X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

"Mak/Ayah, jangan bandingkanku dengan anak lain.": Fahami psikologi kanak-kanak

4 min bacaan
"Mak/Ayah, jangan bandingkanku dengan anak lain.": Fahami psikologi kanak-kanak

Dengan memahami psikologi kanak-kanak, ibu ayah akan tenang, lebih berempati dan kurang marah-marah dengan anak. Jom ketahui cara memahami kelakuan dan sifat anak.

Memahami psikologi kanak-kanak adalah antara ilmu utama yang patut dikuasai oleh setiap ibu dan bapa.

Dalam satu FB posting hasil perkongsian Dr. Taufiq Razif, beliau berkongsi beberapa nasihat yang menyentuh hati tentang pentingnya ibu ayah memahami anak mereka.

taufiq razif - FB

Perkongsian menarik tentang ilmu keibubapaan oleh Taufiq Razif.

Beliau menulis:

***

1. Mak/Ayah, tolong jangan bandingkanku dengan anak-anak yang lain. Sungguh, diriku sendiri tak pernah cuba membandingkan Mak/Ayah dengan orang lain. Mak/Ayah ku cuma satu.

2. Mak/Ayah, mohon jangan bosan dengan pertanyaan-pertanyaanku. Sungguh, rasa ingin tahu ni la yang membuatkan diri ini makin hari makin pandai dan pintar

3. Mak/Ayah, jangan bersedih atas banyaknya kegagalanku dalam peperiksaanku. Sungguh, ku tak pernah gagal untuk mencintaimu seluruh hidupku

4. Mak/Ayah, janganlah terlalu fokus pada kegagalanku, percayalah setiap hari fikiranku ini hanya untuk membanggakanmu

5. Mak/Ayah, janganlah selalu melihat amukan dan teriakanku, cubalah lihat bagaimana usahaku itu untuk membuatkanmu sedar akan kehadiranku. Sungguh, anakmu sangat lah perlu perhatian dan sentuhan sayangmu

6. Mak/Ayah, sungguh anakmu ini mahu jadikan dirimu idola yang terbaik untuk ditiru dan dicontohi. Ku mohon keluarkanlah akhlak dan peribadi terbaikmu untuk dilihat dan ditiru olehku

7. Mak/Ayah, janganlah mengancam, membentak dan menyakitiku selalu. Sungguh, anakmu ini sedang belajar memahami dirimu dan sungguh, anakmu ini masih dalam proses belajar untuk mengawal diri dan emosi diri.

Ku mohon, bimbing dan tuntunilah anakmu ini, dengan penuh rasa kasih dan sayangmu.

***

Sememangnya, apa yang ditulis oleh doktor ini sangat benar.

Ibu ayah, adakah anda sudah belajar tentang ilmu psikologi kanak-kanak?

Bidang ilmu keibubapaan amatlah luas. Dalam mengurus dan mendidik anak-anak, amat penting untuk kita memahami sikap semulajadi yang ada pada si kecil secara amnya.

Tanpa ilmu psikologi kanak-kanak, amat mudah untuk kita memandang anak kita itu daripada pandangan seorang dewasa, kepada seorang dewasa yang lain.

Padahal, anak itu masih lagi di tahap “beginner“. Mereka belum cukup makan garam. Ilmu belum banyak yang tersemat di dada.

Ibu ayah mudah naik marah apabila gagal memahami si kecil

memahami psikologi kanak-kanak dan keluarga

Sejauh mana anda memahami sikap dan tingkah laku anak anda? Kredit: Flickr.com

Tanpa pemahaman psikologi kanak-kanak, amat mudah untuk kita sebagai ibu ayah untuk cepat marah dan kecewa dengan anak-anak kita di rumah.

Amat mudah untuk kita merasakan yang mereka gagal memahami dan memenuhi kehendak kita.

Walhal, isu yang sebenarnya adalah, kita yang tidak cukup ilmu di dada untuk memahami sifat dan kelakuan anak-anak.

Menurut Child Development Institute dari Amerika Syarikat:

“Tidak ramai yang berjaya dalam hal keibubapaan dan ini mungkin akan membuatkan anda berasa ingin berputus asa. Memahami anak anda adalah satu cara berkesan untuk kita berjaya sebagai seorang ibu atau ayah.”

6 cara memahami psikologi kanak-kanak

faham psikologi kanak-kanak remaja

Rasa empati mudah terbentuk jika ibu ayah fahami anak mereka sepenuhnya.

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar

Disebabkan pentingnya untuk anda memahami anak anda, kami ingin kongsikan beberapa cara efektif untuk memahami psikologi kanak-kanak yang boleh anda praktikkan di rumah, seperti yang dikongsikan oleh Mom Junction.

  1. Memerhatikan secara aktif kelakuan anak – Tunjukkan minat dalam apa yang anak anda buat atau katakan. Yang paling penting, perhatian perlu dibuat tanpa kita menghukum (judging).
  2. Meluangkan masa berkualiti dengan anak – Kualiti di sini bermaksud anda bersembang dengannya. Mengingati kata-katanya dan menurunkan level pemikiran anda ke tahapnya – tahap kanak-kanak.
  3. Perhatian yang tidak berbelah bahagi – Ini amatlah penting untuk ibu ayah yang ada beberapa orang anak. Luangkan masa dengan setiap anak pada masa yang berbeza supaya anda dapat memahaminya lebih baik dan dia juga rasa dihargai.
  4. Ambil tahu hal anak – Jika anda menghantar anak ke nurseri atau sekolah tadika, pastikan anda tahu keadaannya di sana. Siapa rakan rapatnya? Apa aktivitinya? Bersembang dengan ibu ayah adalah terapi terbaik buat anak!
  5. Fikir seperti kanak-kanak – Dengan membuang seketika pemikiran dewasa anda, lebih mudah untuk anda berinteraksi dengan si kecil. Contohnya, tanya soalan mudah (yang anda rasakan seperti soalan bodoh) atau buat alasan (excuses) untuk setiap perangainya yang anda tidak gemari.
  6. Mengambil berat emosi anak – Amat mudah untuk ibu ayah terlepas pandang tentang hal ini. Beri perhatian pada emosinya setiap hari dan tunjukkan padanya yang anda perasan dan memahaminya. Contoh: “Diana sedih ya hari ini?” atau “Abang gembira ya petang ini.”

Ibu ayah sekalian, percayalah, apabila anda memahami psikologi si kecil anda, anda akan menjadi lebih berempati dengan anak anda.

Anda tidak akan marah-marah. Jiwa anda tenang dan anak pun gembira dan makin sayang. Jom cuba di rumah ya, ibu ayah?

 

 

 

Sumber: Taufiq Razif FB, MomJunction, ChildDevelopmentInfo

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

8 Perkara Yang Kanak-Kanak Tak Akan Pernah Lupa Dan Hilang Dari Ingatannya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan & Umur Anak
  • /
  • "Mak/Ayah, jangan bandingkanku dengan anak lain.": Fahami psikologi kanak-kanak
Kongsikan:
  • Cuba Tanya 47 Soalan 'Korek Rahsia' Ini Kepada Anak-Anak Anda, Dan Lihat Respon Mereka!

    Cuba Tanya 47 Soalan 'Korek Rahsia' Ini Kepada Anak-Anak Anda, Dan Lihat Respon Mereka!

  • Umur 3 tahun 6 bulan, adakah anda patut risau jika anak belum capai ciri-ciri ini?

    Umur 3 tahun 6 bulan, adakah anda patut risau jika anak belum capai ciri-ciri ini?

  • Memang Nampak Comel Bila Bayi Pakai Pelampung Baby, Namun Anda Perlu Tahu 4 RISIKO Ini!

    Memang Nampak Comel Bila Bayi Pakai Pelampung Baby, Namun Anda Perlu Tahu 4 RISIKO Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Cuba Tanya 47 Soalan 'Korek Rahsia' Ini Kepada Anak-Anak Anda, Dan Lihat Respon Mereka!

    Cuba Tanya 47 Soalan 'Korek Rahsia' Ini Kepada Anak-Anak Anda, Dan Lihat Respon Mereka!

  • Umur 3 tahun 6 bulan, adakah anda patut risau jika anak belum capai ciri-ciri ini?

    Umur 3 tahun 6 bulan, adakah anda patut risau jika anak belum capai ciri-ciri ini?

  • Memang Nampak Comel Bila Bayi Pakai Pelampung Baby, Namun Anda Perlu Tahu 4 RISIKO Ini!

    Memang Nampak Comel Bila Bayi Pakai Pelampung Baby, Namun Anda Perlu Tahu 4 RISIKO Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.