Saya seorang ibu kepada anak lelaki yang aktif dan hebat. Naluri keibuan saya muncul sebaik sahaja doktor menyerahkannya kepada saya selepas dilahirkan. Apabila anak saya berusia satu tahun, saya mula memperkenalkan suplemen kepadanya.
Namun anak-anak kecil ini licik dan tidak mudah tertipu. Oleh sebab itu, apabila tiba masanya untuk memperkenalkan suplemen kepadanya, saya harus duduk sama aras dengannya dan fikirkan cara pantas untuk memberi dia makan.
Mengapa suplemen untuk kanak-kanak sangat penting?
-
Terdapat peralihan diet pemakanan apabila mereka semakin membesar
SETIAP ibu bapa dapat memahami situasi ini – anak-anak mereka sebelum ini boleh makan apa sahaja yang dihidangkan. Namun tiba-tiba, mereka belajar perkataan TIDAK dan mereka akan mula membaling makanan ke lantai. Dan dengan demikian bermulalah rasa bimbang untuk membesarkan anak kecil dan bagaimana dapat membekalkan mereka dengan keperluan nutrisi yang cukup (sambil membersihkan makanan mereka!).
Sama ada mereka cerewet dengan makanan atau suka bermain atau tidak dapat memberikan mereka diet yang seimbang, tidak salah untuk mengakui bahawa kita perlukan bantuan.
Walaupun saya cuba yang terbaik untuk memberi anak saya makanan yang diperlukan setiap hari, saya akui bahawa kanak-kanak yang membesar memerlukan makanan tambahan seiringan dengan tumbesaran mereka.
Inilah waktu dimana kita memerlukan suplemen untuk kanak-kanak sebagai makanan tambahan. Sesetengah anak-anak amat cerewet dengan makanan mereka dan cara paling mudah untuk memastikan keperluan semua nutrisi dipenuhi adalah dengan pengambilan suplemen.
2. Kurang bersenam/keluar rumah
Pandemik ini telah memberi kesan kepada semua, terutamanya kepada kanak-kanak. Oleh kerana bimbang akan keselamatan mereka, kita cuba tidak membawa mereka keluar selalu untuk menikmati udara segar mahupun matahari.
Bermain di luar dapat membantu menyokong perkembangan kanak-kanak. Apabila mereka berada di luar, mereka mempunyai lebih banyak ruang dan bebas untuk bergerak seperti berlari, melompat dan menendang. Aktiviti-aktiviti ini baik untuk kesihatan, kecergasan dan perkembangan fizikal mereka.
Meluangkan masa di luar rumah membantu kanak-kanak untuk meningkatkan tahap imunisasi mereka1. Selain itu, pendedahan kepada cahaya matahari juga dapat membantu meningkatkan penyerapan tahap vitamin D kanak-kanak2.
Oleh sebab sebahagian daripada kita kini berada di Fasa 3 dan Fasa 4 Kawalan Pergerakan, ibu bapa kini boleh membawa anak-anak mereka ke luar untuk udara segar.
Namun, ibu bapa mungkin masih risau akan keselamatan dan kesihatan anak-anak, tambahan lagi kerana anak-anak ini belum diberi vaksin. Kurangnya aktiviti luar dan kurang bersenam akan menyebabkan sistem imun anak akan menjadi lemah.
Di sinilah bagaimana suplemen dapat membantu! Ia dapat meningkatkan tahap imuniti di samping memberikan kanak-kanak nutrisi tambahan melalui suplemen yang amat membantu pada waktu sukar ini.
Bagaimana suplemen untuk anak dapat membantu
Suplemen biasanya mengandungi nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan anak-anak. Kita tidak perlu mengambil terlalu banyak masa untuk memikirkan jenis-jenis makanan bagi memenuhi keperluan nutrisi harian anak.
Suplemen sedia membantu.
Jadi, apakah helah untuk saya memberi suplemen kepada anak?
Saya memberitahu anak untuk makan suplemennya dengan mengatakan bahawa ia makanan penting. Saya mengujar bahawa ini makanan “istimewa” yang dia hanya dapat sekali sehari. Saya memberitahu anak bahawa dia akan dapat makanan istimewa dan dia TAHU itu adalah masa untuk dia makan multivitamin. (Saya juga pastikan dia berkata tolong dan terima kasih!).
Dan jika dia ingin makan lagi, saya katakan kepadanya bahawa dia hanya akan dapat memakannya pada esok hari. Apabila keesokan hari tiba, dia akan menjadi tidak sabar untuk mengambilnya.
Adakan saya rasa serba salah menipunya? Tidak semestinya. Anak saya memerlukan suplemen ini untuk perkembangan diri dan ini salah satu cara paling mudah untuk dia makan suplemen tanpa sebarang bantahan.
Rangkaian suplemen Gerber
Sebenarnya, muslihat ini membuatkan suplemen menjadi menarik untuk dimakan! Kanak-kanak gemar bentuk yang comel dengan warna yang terang, dan suplemen Gerber hadir dalam ciri-ciri tersebut. Anak saya akan makan suplemen tersebut serta merta sebaik sahaja dia melihatnya!
Rangkaian suplemen Gerber termasuk suplemen lazat berikut yang kanak-kanak akan suka:
-
Gerber GrowMighty Complete Multivitamins
Multivitamin ini diformulasi khas untuk kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke atas bagi menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat.
Kekurangan nutrien di kalangan kanak-kanak bersekolah termasuk kalsium, serat, folat, zat besi, magnesium, kalium dan vitamin E. Satu laporan mendapati 2 kekurangan biasa dilihat di kalangan kanak-kanak sihat ialah kekurangan zat besi dan vitamin D3.
Gerber GrowMighty Complete Multivitamin mengandungi campuran saintifik daripada 15 nutrien penting termasuk Vitamin C, D3, E, B-vitamin dan Choline yang bermanfaat untuk perkembangan dan tumbesaran anak anda.
Yang lebih istimewa ialah ianya bebas gluten, perisa tiruan dan warna sintetik, tanpa bahan kacang, tenusu atau gelatin!
-
Gerber Lil’ Brainies Multivitamins & Omega Tri-Blend & DHA
Gerber Lil Brainies Multivitamin direka khas untuk kanak-kanak 2 tahun dan ke atas untuk menyokong perkembangan otak dan memori*.
Disokong oleh penyelidikan^ Feeding Infants & Toddlers (FITS) tentang diet dan keperluan nutrisi anak, Gerber Lil Brainies Multivitamin mempunyai nutrien penting untuk membantu kanak-kanak mendapatkan apa yang mereka perlukan.
Ia mengandungi DHA, Omega 3-6-9 dan Choline untuk perkembangan otak dan memori* dan vitamin D, E dan Choline.
*Pernyataan ini belum dinilai oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit
^Berdasarkan penyelidikan Feeding Infants & Toddlers Study (FITS), 2016. FITS adalah salah satu usaha penyelidikan yang paling terkenal oleh Gerber yang merupakan inisiatif berterusan selama 17 tahun untuk memahami diet anak-anak dan tingkah laku yang berkaitan.
-
Gerber Good Start Grow Toddler Probiotic 1+
Gerber® Good Start® Grow Toddler Probiotic mengandungi L. reuteri (DSM 17938) yang membantu melancarkan sistem pencernaan dan membantu meningkatkan bakteria baik secara semula jadi. Penggunaan L. reuteri setiap hari dapat menyokong sistem pencernaan dan sistem imuniti. Ia juga dapat membantu mengatasi masalah usus yang sering berlaku semasa anak masih kecil.
-
Gerber Good Start Grow Kids Probiotic 3+
Probiotik ini mengandungi L. reuteri (DSM 17938) membantu melancarkan sistem pencernaan dan membantu meningkatkan bakteria baik secara semula jadi. Dengan penggunaan L. reuteri setiap hari, ia dapat menyokong sistem pencernaan dan sistem imuniti. Ia juga membantu ketidakselesaan pencernaan atau sakit perut#, menyokong keseluruhan fungsi pencernaan# dan menyokong sistem imun#.
#Pernyataan ini belum dinilai oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit
Perkara lain ibu bapa boleh cuba
Selain memberikan anak-anak suplemen, anda juga boleh mencari pelbagai produk berbeza semasa membeli makanan untuk anak. Ini membantu kanak-kanak mendapat nutrisi yang diperlukan.
Jadi jika anak anda seorang yang cerewet dengan makanan, jangan lupa untuk memperkenalkan mereka dengan suplemen untuk kanak-kanak sebagai langkah untuk meningkatkan selera mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai rangkaian suplemen Gerber di sini atau beli dari kedai rasmi Gerber US, Lazada atau Shopee.
Rujukan:
- (2015, August 25). Ming Kuo. How Might Contact With Nature Promote Human Health? Promising Mechanisms And A Possible Central Pathway. Retrieved from www.frontiersin.org/articles/10.3389/fpsyg.2015.01093/full
- (n.d.) Nair R., Maseeh A., Vitamin D: The “sunshine” vitamin. Retrieved from www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3356951/
-
(n.d.) Suskind, D. Nutritional deficiencies during normal growth. Retrieved from pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19931062/
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!