TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kenapa Anak Enggan Berpisah Dengan Mainan Kegemaran? Ini Psikologi di Sebaliknya

5 min bacaan
Kenapa Anak Enggan Berpisah Dengan Mainan Kegemaran? Ini Psikologi di Sebaliknya

Kalau anda cuba untuk mengambil mainan kegemaran atau bantal busuk yang anak anda suka, alamatnya akan penatlah anda untuk memujuk si manja anda semula. Kenapa dia begitu? Jom kita belajar psikologi di sebalik mainan kegemaran dan bantal busuknya itu.

Anak kecil sememangnya gemar akan permainan ataupun sebarang objek yang berwarna-warni dan lembut. Namun, daripada longgokan mainan yang ada di rumah, akan ada satu mainan kegemaran anak.

Kadangkala, langsung tidak boleh berpisah, sehinggalah kalau hendak keluar pergi ke kenduri pun dia akan bawa mainan itu sekali.

Ada juga anak kecil yang mempunyai bantal ataupun selimut kegemaran. Dari ruang tamu sehingga ke dapur, habis diseretnya bantal tersebut. Kalau anda cuba ambil daripada mereka, boleh meraung dan mengamuk seharian.

Apakah yang Boleh Dikategorikan Sebagai Mainan Kegemaran Anak atau Bantal Busuk?

mainan kegemaran anak

Sesuatu objek itu boleh dikatakan sebagai mainan kegemaran atau bantal busuknya jika si kecil itu selalu tidur dengannya, membawanya ke mana-mana, dan sudah berada dengannya lebih daripada 1/3 daripada umur hidupnya.

Sebenarnya, ada psikologi disebalik mainan kegemaran tersebut.

Menurut American Academy of Pediatrics, mainan kegemaran, bantal atau selimut busuk adalah perkara semulajadi yang menjadi sebahagian daripada proses pembesaran kanak-kanak.

Jadi, jika anak anda ada mainan kegemaran atau bantal busuk yang selalu dibawa ke mana-mana, anda tidak perlu risau. Anda hanya perlu senyum sahaja kerana si kecil tersebut sedang membesar secara normal!

Kenapa Anak-Anak Suka Bantal Busuk atau Permainan Kegemarannya?

mainan kegemaran anak

Kredit: Gillette Children’s Specialty Healthcare

Terdapat beberapa sebab mengapa anak anda suka ke hulu ke hilir dengan mainan, bantal, atau selimutnya itu. Antaranya adalah:

  • Ia adalah sebagai sokongan emosi – Sama ada anda sedar atau tidak, si manja anda memerlukan mainan tersebut sebagai sokongan emosi. Si bantal busuk itulah rakannya. Sebab itulah kadangkala, anda akan perasan yang anak anda akan memberi nama kepada mainan atau bantal itu.
  • Ia membantu memberikan identiti – Ahli psikologi juga menyatakan bahawa anak kecil, terutamanya mereka yang berusia antara 8 hingga 12 bulan, perlu beralih daripada proses kebergantungan kepada proses berdikari. Mainan kegemaran itu berfungsi sebagai objek peralihan (transitional object). Teddy, Si Teddy Bear, adalah sesuatu yang dia kenal, terasa lembut di tangan, mengingatkannya akan rumah, dan seterusnya memberikan rasa selesa dan tenang kepadanya.
  • Ia mempunyai nilai sentimental – Menurut Professor Bruce Hood dari University Bristol dan Dr. Bloom dari Yale, kanak-kanak percaya yang objek seperti mainan kegemaran, bantal, atau selimut mempunyai nilai sentimental yang unik – objek itu dirasa seperti sangat istimewa. Samalah seperti orang dewasa yang gemar mengumpul memorabilia. Kalau anda suka menyimpan mangkuk Corelle, si kecil pula suka menyimpan bantal busuknya – semudah itu!

Bilakah Anda Perlu Memisahkan Anak Anda dengan Mainan Kegemarannya?

Kenapa Anak Enggan Berpisah Dengan Mainan Kegemaran? Ini Psikologi di Sebaliknya

Source: Pgeveryday.com

Sebenarnya, anda tidak perlu mengambil barangan tersebut daripadanya dan memisahkan mereka. Selalunya, kanak-kanak akan secara semulajadi berpisah dengan objek tersebut sebaik sahaja dia mula mencecah usia 2 tahun.

Ada juga yang berlarutan sehingga 5 tahun.

Bilakah Isu Ini Boleh Menjadi Sesuatu yang Membimbangkan?

Jika anda terasa seperti anak anda terlalu melekat dengan mainan atau bantalnya, mungkin pada waktu itulah anda patut berasa risau. Ada kemungkinan dia berasa tertekan, bimbang atau terganggu oleh sesuatu.

Sebab itulah dia terlalu memeluk, bercakap dengan mainan kegemarannya, Teddy, terlalu kerap, dan langsung tidak mahu orang lain memegang mainannya.

Cara Untuk Memisah Mainan & Anak Secara Lembut

mainan kegemaran anak

Walaupun anda tidak digalakkan untuk merampas barangan kegemarannya secara paksa, namun, anda masih boleh melakukan beberapa perkara bagi membantu mempermudahkan proses pemisahan tersebut buat si manja anda.

  • Tetapkan Jadual Membersih – Anak kecil sebenarnya suka akan bau bantal, selimut, atau teddy bear mereka. Namun, kita sebagai ibu bapa sudah tentu risau yang ia terlalu kotor dan boleh menyebabkan jangkitan penyakit.

    Jadi, apa yang kita boleh buat adalah menetapkan hari dan masa untuk membasuh barangan kegemaran tersebut. Cuba untuk dapatkan persetujuan si manja anda dahulu.

  • Tetapkan Had – Jika anak anda suka membawa mainan atau bantal keluar ke kedai, tetapkan had. Katakan, “Kita tinggal Teddy di rumah ye? Nanti dia hilang atau kotor kalau bawa ke kedai.”
  • Banyakkan Memeluk Si Manja – Salah satu sebab kenapa anak anda tidak boleh berpisah dengan bantalnya adalah kerana dia merasakan yang bantal tersebut memberikan keselesaan dan ketenangan, ‘persahabatan’ dan kasih sayang yang dia perlukan. Peluklah anak anda sentiasa untuk mengingatkan dia bahawa bantal itu bukanlah satu-satunya sumber ketenangannya.
  • Buatkan Si Dia Sibuk – Lagi satu cara untuk memisahkan anak anda dengan bantal busuknya adalah dengan membuatkan dia sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain.

    Seperti contoh, bermain Lego, puzzle, atau membuat lukisan dan mewarna. Apabila tangannya sibuk dengan aktiviti ini, kuranglah sikit dia melepek dengan bantalnya itu.

Cubalah langkah di atas ini secara perlahan-lahan dan lembut supaya anak anda tidak terasa tertekan kerana dijauhkan daripada barangan kegemarannya.

Dia hanya memerlukan barangan tersebut supaya kekal tenang dan rasa selamat. Sementara menunggu ‘hari perpisahan’ itu hadir secara semulajadi, janganlah mengejeknya dan selalulah memberikan kata kasih sayang. Lambat laun, berpisah juga!

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bantal Busuk Lama Sangat Tak Basuh Sampai Naik Cendawan! Ini Cara Jaga Bantal Dengan Betul

Baca juga: Labu Jadi ‘Kembar’ Bayi, Pantang Diambil, Pasti Akan Menangis! Dah Macam ‘Bantal Busuk’ Pula

Baca juga:  5 Tabiat Ibu Bapa Ini Punca Anak Jadi Manja, Jangan Dibiarkan Berterusan!

Stories Rakan Kongsi
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Tingkah laku kanak-kanak
  • /
  • Kenapa Anak Enggan Berpisah Dengan Mainan Kegemaran? Ini Psikologi di Sebaliknya
Kongsikan:
  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham