X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

6 Tips Terbaik Mendidik Anak Dari Harvard - Taklah Risau Sangat Besarkan Anak Zaman Sekarang!

3 min bacaan
6 Tips Terbaik Mendidik Anak Dari Harvard - Taklah Risau Sangat Besarkan Anak Zaman Sekarang!

Anak-anak sememangnya memerlukan orang tersayang sebagai role model dalam kehidupan. Ini terbukti dengan adanya tips-tips hebat mendidik anak dari pakar psikologi dari Harvard ini.

Menjadi ibu bapa sememangnya satu tugas yang mencabar! Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak, dan berharap kita mampu membesarkan anak menjadi orang yang beretika dan berani menempuh kehidupan kelak.

Cabaran Dalam Membesarkan Anak – 6 Cara Mendidik Yang Betul Dari Pakar Di Harvard

Ibu bapa harus faham, anak-anak berperwatakan berbeza berbanding orang dewasa. Sekiranya kita lebih memahami psikologi kanak-kanak, pasti kita akan jadi lebih baik dalam mendidik anak-anak.

Kebimbangan yang semakin meningkat untuk membimbing anak-anak menjadi manusia baik telah menyebabkan ramai ahli psikologi Harvard mengambil perhatian.  Di sini, kami bawa kepada anda beberapa tips dari ahli psikologi universiti genius itu sendiri untuk membantu anda.

#1 Layan Anak Anda Dengan Betul

membesarkan anak, mendidik anak, tips mendidik anak, tips didik anak lelaki, tips didik anak perempuan

Layani anak dengan kasih sayang dan hormat. Selain itu, beri mereka kasih sayang supaya mereka lebih senang dengan kehadiran anda, sekaligus menjadikan mereka lebih mudah menerima ajaran dan nilai yang anda sampaikan.

Anda juga boleh menunjukkan minat terhadap personaliti unik mereka dan berbicara mengenai perkara-perkara yang boleh membawa perubahan.

#2 Jadi Individu Yang Anda Mahu Anak Anda Jadi

membesarkan anak, mendidik anak, cara mendidik anak lelaki, cara mendidik anak perempuan,

Sekiranya kita mahu anak menjadi individu yang baik, kita juga harus bersikap adil kepada mereka Sentiasalah jujur, rendahkan ego dan bijak mengurus perasaan marah.

Tidak salah sekiranya anda mengaku salah, meminta maaf sekiranya anda melakukan kesalahan walaupun terhadap anak. Lebih kerap anda menunjukkan sikap toleransi, lebih mudah anak menyemai sikap yang sama dalam kehidupan mereka.

#3 Tunjukkan Rasa Ambil Berat Terhadap Orang Lain

membesarkan anak, mendidik anak, mendidik anak lelaki, mendidik anak perempuan

Ajar anak untuk mengambil berat tentang orang lain, dan tidak mementingkan diri sendiri. Penting untuk mereka tahu kebahagian adalah hak milik bersama dan semua berhak dilayan dengan adil.

Terapkan etika dan nilai-nilai murni seperti patuh pada komitmen, membuat perkara yang betul walaupun mungkin sukar untuk dilaksanakan dan sentiasa bersikap sama rata terhadap semua makhluk.

#4 Beri Mereka Peluang Untuk Belajar

6 Tips Terbaik Mendidik Anak Dari Harvard - Taklah Risau Sangat Besarkan Anak Zaman Sekarang!

Pupuk mereka untuk sentiasa bersyukur dan menghargai pemberian orang lain. Setiap tindakan mestilah diterapkan dengan nilai yang betul seperti mengucapkan terima kasih supaya mereka tahu sekecil perbuatan itu memberi impak kepada orang lain.

Sikap positif ini akan menjadikan mereka lebih pemurah, gemar menolong, lebih pemaaf dan ada sifat belas kasihan. 

#5 Kembangkan Persekitaran Mereka!

membesarkan anak, mendidik anak, tips mendidik anak, tips didik anak lelaki, tips didik anak perempuan

Hampir semua kanak-kanak boleh berempati dengan orang terdekat mereka termasuk ibu bapa, saudara-mara mereka, dan rakan-rakan rapat.

Cabaran datang apabila mereka perlu menunjukkan empati yang sama terhadap seseorang yang bukan kenalan keluarga. Apa kata anda cuba ramaikan kenalan mereka, mungkin perkenalkannya kepada rakan baru di kelas yang berbangsa lain atau tempat yang jauh?

#6 Ajar Mereka Berfikir Secara Beretika

membesarkan anak, mendidik anak, tips mendidik anak, tips didik anak lelaki, tips didik anak perempuan

Anak kecil sememangnya bersifat ingin tahu! Gunakan kesempatan ini untuk menerangkan nilai-nilai murni dan kepentingannya dalam kehidupan. 

Selain itu, mereka juga berminat mengambil peranan penting untuk membawa perubahan positif dalam persekitaran mereka. Ini petanda bagus, anda perlu memberikan galakan dan membantu mereka memahami dilema etika peribadi mereka sendiri bagi membolehkan membuat keputusan yang positif.

Anak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan, dan layanan kita terhadap anak akan mempengaruhi cara dia melayan orang lain. Ibu bapa merupakan gambaran yang baik untuk anak-anak belajar mengenai kehidupan, jadi gunakan peluang ini sebaiknya!

Sumber rujukan: Momjunction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Disiplin Terlalu Tegas Dari Ibu Bapa Tak Berjaya Besarkan Anak Yang Bijak!

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • 6 Tips Terbaik Mendidik Anak Dari Harvard - Taklah Risau Sangat Besarkan Anak Zaman Sekarang!
Kongsikan:
  • Pengalaman Ibu Anak Dua: Ini 5 Perkara Saya Belajar Setelah Ada 2 Orang Anak

    Pengalaman Ibu Anak Dua: Ini 5 Perkara Saya Belajar Setelah Ada 2 Orang Anak

  • Kerap Berbual Dengan Anak Boleh Jadikan Mereka Lebih Bijak! - Kajian Harvard

    Kerap Berbual Dengan Anak Boleh Jadikan Mereka Lebih Bijak! - Kajian Harvard

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Pengalaman Ibu Anak Dua: Ini 5 Perkara Saya Belajar Setelah Ada 2 Orang Anak

    Pengalaman Ibu Anak Dua: Ini 5 Perkara Saya Belajar Setelah Ada 2 Orang Anak

  • Kerap Berbual Dengan Anak Boleh Jadikan Mereka Lebih Bijak! - Kajian Harvard

    Kerap Berbual Dengan Anak Boleh Jadikan Mereka Lebih Bijak! - Kajian Harvard

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.