak dengan lebih cepat dan lancar.

Selama penebatan ini belum sempurna, selama itulah anak kecil mudah tersentak-sentak 'tanpa sebab'.

Ciri bayi yang sedang alami reflex MORO:

  1. Mendepa/mencampak tangan ke atas
  2. Menarik kembali tangan ke sisi
  3. Menangis (kerana bila sedang berMORO reflek, bayi ibarat berada dalam posisi kejatuhan bebas).
  • Penglihatan adalah deria yang tidak dirangsang semasa di dalam rahim

penglihatan bayi

Dalam tujuh deria bayi iaitu sentuh, rasa, lihat, hidu, dengar, bergerak dan tekanan, penglihatan adalah satu-satunya deria yang tidak dirangsang semasa dalam rahim. Hal ini kerana:

a) Keadaan rahim yang gelap dan jumlah cahaya yang masuk sangat sedikit. Ibarat berada di dalam bilik yang tidak dibuka lampu dan dirapatkan langsir. (Psychologist Vincent Reid from the University of Lancaster: UT Southwestern Medical Center)

b) Kelopak mata bayi hanya mula terbuka sekitar usia 26-28 kehamilan. Maka sepertimana bayi perlu berlatih menggunakan otot kaki dan tangan untuk pandai merangkak dan berlari, si manja juga perlukan masa untuk berlatih menggunakan mata.

  • Bayi usia 0 hingga 3 bulan mengekori objek dengan mata

Memandangkan bayi hanya mampu baring terlentang, kepala yang besar dan berat di mana 25 peratus dari berat keseluruhan bayi adalah dari kepalanya. Maka bola mata bayi cenderung untuk pandang ke bahagian atas.

#2. Faktor perkembangan mental

Untuk membolehkan bayi memahami apa yang dilihat oleh matanya, otak si manja perlu mentafsir imej yang ditangkap oleh matanya. Ia dikenali sebagai visual sensory processing.

Secara ringkasnya, perkembangan mental anak 0-3 bulan adalah:

  • Mulai usia 8 minggu: dunia corak dan bentuk

Anak mula boleh nampak jalur corak, tekstur dan bentuk (jarak terhad). Pertama kali bayi boleh lihat dalam 3D. Inilah sebabnya anak mula lebih fokus dan minat melihat wajah atau objek kerana semuanya kelihatan lebih menarik dalam 3D.

Pengetahuan ini juga membuat bayi lebih tertarik dan berminat dengan anggota badannya. Ibarat bayi baru benar-benar sedar dan merasai bahawa dia mempunyai tangan dan kaki!

perkembangan penglihatan bayi

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ia punca bayi suka belek jari dan hisap jarinya sendiri bermula usia ini kerana bayi sedar anggota badannya boleh di gerak-gerakkan ke arah dia suka.

  • Mulai usia 12 minggu: dunia perubahan lancar 

Anak suka meraba dan menyentuh muka, dada dan badan ibu ketika disusukan kerana otak dan ototnya telah punyai keupayaan mengkoordinasi arahan otak-pergerakan anggota dengan lebih harmoni.

Anak juga mula berminat dengan sebarang bentuk gerakan ringkas seperti buka-tutup mulut orang bercakap dan langsir yang naik turun. Mata dan kepalanya sudah boleh mengekori arah gerakan objek yang dilihat asalkan tidak terlalu kompleks, laju dan jauh.

Inilah juga usia anak mula rasa sensasi: sejuk, panas, geli dan mencucuk. Menjelang usia 12 minggu, ibu ayah akan perasan bahawa perkembangan penglihatan bayi lebih jelas. Manakala otaknya mula belajar memproses gerakan yang berlaku di sekeliling.

Kesimpulannya, perkembangan penglihatan bayi yang selalu pandang ke atas tiada kaitan dengan perkara mistik seperti yang dikatakan oleh masyarakat kita. Ia adalah suatu keadaan yang normal dan akan menjadi lebih baik seiring peningkatan usia si manja.

Semoga bermanfaat!

Baby Language

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Ada Kesan Darah Pada Lampin, Ibu Cemas Bayi Perempuan Baru Lahir Datang Haid 10 Hari

Baca juga: Anak Suka Baling Barang Bila Mengamuk, Ibu Jangan Marah-Marah, Begini Cara Menghadapinya

Baca juga: Rangkaian Nama Anak Perempuan Huruf S Yang Cantik & Indah Untuk Tahun 2023

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Mata Baby Suka Pandang Atas, Pakar Jelaskan Kaitannya Dengan Perkembangan Penglihatan Bayi
Kongsikan:
  • ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

    ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

  • Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

    Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

  • Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

    Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

  • ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

    ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

  • Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

    Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

  • Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

    Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.