TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jangan Tinggi Suara Terhadap Suami, Mereka Juga Ada Perasaan Ingin Sentiasa Dihormati

4 min bacaan
Jangan Tinggi Suara Terhadap Suami, Mereka Juga Ada Perasaan Ingin Sentiasa Dihormati

Jika anda mendalami ilmu rumah tangga, sebenarnya bukan susah untuk hormat suami. Hal yang paling penting adalah sentiasa berlemah-lembut ketika berbicara

Kebelakangan ini, segelintir isteri dilihat kian hilang sikap hormat suami atas alasan tekanan di tempat kerja dan cabaran membesarkan anak-anak di rumah.

Secara lumrahnya, setiap lelaki lebih gemar untuk memendam perasaan biarpun mereka dilanda pelbagai masalah atau hati tersinggung kerana layanan kurang baik dari isteri.

Hormat suami demi keharmonian

hormat pasangan

Biarpun pada luaran suami kelihatan bertenang dan mengikuti apa sahaja yang anda minta lakukan, sebenarnya jauh dari dasar hatinya untuk merasai layanan istimewa seperti zaman bercinta dahulu.

Hari demi hari kian berlalu, tugas wanita pada hari ini dikatakan lebih mencabar sekiranya anda perlu memberikan komitmen di pejabat dan sebaik pulang ke rumah, perlu melayani anak-anak pula.

Mungkin ada masanya anda secara tidak sengaja berkasar dengan suami kerana emosi mula tidak stabil dan tubuh badan mulai berasa penat.

Namun, hal yang perlu anda ingat ialah syurga isteri di bawah telapak kaki suami. Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan suami berasa sakit hati terutamanya ketika anda berbicara dengannya.

Menjadi seorang isteri anda haruslah melakukan perkara ini jika ingin mengelakkan pertengkaran dengan pasangan:

#1. Menjaga nada suara

Sekiranya di awal perkenalan dan masih lagi bukan mahram, anda boleh bercakap dengan lembut dan penuh kemanjaan dengan kekasih.

Tetapi, cuba fikirkan kenapa setelah berkahwin anda tiba-tiba hilang hormat suami dengan menjadi harimau?

Sentiasa menjaga nada suara yang sedap didengari oleh suami agar mereka berasa tenang apabila pulang ke rumah. Janganlah anda menganggap suami yang menjadi tidak romantik setelah berkahwin tanpa mencermin terlebih dahulu diri sendiri.

Komunikasi yang memiliki elemen lemah-lembut dan sopan mampu membuatkan suami berasa selesa ketika anda bersamanya.

#2. Elak menyindir suami

cara hormat suami

Sekiranya suami telah melakukan kesilapan kecil dalam perhubungan, anda perlu memaafkannya dan melupakan kisah yang lama.

Hal yang perlu anda ingat bahawa tiada manusia yang sempurna. Jika suami tidak dapat memenuhi keinginan anda dan anak-anak, elakkan menyindirnya dengan niat ingin membalas dendam.

Sentiasa hormat suami dengan memberikan sokongan padu buatnya. Jika dia ingin meluahkan perasaan, anda perlu menjadi pendengar yang baik dan menghulurkan bantuan mencari jalan keluar dari belenggu masalah.

#3. Tidak mencarut

Tidak dinafikan, dalam melayari bahtera rumah tangga pastinya berhadapan pelbagai dugaan sehingga sesetengah pasangan hilang kesabaran.

Jika suami tidak mampu menjadi pendamping terbaik seperti yang anda idamkan, elakkan melayan mereka dengan penuh kasar dan meninggikan suara ketika bercakap.

Kesannya, bila hati suami kerap kali terguris dan kecewa dengan anda, tidak mustahil untuk dirinya mencari orang baru.

#4. Jangan mengungkit perkara silam

Perkara yang paling penting dalam sesebuah rumah tangga adalah dengan tidak mengungkit kisah silam seseorang.

Sedar ataupun tidak, kebanyakan isteri gagal untuk melakukan perkara ini apabila anda perlu berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Sebagai ‘senjata’ untuk melawan suami, anda pastinya akan lebih cenderung untuk mengungkit segala kisah silam dan keburukannya dengan harapan dirinya akan mengalah.

Jangan lupa bahawa anda juga sebenarnya memiliki kekurangan diri. Hanya pasangan yang tidur sebantal sahaja mampu menerima seadanya.

#5. Tidak membelakangkan suami

tips hormat suami

credit to sources

Stories Rakan Kongsi
MCO Baby On The Way? Here's How To Prepare For Your Little One
MCO Baby On The Way? Here's How To Prepare For Your Little One
The Magic of Oats: Here's How You Can Soothe Dry, Itchy Skin for Mum & Baby
The Magic of Oats: Here's How You Can Soothe Dry, Itchy Skin for Mum & Baby
Best Parks For Leisure and Adventure Within Klang Valley
Best Parks For Leisure and Adventure Within Klang Valley
Is Your Child’s Growth Stunted? Here’s What You Should Know
Is Your Child’s Growth Stunted? Here’s What You Should Know

Ketika proses komunikasi antara isteri dan suami berlaku, pastinya akan wujudnya perbezaan pendapat mengenai sesuatu topik.

Dalam hal ini, sekiranya suami mahu memberikan pandangannya, berikan sedikit ruang untuk dia menjelaskan secara lengkap.

Jangan terus memotong percakapannya dengan mengatakan pendapat anda adalah lebih baik. 

Bukan itu sahaja, elakkan membelakangkan suami. Sentiasa berusaha menjadi isteri yang baik dan tatap matanya ketika bercakap.

Cara ini sebenarnya dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan menunjukkan anda sentiasa menghormati pendapatnya meskipun ia sangat berbeza.

Kesimpulannya, berdosa jika seorang isteri bermasam muka dan berkasar dengan suami. Sekiranya masih boleh dibawa berbincang, duduklah berbincang dan mencapai kata sepakat.

Dalam sesuatu hubungan, perkara penting adalah sikap toleransi. Cuba memahami pasangan dan tingkatkan nilai kesabaran dalam diri kerana hidup berumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah.

Kredit gambar: Redaksi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: Mahalnya Nilai Kesetiaan Seorang Isteri, Sehingga Ke Akhir Hayat Menyayangi Suami

Baca juga: Suami sebenarnya diuji Tuhan bila isteri tak lagi cantik lepas bersalin – anda ikut nafsu atau hati?

Baca juga: Apabila Isteri Mula Panggil Nama Suami, Petanda Tak Baik Tu! Apa Yang Suami Dah Buat Salah?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Jangan Tinggi Suara Terhadap Suami, Mereka Juga Ada Perasaan Ingin Sentiasa Dihormati
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham