Anak yang sedang membesar akan melalui pelbagai perkembangan fizikal dan emosi. Jika dahulu masih dalam gendongan, kini si manja sudah boleh berjalan dan ada perangai tersendiri seperti anak suka baling barang, merajuk ataupun mengamuk.
Jika ibu ayah berdepan situasi ini, diharapkan untuk mendidik kesabaran yang tinggi dalam diri. Adalah sesuatu perkara yang normal sekiranya anak bawah usia dua tahun menunjukkan tanda protes apabila kemahuannya tidak dipenuhi.
Punca kenapa anak suka baling barang
Pernah tak bila anda melarang anak melakukan sesuatu perkara atau tidak mempedulikan permintaannya, mereka mula mengamuk, berguling dan melempar barang yang ada di sekeliling? Jika ya, ia adalah petanda anak adalah seorang yang normal!
Tidak cukup dengan itu, bila bermain anak-anak cenderung membaling barang atau mainan mereka sehingga membuatkan ruang tamu menjadi bersepah. Ada beberapa sebab kenapa anak suka baling barang iaitu:
#1. Proses meneroka dan sikap ingin tahu
Sebenarnya bayi dan kanak-kanak seronok meneroka dunia mereka dan memikirkan cara sesuatu objek itu berfungsi. Anak suka baling barang adalah cara semula jadi untuk mereka belajar tentang persekitaran.
Apabila sesuatu dapat dicapai, mereka secara semulajadinya akan cuba membaling dan melempar untuk melihat apa yang berlaku. Jika ia bergerak atau membuat bising, semuanya lebih baik.
#2. Tidak berminat atau tidak tahu cara bermain
Terdapat banyak sebab kenapa anak suka baling barang daripada bermain dengannya. Mungkin mereka tidak berminat dengan mainan tertentu itu, atau tidak tahu cara bermain dengannya.
Jika anak melihat sesuatu yang mereka mahukan tetapi tidak dapat bermain, mereka mungkin mengambil apa sahaja yang paling dekat dengannya.
#3. Sebahagian daripada proses bermain
Ia juga penting untuk diingatkan bahawa anak suka baling barang adalah kerana ia sebahagian daripada BAGAIMANA mereka bermain ketika usia sekitar 18-24 bulan.
Anak lempar barang atau main mungkin kerana mereka sedang memikirkan bagaimana sesuatu bergerak dan mengapa.
#4. Cara untuk melepaskan amarah
Kanak-kanak kecil tidak mempunyai kawalan impuls yang sama seperti kita. Mereka boleh berasa terharu dan kecewa apabila keinginannya tidak dipenuhi.
Justeru dengan melemparkan sesuatu barang atau objek di sekelilingnya adalah cara untuk menyatakan perasaan mereka.
#5. Ingin perhatian ibu ayah
Sesetengah anak kecil membaling objek adalah kerana ingin mendapatkan perhatian ibu ayah atau tanda untuk berkomunikasi. Memandangkan usia 2 tahun ke bawah, si manja masih belum boleh bercakap.
Misalnya jika anak membaling botol susu, ia mungkin adalah kerana si manja lapar. Justeru ibu ayah jangan cepat melenting dan dekati anak untuk memahami apa yang mereka inginkan.
#6. Hanya ingin menguji
Bukan itu sahaja, sebab anak suka baling barang adalah kerana ingin menguji kesabaran anda. Sebagai contoh, dia lempar barang hingga jatuh ke lantai sambil menangis, kemudian apabila ibu ayah mengambilnya, mereka akan diam dan lihat apa tindakan anda.
Jika diberi semula barangan tersebut kepada anak, mereka cenderung untuk baling lagi beberapa kali.
Cara berdepan anak suka baling barang
Masa anak lempar barang, pegang tangan dan ambil barang yang dipegangnya. Gantikan dengan benda lain seperti bola plastik. Alihkan perhatian mereka dengan ajak bermain permainan yang baru.
-
Jangan marah atau menjerit
Marah atau menjerit adalah reaksi biasa bagi ibu ayah apabila berdepan dengan anak meragam. Dalam hal ini jika si manja suka baling barang, elakkan meninggikan diri pada mereka kerana anak sedang belajar.
Tengkingan atau meninggi suara atau perkataan yang kasar dapat membunuh lebih dari 1 juta sel otak waktu itu juga. Dan jika ditambah dengan satu pukulan atau cubitan maka akan membunuh lebih dari berjuta-juta sel otak waktu itu juga.
-
Pandang matanya dan berkata
Anak pada usia ini tidak akan faham bila ibu membebel. Sebaiknya pandang mata, pegang benda yang ingin dilemparnya dan katakan, “Ini tidak boleh dibaling. Rosak nanti.”
Anak akan lebih cepat belajar tentang benda yang boleh dibaling apabila dia melihat objek tersebut. Apa kata ibu ayah sekali baling sekali dengan anak-anak. Baling barang plastik la ya!
Bila ibu ayah sudah melarang, jangan bagi anak baling barang lagi. Tidak perlu melayan anak-anak yang merengek sebab tak dapat baling barang. Jauhkan sesuatu perkara yang bahaya daripada mereka.
Jika anak suka baling makanan, jauhkan makanan capaian tangan mereka. Angkat terus pinggan, suapkan pada anak perlahan-lahan sehingga anak kenyang.
-
Cuba masuk dunia si kecil
Kenal pasti sama anak baling barang disebabkan oleh sedang bermain atau sedang marah. Kalau si manja baling disebabkan oleh perasaan marah, teruslah peluk anak sehinggalah anak bertenang.
Ibu ayah tidak perlu bercakap, kerana dalam keadaan ini anda juga mungkin dalam keadaan marah melihat barang-barang memenuhi lantai.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Lambat Berjalan Tapi Sudah Boleh Bercakap, Begini Cara Yang Boleh Ibu Ayah Lakukan
Baca juga: Selain Kemahiran 3M, Terapis Cara Kerja Senarai Lima Skil PENTING Sebelum Anak Masuk Darjah 1
Baca juga: ‘The Rock’ Disolek Anak Perempuan, Muka Ganas Tapi Rupanya Seorang Bapa Penyayang!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!