Dalam seminggu berapa kali anda melakukan hubungan intim dengan suami? Bagaimana pula dengan nafsu seksual anda adakah masih sama seperti di awal perkahwinan dahulu?
Sebabnya, satu penelitian menghuraikan bahawa perhubungan suami isteri tujuh kali seminggu boleh membantu meningkatkan kualiti kerja suami di pejabat. Benarkah?
Pasti anda terkejut dan melopong mulut bila baca perenggan kedua artikel ini kan? Lantas tertanya-tanya apakah perkaitan antara hubungan seks dan pekerjaan?
Nafsu seksual tujuh kali seminggu bantu tingkatkan kualiti kerja
Kredit: Hello Sehat
Kajian yang dijalankan di barat ini menggunakan data dari 7500 pekerja yang berasal dari Yunani.
Ketua kajian, Dr Nick Drydakis memberitahu Metro.co.uk, berdasarkan Teori Hirarki yang diasaskan oleh Maslow mengungkapkan individu yang bahagia dan puas pada hidupnya menjadi lebih produktif serta berjaya dalam pekerjaan hingga mendapat gaji yang jauh lebih tinggi.
Kajian ini menyimpulkan bahawa seseorang individu itu harus hidup untuk dicintai dan mencintai baik secara seksual mahupun tidak.
Doktor Nick turut menambah, individu yang tidak terlibat dengan hubungan seks selepas kahwin di mana seseorang itu mungkin menjadi kesepian, cemas dengan sosial dan depresi. Faktor ini sekaligus mempengaruhi karier seseorang.
Berapa seks untuk seminggu?
#1. Sekali seminggu
Menurut Ahli Antropologi di Universiti Rutgers, New Jersey, Helen Fisher berkata seks membuatkan otak seseorang merembes oxytocin yang boleh meningkatkan kualiti tidur.
Malah dengan mendapat tidur yang sempurna ia dapat mengurangkan rasa lapar sekaligus membantu mengurangkan lebihan berat badan.
#2. Dua kali seminggu
Suami isteri yang melakukan hubungan kelamin dua kali semiggu memiliki 30 peratus lebih protein immunoglobulin A yang dapat melindungi daripada jangkitan penyakit.
Malah mood yang terhasil selepas seks memainkan peranan penting agar badan tetap sihat dan cergas.
#3. Tiga kali seminggu
Kajian dari Universiti Bristol mengatakan seks tiga kali seminggu dapat mengurangkan 50 peratus risiko serangan jantung kerana ia dapat bantu kadar degupan jantung seterusnya baiki pengaliran darah ke dalam badan.
#4. Empat kali seminggu
Ini merupakan kajian daripada Hospital Royal Edinburgh yang menunjukkan pasangan yang melakukan hubungan seks empat kali seminggu kelihatan lebih muda daripada pasangan yang jarang melakukannya.
Ini kerana hormon yang dihasilkan itu berupaya mengurangkan lemak badan sekaligus membantu kesihatan kulit supaya lebih cantik.
#5. Lima kali seminggu
Seks lima kali seminggu dapat meningkatkan tenaga, keyakinan, fokus dan kreativiti lantas membuatkan anda lebih positif dan perkahwinan dilanda bahagia yang tak terhingga.
Malah, ia bantu anda membuat kerja dengan lebih cermat di tempat kerja.
#6. Enam kali seminggu
Seks ini sebenarnya dapat memberi galakan terhadap pengaliran darah ke otak dan merembes hormon yang menaikkan daya intelektual hingga mampu mewujudkan sel otak yang baru.
#7. Tujuh kali seminggu
Seks yang kerap boleh mengurankan anxiety atau keresahan dan kebimbangan kerana ia menghasilkan hormon endorfin yang mampu memperbaiki mood anda jadi lebih baik.
Tips tingkatkan nafsu seksual isteri
Kredit: Gaya hidup
1) Bersenam
Bersenam memang terbukti dapat membantu mempertingkatkan nafsu seks isteri. Ini adalah berdasarkan hasil kajian dari Universiti of Texas di mana dengan bersenam dapat membantu menaikkan nafsu wanita dan bertindak sebagai agen anti kemurungan.
Malahan, dengan bersenam dapat membuatkan badan pasangan anda nampak lebih menarik sekaligus dapat menaikkan libido mereka dan juga nafsu seks.
Selain itu, badan pasangan juga kelihatan lebih menarik serta lebih yakin dengan penampilannya yang baru.
2) Pilih waktu yang sesuai
Selain daripada itu, suami perlu bijak memilih waktu yang sesuai untuk bersama-sama isteri.
Ini kerana, pilihan waktu yang betul dapat menaikkan mood dan nafsu isteri anda setiap hari.
Sebab itu, kekadang isteri kurang ghairah dengan pelawaan anda kerana waktu tersebut tidak begitu sesuai untukya.
3) Kreatif dalam seni batin
Kalau nak tahu, sebenarnya hubungan ranjang ini pun ada seni dan krafnya. Tapi, jangan lupa untuk buat foreplay sebelum bergerak ke arah seks yang serius.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Eh.com, Kepoid
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
Kebaikan Seks Antara Pasangan Termasuk Kulit Awet Muda & Cantik? Wow, Tak Sangka Ya!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!