8 Perkara Yang Kanak-Kanak Tak Akan Pernah Lupa Dan Hilang Dari Ingatannya

8 Perkara Yang Kanak-Kanak Tak Akan Pernah Lupa Dan Hilang Dari Ingatannya

Cara paling berkesan untuk meningkatkan daya ingatan kanak-kanak adalah dengan bercerita semula tentang memori mereka. Apa benda yang paling mereka ingat?

Bagaimana cara meningkatkan daya ingatan kanak-kanak?

Anda masih ingat zaman kanak-kanak dulu? Pasti banyak memori pahit dan manis yang kalau diingat balik, mampu mengukir senyuman di bibir anda, kan?

Daya ingatan atau memori penting untuk menghubungkan kita dengan kenangan lalu, masa kini dan masa akan datang. 

Tapi, bagaimana dengan daya ingatan seorang kanak-kanak? Adakah mereka akan ingat semua memori ini?

cara meningkatkan daya ingatan kanak-kanak Kredit: Healthy Kids Today

Anak kembar saya, Anna dan Emma yang kini sudah berusia 16 tahun amat suka untuk mengingati semula dan bercerita tentang apa yang diingati mereka ketika zaman kanak-kanak dulu.

Emma ingat bagaimana dia selalu sebut "cookie" berbanding "hello". Anna pula ingat bagaimana dia terjatuh dan dibawa ke hospital. 

Menurut Jerome Brumer, seorang pakar psikologi - salah satu cara untuk meningkatkan daya ingatan kanak-kanak adalah dengan "bercerita dan menyusun semula" tentang sebarang kejadian lepas.

Dan kanak-kanak terbukti tidak akan lupa sesetengah perkara, malah ia juga mampu meningkatkan daya ingatan mereka!

Jadi kalau anda tertanya-tanya tentang bagaimana cara ingin meningkatkan daya ingatan seorang kanak-kanak, bercerita semula adalah jawapannya.

Cara meningkatkan daya ingatan kanak-kanak dengan bercerita semula

8 Perkara Yang Kanak-Kanak Tak Akan Pernah Lupa Dan Hilang Dari Ingatannya Kredit: Parenting Squad

Kajian yang dilakukan oleh Early Childhood Education Center di University of Vermont mendapati memori kanak-kanak terbentuk untuk mengingati beberapa perkara.

Malah, hasil kajian juga mendedahkan kanak-kanak "tidak pernah lupa" 8 perkara ini kerana ia didatangi dengan imej dalam ingatan mereka. 

Jadi, tindakan bercerita semula tentang benda yang mereka tidak pernah lupa akan meningkatkan daya ingatan seorang kanak-kanak itu.

Antara benda yang paling mereka ingat adalah:

1. Momen ibu bapa hantar ke sekolah

cara meningkatkan daya ingatan kanak-kanak Kredit: Huffington Post

Memori yang paling kerap diingati oleh kanak-kanak adalah pengalaman mereka dihantar ke sekolah setiap pagi.

Ini kerana kebanyakan kanak-kanak ada ritual tersendiri ketika dihantar ke sekolah.

Contohnya: mereka ingat yang ibu bapa akan memeluk dan bercakap "i love you" setiap pagi. 

2. Orang yang dia suka atau yang suka dia

Persahabatan adalah perkara yang paling mereka takkan pernah lupa.

Kanak-kanak ingat siapa yang berkongsi minat sama dengannya, siapa yang dia suka lepak atau main, siapa yang dia percaya dan macam-macam lagi. 

Malah mereka juga ingat siapa yang baik dan melayani mereka dengan mesra.

3. Apa ada di persekitaran mereka

cara meningkatkan daya ingatan kanak-kanak Kredit: Flickr

Kanak-kanak tidak akan pernah lupa tentang persekitaran mereka.

Bagaimana cuaca, rupa kelas, haiwan peliharaan, taman permainan, buku yang tidak disukai, air terjun yang cantik dan sebagainya.

Malah mereka juga mampu untuk mengingati sesuatu kejadian seperti bagaimana banjir/hujan berlaku dan apa tindakan mereka ketika itu. 

4. Mahir dalam sesuatu

Kanak-kanak biasanya akan menyimpan memori tentang apa yang mereka mahir. Contohnya seperti mungkin mereka mahir menjahit, membuat kertas terbang, melukis, menulis dan sebagainya.

Semua memori ini datang dalam bentuk imej. Jika anda selalu mengingatkan anak tentang betapa dia pandai dalam sesuatu, pasti daya ingatannya akan lebih meningkat.

5. Bebas bermain

cara meningkatkan daya ingatan kanak-kanak

Kanak-kanak biasanya akan beri fokus tentang bagaimana mereka bebas bermain, berlari, melompat, memanjat dan bermain bola. 

Mereka juga ingat bagaimana mereka bermain bersama-sama rakan atau ketua. Sebab itu apabila berjumpa kawan, mereka akan mengajak kawan itu bermain dulu. 

6. Bayi

Jangan ingat oleh sebab kanak-kanak suka bergaduh dengan adik-beradik atau bayi yang lebih kecil, mereka tak sayang adik-beradik itu.

Sebaliknya, bayi dan adik-beradik adalah ingatan yang tersemat kemas dalam minda mereka. Mereka ingat bagaimana dulu mereka makan, membesar dan bermain sama-sama dengan adik-beradik.

7. Hubungan dengan orang lain

cara meningkatkan daya ingatan kanak-kanak

Kanak-kanak tidak pernah lupa tentang bagaimana mereka membina hubungan dengan orang lain. 

Contohnya seperti hubungan dengan cikgu, siapa yang berkongsi makanan dengan mereka, siapa yang melawat tempat sesuatu dengan mereka dan siapa pemandu bas yang baik hati.

Semua ini adalah satu bentuk hubungan yang mampu meningkatkan daya ingatan kanak-kanak.

8. Tempat atau struktur tertentu

Anak saudara saya, Adelia amat membenci Institut Jantung Negara (IJN) kerana atuknya (bapa mentua saya) pernah dibedah dan dimasukkan ke hospital itu.

Setiap kali kami melalui IJN, Adelia akan menangis dan bercakap "atok!"

Kanak-kanak memang akan ingat sesetengah tempat atau struktur tertentu. Mereka menanam bangunan atau destinasi itu dengan "maksud" ia yang tersendiri.

Oleh itu, jika anda mahu tahu cara meningkatkan daya ingatan kanak-kanak, anda boleh cuba bercakap dan bercerita semula dengan mereka.

Ia bukan saja akan membangunkan kemahiran bahasa, malah memainkan peranan penting buat mereka untuk mengingati sesuatu.

Anda juga boleh melawat semula sesetengah tempat dan bercerita tentang tempat itu pada mereka. 

Selamat mencuba! 

Sumber rujukan: Scholastic

Kredit gambar: Huffington Post

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

Artikel(Cerita)
app info
get app banner