Mungkin kedengaran agak mustahil dan pelik, tapi mengikut kajian ilmu astrologi, perwatakan bayi dipengaruhi oleh waktu bayi lahir.
Benarkah? Mungkin ada yang benar, dan mungkin juga tidak. Samalah seperti penilikan personaliti melalui zodiak.
Walau bagaimanapun jangan terlalu percaya ya. Ambil ini sekadar ramalan seperti zodiak saja. Mari lihat penjelasan lengkap dari kajian ilmu astrologi untuk mengetahui watak anak anda berdasarkan waktu lahirnya.
Waktu bayi lahir pengaruhi perwatakan
Bayi lahir waktu subuh: 5-7 pagi
Kredit: Pinterest
Waktu bayi lahir ini dikatakan mempunyai perwatakan yang sangat lembut, dia sukakan kebersihan dan berpakaian kemas. Mereka juga boleh dikatakan sangat peramah, rendah diri dan mempunyai akhlak serta adab yang baik. Anak yang lahir waktu subuh ini kebanyakannya mempunyai kawan yang setia, dan dia juga seorang kawan yang cukup baik sentiasa sedia mendengar keluhan kawan-kawannya. Dek kerana sifatnya yang murah hati ini, kerjaya mereka serasi dengan seorang pakar psikologi, doktor kanak-kanak atau kerjaya yang melibatkan berjumpa dengan orang ramai.
Bayi lahir waktu pagi: 7-9 pagi
Perwatakan bayi yang lahir di waktu pagi dikatakan memiliki cita-cita dan impian yang tinggi. Mereka ini keras hati, sedikit kurang sabar dan berjiwa cekal. Walau bagaimanapun mereka ini sangat bagus dengan komitmen, jujur dan bekerja keras dalam mencapai apa yang mereka ingini, lantas menjadikan mereka orang yang sentiasa berjaya di masa hadapan.
Bayi lahir waktu pagi: 9-11 pagi
Bayi yang lahir di waktu ini mempunyai sifat yang ceria dan bertenaga. Mereka sentiasa membuat suasana yang hambar menjadi hidup. Penuh dengan tawa dan jenaka. Mereka ini juga dikatakan suka menjaga penampilan diri. Jadi mereka bukan saja punyai karakter yang menawan, malah mereka juga berpenampilan menarik! Bayi lahir waktu lewat tengahari ini dikatakan pintar, penenang, pandai bercakap dan juga pandai mengawal emosi. Dalam masa yang sama mereka ini juga mempunyai sifat daya saing yang tinggi, mereka sukakan persaingan sihat dan sentiasa ingin mengecapi tempat teratas!
Bayi lahir waktu pagi: 11 pagi
Pada waktu ini kebanyakannya adalah kelahiran bayi yang menjadi atlet. Mereka mempunyai banyak tenaga, tidak mudah putus asa dan menggemarkan rutin yang sihat. Mereka juga jenis yang suka mengembara, berjiwa bebas, murah hati dan pandai berkawan. Mereka ini juga boleh dikatakan tidak mementingkan diri sendiri. Mereka suka bekerja keras demi orang yang tersayang. Seperti keluarga, teman-teman dan pasangan.
Waktu tengahari: 12-1 petang
Kredit: Socreativethings.com
Mereka ini adalah anak yang aktif dan bertenaga. Suka bermain dan suka menyalurkan tenaganya pada benda yang berfaedah. Dikatakan mereka ini mempunyai potensi menjadi guru yang baik kerana mereka suka mengajar dan berkongsi ilmu. Mereka ini bercita-cita tinggi dan penuh rasa tanggungjawab. Dan apa yang lebih bagus, mereka ini sentiasa tahu apa yang mereka inginkan dalam hidup!
Waktu petang: 2-5 petang
Anak yang bersopan santun, peramah dan lemah lembut kebanyakannya lahir pada waktu ini. Mereka ini selalu disalah anggap, rupa mereka mungkin agak lemah namun mereka sebenarnya kuat di hati dan kebanyakan masa mereka habiskan untuk berfikir. Disebabkan itu mereka ini agak pendiam dan sentiasa menyendiri. Mereka bagaikan di dunia mereka sendiri. Tapi percayalah mereka ini punyai hati yang paling besar dan cukup baik.
Bayi lahir waktu maghrib: 5-7 malam
Mereka yang lahir waktu begini sering dikatakan sedikit memberontak, agak melawan dan jiwa lebih terbuka. Namun mereka ini juga sangat bijak, jenis yang suka buat hal tapi pada masa yang sama otak aktif berfikir. Kalau dalam kelas mereka ini murid yang selalu ada masalah dengan guru, suka bermain, mengusik orang namun bila ditanya soalan, full mark diberinya. Memang dasar otak cerdas!
Waktu maghrib: 7-8 malam
Bayi lahir waktu magrib sehingga Isyak selalunya membesar dengan penuh empati. Mereka mudah rasa kesian, bersikap penyanyang dan mengambil berat akan orang lain. Mereka ini ada potensi menyambung legasi seperti pendakwah terkenal Ustaz Ebit Liew. Sifat kemanusiaan mereka memang cukup memberi inspirasi kepada orang lain.
Waktu malam: 8-12 malam
Anak yang lahir di waktu malam memiliki kepercayaan diri dan semangat tinggi. Karakter ini boleh dilihat sejak usia muda.
8 – 10 malam: Anak akan suka membantu orang lain dan bertemu kebahagiaan dalam berbuat kebaikan. Sayangnya, dia akan menjadi seorang yang perfectionist dan benci melakukan kesalahan.
10 – 12 malam: Bayi yang lahir pada waktu ini membesar menjadi anak periang. Dia sangat menghargai kreativiti dan pantang menyerah untuk mencapai apa yang diingini.
Bayi lahir waktu tengah malam: 12-4 pagi
Tengah malam hingga menjelang pagi adalah waktu kelahiran anak-anak yang boleh dikatakan kreatif dan penuh imaginasi.
12 – 2 pagi: Anak yang lahir waktu ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi, dan mereka jenis mudah berkawan. Mereka juga suka berkongsi pengetahuan dan mendorong orang lain untuk berfikiran positif dan menjalani hidup dengan baik. Keluarga adalah hal utama bagi mereka yang lahir di tengah malam.
2 – 4 pagi: Mereka ini petah bercakap, mudah bergaul dengan orang. Dia juga penuh rasa ingin tahu. Peluangnya untuk berjaya dalam karier sangatlah besar. Dia selalu berusaha keras dan teguh menjaga harga diri.
Ibu ayah yang merasakan anak karakter anak mereka tidak sama seperti yang disebut janganlah kecewa dan marah pula. Ini hanyalah ramalan dan menurut kajian astrologi. Apa-apa pun setiap anak mendatangkang kebaikan dan banyak pengajaran kepada ibu-bapa.
Mereka adalah amanah daripada Allah yang tidak boleh dipersia-siakan. Didiklah mereka menjadi yang terbaik tidak kira apa pun perwatakan mereka.
Semoga bermanfaat.
Sumber: theAsianparent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 3 Manfaat Lain Dari Gym Ball Yang Anda Pasti Belum Tahu
Baca juga: 3 Zodiak Si Kecil Ini Katanya Membawa Tuah & Kekayaan Dalam Keluarga! Cuba Ibu Semak
Baca juga:
Adakah Anda Ibu Terbaik? Ketahui Melalui Ramalan Zodiak Ini! Geng Gemini Anda Salah Satu
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!