TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ada Kesan Darah Pada Lampin, Ibu Cemas Bayi Perempuan Baru Lahir Datang Haid 10 Hari

5 min bacaan
Ada Kesan Darah Pada Lampin, Ibu Cemas Bayi Perempuan Baru Lahir Datang Haid 10 Hari

Darah period yang keluar pada bayi baru lahir boleh membuatkan ibu terkejut dan risau. Namun ia berlaku untuk tempoh beberapa hari sahaja

Setelah menimang cahaya mata, ibu akan melalui proses ‘suai kenal’ dengan bayi yang akan memberikan anda pelbagai pengalaman dan cabaran baharu. Namun tahukah anda bayi perempuan boleh keluar darah period atas sebab tertentu?

Bayi baru lahir mengalami haid mungkin kedengaran agak mustahil. Tetapi itulah yang terjadi pada sesetengah bayi sehingga ada ibu ayah dilanda kerisauan.

Pengalaman bayi keluar darah period

bayi datang haid

Seorang ibu, Nor Aqilah Mohd Afandi berusia 28 tahun telah berkongsi kisah mengenai anaknya yang baru lahir datang haid pada beberapa bulan tahun lalu kepada Mstar.

Perkara ini pada mulanya disedari oleh ibu Aqilah yang memberitahu dia melihat ada darah pada lampin cucunya.

”Kalau ikutkan pengalaman ibu, sebelum ini kakak sulung saya juga pernah datang haid selepas dilahirkan. Namun hanya sehari sahaja.”

”Tetapi anak saya keluar darah period selama 10 hari. Setiap kali tukar lampin, mesti ada kesan darah,” ceritanya.

Aqilah yang berasal dari Muar, Johor mengatakan pada mulanya dia masih bertenang kerana ibunya juga pernah melalui situasi yang sama dahulu.

Namun perasaan cemas mula timbul apabila pendarahan terjadi begitu lama. Pada hari kelima bayi haid, dia terus merujuk klinik kesihatan untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Apabila pemeriksaan dibuat, seorang jururawat telah menegur Aqilah dan mengatakan darah tersebut berpunca daripada luka. Kerana beranggapan kemaluan bayi dicuci dengan terlalu ganas.

”Saya menangis dan kecewa sebab pada masa itu baru bersalin secara pembedahan caesarean (czer). Nak uruskan anak pun agak susah dan ini adalah kali pertama saya menjadi seorang ibu.”

”Bila dengar jururawat katakan seperti itu. Saya merasakan seperti tidak berguna. Cuci najis anak pun boleh sampai luka,” luahnya.

Berpunca hormon ibu ketika penghujung kehamilan

Selepas itu Aqilah terus berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Pemeriksaan dibuat pada bayi berkenaan. 

Doktor memberitahu bahawa sebenarnya pendarahan berlaku seperti haid disebabkan oleh perubahan hormon yang ketara pada ibu ketika hujung usia kandungan. Bukannya berpunca dari luka.

”Kalau luka atau cedera, bayi semestinya akan meragam sebab pedih. Tapi bayi saya dalam keadaan baik. Tidak meragam dan menyusu macam biasa,” kongsinya.

bayi period

Aqilah turut mengatakan bahawa doktor ada membuat tawaran untuk merujuk pakar tetapi dia memilih untuk memantau keadaan anaknya dalam tempoh 10 hari terlebih dahulu.

”Tidak semua bayi akan melalui darah period ini. Paling kurang pun dalam satu hari sudah hilang, bercampur dengan najis dia. Macam ‘spotting’ (tompokan).”

”Tetapi bayi saya pada awalnya ‘spotting’, lama-lama macam lebih banyak. Kadang-kadang ia bercampur dengan sedikit lendir. Selepas 10 hari, darah yang keluar pun hilang,” 

”Saya teringat doktor ada pesan, apabila ada darah keluar, ia adalah petanda bahawa bayi perempuan mempunyai rahim dan lubang kemaluan. Ada kes bayi tidak ada lubang kemaluan dan tidak dapat dikesan kerana mereka tidak mengalami period bayi,” katanya.

Pendarahan pada bayi seperti ini biasanya akan berlaku ketika umur bayi beberapa hari. Jadi ibu-ibu hendaklah peka dengan keadaan anak mereka.

”Perhatikan jenis darah yang keluar. Kuantiti darah sama ada bayi ataupun sedikit. Bayi kerap menyusu, meragam ataupun sebaliknya.”

”Jika anak berada dalam keadaan tidak selesa ketika tempoh pendarahan ini, ibu kena segera merujuk pakar,” pesannya.

Punca bayi mengalami haid

Perlu diingatkan bahawa fenomena haid pada bayi adalah normal pada minggu pertama kehidupan si manja. Ia dipanggil sebagai Pendarahan Rahim Neonatal (NUB) atau haid neonatal.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh:

#1. Kesan hormon estrogen daripada ibu

Haid neonatal adalah fenomena pendarahan dari faraj pada bayi baru lahir atau hanya beberapa hari sahaja.

Berdasarkan jurnal yang diterbitkan oleh Academic Journal of Pediatrics & Neonatology, haid neonatal sering dianggap sebagai fenomena parafisiologi, dan biasanya disebabkan oleh penurunan mendadak dalam tahap hormon estrogen wanita selepas bersalin.

Ketika hamil, kemaluan bayi terdedah kepada banyak hormon ibu sejak dalam kandungan. Pendedahan kepada hormon ini boleh menyebabkan pelbagai perkara, termasuk yang berikut:

  • Bahagian luar faraj, khususnya labia majora dan kelentit, kelihatan sedikit bengkak dan membonjol
  • Menyebabkan keputihan yang pekat seperti susu dalam faraj
  • Pendarahan dari faraj bayi selepas lahir yang serupa dengan haid

#2. Bayi dilahirkan dengan berat badan rendah atau preeklampsia semasa mengandung

punca bayi keluar haid

Keadaan ini lebih kerap berlaku pada bayi yang mempunyai berat lahir rendah dan bayi yang dilahirkan dari kehamilan berisiko tinggi seperti preeklampsia.

Stories Rakan Kongsi
Jom Lihat Bagaimana Ibu Bapa Asia Mengajar Anak-Anak Tentang Wang
Jom Lihat Bagaimana Ibu Bapa Asia Mengajar Anak-Anak Tentang Wang
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022

Oleh itu, pemeriksaan lanjut diperlukan untuk memastikan keselamatan keadaan ini.

#3. Bayi lahir lewat dari jangkaan

Menurut penyelidikan, pendarahan rahim neonatal ini berlaku pada kira-kira 5% bayi baru lahir.

Satu lagi kajian yang dijalankan pada tahun 1985 juga mendapati ia berlaku lebih kerap pada bayi yang dilahirkan lewat daripada 40 minggu kandungan (kira-kira 9.1%), berbanding bayi yang lahir di bawah 40 minggu kandungan (4.4%).

#4. Fenomena pendarahan disebabkan progesteron

Beberapa pakar lain menilai haid neonatal berlaku disebabkan oleh pendarahan penghasilan hormon progesteron, iaitu kepekatan progesteron dalam janin meningkat secara mendadak ke tahap lebih tinggi. 

Kesannya, pendarahan dari faraj boleh berlaku pada bayi akibat proses ini.

Semoga bermanfaat!

Mstar, theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:  9 Fakta Menarik Tentang Bayi Perempuan Yang Akan Buat Anda Terkejut!

Baca juga: Nama Bayi Perempuan Huruf M Yang Indah & Begitu Unik, Pilihan Ibu Ayah Untuk Tahun Ini!

Baca juga: Sunat Bayi Perempuan Disaran Buat Lebih Awal, Cara Penjagaannya Mudah & Cepat Sembuh

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kisah benar
  • /
  • Ada Kesan Darah Pada Lampin, Ibu Cemas Bayi Perempuan Baru Lahir Datang Haid 10 Hari
Kongsikan:
  • Hidung Berdarah Semasa Meneran, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

    Hidung Berdarah Semasa Meneran, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

  • Hantar Anak Sekolah Cina, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Mandarin Walaupun Tiada Basic

    Hantar Anak Sekolah Cina, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Mandarin Walaupun Tiada Basic

  • Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

    Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

  • Hidung Berdarah Semasa Meneran, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

    Hidung Berdarah Semasa Meneran, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

  • Hantar Anak Sekolah Cina, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Mandarin Walaupun Tiada Basic

    Hantar Anak Sekolah Cina, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Mandarin Walaupun Tiada Basic

  • Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

    Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham