Tabiat mencium pasangan mampu memberikan sesuatu pengalaman begitu indah. Mana tidaknya, jenis ciuman yang berbeza setiap hari dapat meningkatkan hubungan mesra suami isteri.
Dalam hal ini, bibir anda dan pasangan akan bertemu dan membuatkan suasana menjadi penuh kehangatan seperti pasangan yang sedang bercinta.
Jenis ciuman suami isteri
Mengikut kepercayaan orang zaman dahulu, jenis ciuman yang pelbagai mampu menjamin kesihatan anda pada hari-hari yang mendatang.
Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh kucupan mesra dari pasangan mampu membaiki mood anda untuk berasa lebih bahagia dan gembira dengan hubungan halal yang telah terbina.
Terdapat beberapa jenis ciuman mesra yang anda boleh praktikkan bersama pasangan. Antaranya ialah:
#1. Ciuman bibir ke bibir
credit to sources
Jenis ciuman bibir ke bibir ini adalah pertama kali anda alami. Pastinya ia memberikan debaran dan perasaan tidak keruan apabila anda menikmati bibir pasangan.
Caranya adalah cukup mudah iaitu dengan meletakkan bibir anda pada bibir pasangan. Kemudian, tutup mulut dan teruskan mencium dengan penuh nikmat.
#2. Ciuman Perancis
Ciuman yang paling ikonik adalah ciuman Peranci. Ia adalah teknik ciuman yang paling banyak wanita gunakan untuk tujuan menggoda suami.
Lakukan ciuman ini dengan kedudukan kepala yang sedikit senget bagi mengelakkan dari terhalang oleh hidung. Kemudian, buka bahagian mulut dan masukkan lidah anda ke dalam bibir pasangan.
#3. Ciuman menjilat dan menggigit
Bagi menaikkan lagi nafsu ghairah pasangan, anda boleh cuba ciuman secara menjilat dan menggigit. Ia boleh dianggap sebagai langkah untuk mengusik pasangan bagi membuatkannya berasa ‘tidak tahan’.
Lakukannya dengan penuh hati-hati. Anda perlu menikmati bibir suami dan seterusnya menggigit bibir pasangan secara manja dan tonjolkan keghairahan untuk menghangatkan lagi suasana ketika bermesra.
#4. Ciuman pada leher
credit to sources
Tidak hanya wanita sahaja, lelaki juga memiliki bahagian leher yang cukup sensitif. Bagi merangsang nafsu suami, anda perlu ‘terjah’ ke bahagian lehernya menggunakan bibir.
Perlu diingat bahawa jangan keterlaluan dan terburu-buru untuk melakukan gigitan cinta atau love bite kerana tidak semua lelaki berasa selesa dengan kesan gigitan tersebut.
#5. Ciuman di telinga
Jika kebiasaannya, anda hanya menyerahkan sahaja tugas kepada semua, namun kali ini apa salahnya untuk anda mengambil giliran menonjolkan kehebatan anda untuk bermesra.
Caranya adalah dengan menjilat serta menggigit bahagian telinga suami sambil memberikan pujian atau ajakan berunsur seks. Pastinya suami berasa seronok dan teruja untuk aksi yang seterusnya!
#6. Ciuman pada seluruh wajah
Meskipun ia dianggap jenis ciuman yang biasa bagi sesetengah pasangan, namun ia sebenarnya cukup mampu untuk membuktikan kasih sayang dan penghargaan kepada suami.
Gaya ciuman ini mampu menerokai kesemua bahagian muka pasangan untuk dinikmati dan membuatkan suami berasa lebih tenang biarpun berhadapan dengan penat akibat tekanan kerja.
#7. Ciuman bahu
Tahukah anda bahawa bahu juga adalah bahagian tubuh badan lelaki yang sangat sensitif? Cuba dahulu untuk menghinggapi bibir ke kawasan ini.
Cara ini berupaya untuk mewujudkan kemesraan dalam hubungan suami isteri. Anda juga boleh menambahkan gaya menggigit dengan penuh manja.
#8. Gaya spider-man
credit to sources
Ciuman Spider-Man adalah dari adegan ikonik dalam “Spider-Man”. Ia memaparkan Spiderman menyelamatkan Mary Jane sambil menggantung diri secara terbalik, lalu terus menciumnya.
Salah satu cara untuk mencuba gaya ciuman ini adalah mengejutkan suami ketika dia berada di atas sofa sambil menikmati rancangan kegemarannya.
#9. Ciuman lembut
Meskipun dilakukan dengan penuh kelembutan, anda mungkin boleh menghangatkan suasana dengan membunyikan nafas yang lebih laju atau mengeluarkan bunyi ciuman bibir yang kuat.
Pastinya suami tidak akan melepaskan anda dari dakapannya kerana kehangatan bercinta yang anda sediakan!
#10. Ciuman menggoda
Jenis ciuman ini adalah dengan menyasarkan bahagian atas atau bawah bibir dan diikuti kedua-duanya dengan penuh menggoda.
Jangan lupa untuk mengenakan pakaian yang cukup seksi bagi meningkatkan lagi suasana romantik ketika bersama pasangan.
#11. Ciuman lingerie
Untuk menambah jangka masa yang menggoda bersama pasangan, anda boleh menciumnya sambil diselangi dengan beberapa perkongsian kisah tentang ‘aksi’ semalam.
Sesudah itu, hentikan percakapan suami dengan meletakkan bibir anda pada bibirnya. Biarkan suami merasai nafas panas anda sehingga memberikan imaginasi seks dalam fikiran mereka.
#12. Ciuman pantas
Ciuman ini boleh dilakukan untuk menunjukkan anda terlalu ghairah sehingga ingin melakukan aksi yang lebih hebat lagi iaitu hubungan seks.
Caranya adalah dengan mencium pipi, bibir dan turun lagi ke bawah bahagian tubuh suami sehingga dirinya juga merasakan bahang asmara yang sama!
#13. Ciuman ais dan buah
Anda boleh berkongsi ais yang sama dan memasukkannya ke dalam mulut suami dan menjilatnya dengan lidah.
Manakala, ciuman buah pula adalah dengan mengambil kepingan buah dan memasukkannya ke dalam mulut. Ajak suami untuk mendapatkannya.
Sekiranya dia berjaya, usap bibirnya untuk kembalikan semula kepada anda. Pastinya air buah akan menitis pada bahagian bibir.
Jadi, segeralah untuk membersihkannya menggunakan lidah. Cara ini akan menunjukkan anda sedikit liar dan kreatif melayan suami.
Sumber: Dharmawomen
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.commanfaat-ciuman-bibir
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!