TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Labu Jadi 'Kembar' Bayi, Pantang Diambil, Pasti Akan Menangis! Dah Macam 'Bantal Busuk' Pula

4 min bacaan
Labu Jadi 'Kembar' Bayi, Pantang Diambil, Pasti Akan Menangis! Dah Macam 'Bantal Busuk' Pula

Tak pelik jika kanak-kanak memiliki bantal busuk. Tetapi yang uniknya bagi kanak-kanak ini dia akan sentiasa 'berkepit' dengan buah labu.

Memiliki bantal busuk bukanlah satu perkara pelik bagi seorang kanak-kanak, malah bagi golongan dewasa juga ada yang masih memilikinya. Tetapi agak istimewa jika sayur labu jadi bantal busuk anak. 

Bantal busuk ini seolah-olah ada sentimental value kepada seseorang yang memilikinya. Bila dapat saja bantal busuk itu, seolah-olah jiwa terus jadi tenang.

Tetapi lain pula kisah kanak-kanak ini. Labu asli yang sering digunakan dalam masakan menjadi teman setianya, malah ada juga yang mengatakan labu ibu ibarat bantal busuk kanak-kanak berkenaan.

Labu jadi ‘bantal busuk’ 

labu

Kredit: miya_miyuii

Perkongsian ibu kanak-kanak berkenaan di laman sosialnya mendapati yang anaknya memang tidak boleh berenggang dengan labu berkenaan. Bagai isi dengan kuku.

Peliknya, larat juga dia mengangkat labu itu. Walaupun kelihatan berat, dia tetap angkat juga labu berkenaan. Malah jika diambil dari pegangannya, dia akan menangis. 

Bantal atau selimut busuk dan kanak-kanak memang sukar dipisahkan. Ke mana sahaja pergi, umpama isi dan kuku, bantal busuk akan sentiasa berada di sisi sebagai peneman.

Malah jika melancong pun, barang ini biasanya akan di bawa kerana ada yang mendakwa mereka tidak boleh tidur lena jika tiada bantal busuk itu.

Kenapa kanak-kanak suka bantal busuk?

labu

kredit: theasianparent

Boleh dikatakan majoriti kanak-kanak biasanya ada bantal busuk. Jadi mengapakah kanak-kanak ini memerlukannya?

Menurut laporan Harian Metro yang memetik Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil kanak-kanak sukakan bantal, selimut atau mainan tertentu kerana ia menenangkan serta meralitkan mereka.

Apabila mereka rasa tertekan atau takut, mereka akan mencari dan memeluk bantal atau selimut kegemaran mereka sebagai peneman.

Lama-kelamaan, mereka akan hanya bergantung pada satu selimut atau bantal dan kadangkala tidak membenarkan bantal atau selimut itu dibasuh.

Cara pastikan anak tak bergantung kepada bantal busuk

Ada yang hingga dewasa masih lagi menggunakan bantal busuk. Apa anda boleh buat untuk kurangkan kebergantungan anak kepadanya? Kadang-kadang bila tertinggal sanggup patah balik kerana tidak mahu anak meragam.

Tapi sebenarnya anda boleh cuba trained anak supaya tidak terlalu bergantung kepada bantal busuknya. Sebagai contoh, tetapkan waktu untuk dia menggunakannya. 

Sama ada ketika di rumah sahaja dan tidak boleh dibawa keluar sama sekali. Jadi apabila di luar, dia tidak akan menggunakan bantal berkenaan. Ini juga penting untuk mengajar mereka lebih fleksibel dengan keadaan semasa.

Jadi jika tiada pun mereka tetap boleh tidur seperti biasa dan tidak moody dan sebagainya. 

Bantal busuk boleh ganggu kesihatan jika tidak dibasuh terlalu lama

labu

kredit: liputan6

Tahukah anda, bantal busuk ini akan jadi lubuk bakteria jika kita biarkan ia tidak berbasuh terlalu lama. Jadi pastikan anda rajin basuh bantal busuk anak ya.

Lebih elok jika dia menangis sekarang daripada kita yang menangis di kemudian hari. Jadi apa yang mungkin berlaku jika anda tidak basuh bantal busuk?

#1. Alahan

Hama adalah pepijat kecil yang wujud di kawasan berdebu dan berhabuk termasuklah kelengkapan tidur yang tidak dicuci dengan baik serta kerap.

Kesannya, ia akan mencetuskan alahan yang mungkin mengakibatkan simptom seperti mata merah dan gatal, hidung berair, asma, lelah serta gangguan pernafasan.

#2. Gangguan tidur

Kulat yang banyak wujud pada bantal busuk mungkin boleh menyebabkan gangguan tidur khususnya apnea tidur obstruktif – pernafasan terhenti ketika sedang tidur.

#3. Penyakit akut

Kulat bernama Aspergillus fumigatus akan menyebabkan kondisi Aspergillosis yang boleh mengundang maut jika terkena pada penderita leukemia dan HIV/AIDS.

#4. Mengakibatkan jangkitan

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Bakteria bernama Staphylococcus aureus akan menyebabkan jangkitan Staph yang mungkin agak jarang berlaku namun boleh mengakibatkan kematian.

Selain itu, bakteria Bacteroides pula boleh menyebabkan jangkitan radang paru-paru dan apendiks. Tidak lupa juga bakteria bernama fusobacteriaceae dan neisseriaceae yang akan menjejaskan imuniti kepada penyakit jangkitan kelamin khususnya gonorea.

#5. Menimbulkan masalah kulit

Bantal busuk yang tidak dicuci dengan baik serta kerap akan mengakibatkan debu dan habuk tertinggal di situ. Akibatnya, ia akan menjejaskan atau merengsakan kulit badan lalu timbul masalah kulit seperti jerawat dan jeragat.

Sekiranya anda kerap keluar rumah, partikel debu dan habuk memang mudah melekat pada badan lebih-lebih lagi dengan pemakaian losyen atau kosmetik.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: harian metro, mstar, mia_miyuii

Baca juga: Bantal Busuk Lama Sangat Tak Basuh Sampai Naik Cendawan! Ini Cara Jaga Bantal Dengan Betul

Baca juga: Susah Pisahkan Anak Dengan Bantal Busuk? Cuba 5 Cara Ini

Baca juga: Psikologi di Sebalik Mainan Kegemaran – Ketahui Kenapa Anak Anda Tidak Mahu Dipisahkan Daripadanya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Labu Jadi 'Kembar' Bayi, Pantang Diambil, Pasti Akan Menangis! Dah Macam 'Bantal Busuk' Pula
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham