Toilet training anak bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan dan dijayakan oleh ibu bapa di luar sana. Anak kecil ini, apa yang mereka mahu lakukan, mereka akan buat.
Mereka masih berada di dalam fasa tidak tahu jikalau sesuatu perkara itu salah atau tidak untuk diperbuat. Jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu mencuba yang terbaik untuk mencorakkan kehidupan mereka.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Toilet training anak seawal usia
- Mula bawa anak ke tandas setiap 15 – 30 minit
- Ajukan soalan-soalan berkaitan buang air kepada anak-anak
- Sediakan potty toilet dan panties yang comel untuk anak
Toilet training anak seawal usia 2 tahun
Seorang pengguna Facebook iaitu Rosmaizati Rashid baru-baru ini telah berkongsikan tips-tips berguna untuk ibu bapa di luar sana lakukan jika ingin mula ‘potty training‘ anak di awal usia. Setakat hantaran tersebut ditulis, beliau telah berjaya bebas pampers selama satu minggu.
Potty training Raanaafia at 2 years 3 months 5 days. Permulaannya, perlukan introduction iaitu proses pengenalan kepada anak-anak mengenai kencing dan berak.
“Sebelum start potty train taw, maksudnya x start potty train lagi. Just nak dia familiar ape itu kencing dan berak. Macam afia tiap kali mandi, mama suruh dia kencing dulu. Kalau dia berjaya kencing cakap “waa afia kencing”.
“Kadang2 je time nie dia dpt kencing tak selalu. Maybe kebetulan. Kalau dia x kencing xpe la, try again for the next time. Kalau berak pula, tunjuk tahi dia kt pampers tu. cakap laa “eee afia berak”.
“Kedua-dua ibu bapa kena ade kegigihan, kesabaran, nekad dalam diri. Lagi awal korang train anak lagi mencabar lah cara nak train. Bila dia besar sikit takde masalah sgt kot sebab lagi senang dorang nak dengar arahan.
“Terkucil itu pasti dalam proses nie, kena keep sabar, jangan putus asa. Penat sikit takpe, nanti akan ada sinar di penghujungnya.
“Utk makluman nie kali ke 2 train afia, kali nie baru bejaya. First masa afia officially 2years. Puncanya sebab mama la yang tak bersedia hahaha. X sabar n cepat give up,” katanya.
Potty training dengan bawa anak ke tandas setiap 15 atau 30 minit
“Ajak anak ke toilet at least 15minit or 30 minit pda mulanya. Lepastu kita cari rentak anak kite macammana. Kalau dia minum banyak set kejap je. Kalau tak berapa minum set lama sikit. Masa days 1 2 mmg struggle sbb tak menentu.
“Set 30minit kejap dia dh kencing dulu, kejap dia xnk kencing lagi. After that, ok dh, set sejam sekali. Selepas seminggu dia dah makin pandai control her bladder so set at 2 hour once. Lepas2 tu x pasang timer dah tunggu dia cakap or kite yg ajak.”
Seterusnya, ibu ayah sekalian perlu ketahui bahawa support dari suami adalah sangat penting!
“Tambah2 bila kite train anak yg usia kecik lagi. Sama-sama jayakan potty train ni. Jangan harapkan isteri sorang je. Macam train afia tgh pkpb, jadi dede afia selalu kt rumah. So dede banyak bantu. Alhamdulillah.
“Bila afia tebabas sorang bersihkan lantai, sorang bersihkan anak. Jangan bapaknya pi marah or jatuhkan semangat isteri nk potty train anak sebab anak asyik kencing merata. Apa pon xjadi nnti. Terbantut nak train ank bila tak de support dri suami.”
Masa toilet training anak, sentiasa tanya soalan pada anak dan elakkan marah
“Selalu remind anak kena kencing kt mana. Tanya soklan nak kencing pegi mana, nak kencing pergi toilet. So dalam otak dia akan tersimpan pesanan khidmat masyarakat mama dede tu. Boleh dikatakan 5-10minit skli ktorg remind afia. Banyak kali tanya smpi afia pon malas jawab. Kalau anak tkucil explain at first.
“Explain why can’t here! Explain and explain. Bukan terus nak marah2. Dorang tak tahu pon benda tu salah. Kite la yang betolkan dan ajar.
“Btw, mama afia day 1 explain baik2. Day 2 and 3 explain tepuk2 manja gituw kt montot tu. Hahaha. Nak bgtahu yg mama marah kalau kencing merata. Bgi dia paham sikit benda tu salah.”
Sediakan potty toilet yang sesuai dan comel untuk anak
Dan seterusnya, ibu ayah bagilah ‘hadiah’ potty toilet yang comel-comel sikit untuk anak. Barulah dia suka dan senang untuk guna.
Lepas itu, boleh cuba untuk pakaian panties yang comel, bagi anak pilih karakter kegemaran mereka untuk dipakai. Warna biar bercampur, pink, oren, putih, biru, merah, ungu dan banyak lagi.
“Kenapa tak pakai potty pants je?? Sebab function dia lebih kurang pampers. So anak kite tak dapat rasa air kencing mengalir time dorang tkucil. Bila pakai panties je, dia dapat rasa dan through accident, lesson are learnt.”
Oh ya, untuk tips terakhir yang dikongsikan, ibu ini memberitahu untuk tidak menutup pintu tandas dengan rapat. Ini untuk memudahkan ibu bapa angkut anak kalau masa ’emergency’ nak guna tandas.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Ajar Anak Berkasih Sayang Sejak Kecil, Elak Bergaduh
Baca juga: Dah Tiba Masa Ajar Anak Potty Training? Ini Apa yang Anda Patut Buat & Elakkan
Baca juga: Latih Anak Komunikasi Penyingkiran Untuk Bantu Dia ‘Potty Training’ Lebih Pantas!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!