X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Fakta Anak Ke 3 Dalam Keluarga, Pandai Bawa Diri & Selalu Disenangi Orang Sekeliling

7 min bacaan
Fakta Anak Ke 3 Dalam Keluarga, Pandai Bawa Diri & Selalu Disenangi Orang Sekeliling

Fakta anak ke 3 dikatakan membawa aura yang tersendiri dalam keluarga. Kebanyakannya memiliki sikap mengambil berat dan penyayang

Kedudukan anak dalam keluarga selalunya memberi kesan terhadap keperibadian mereka. Disebabkan itulah fakta anak ke 3 tidak akan sama dengan anak pertama atau bongsu.

Dalam membesarkan anak, ibu ayah sememangnya perlu lebih fleksibel dalam menghadapi setiap karenah dan ragam si manja. Namun apa yang pasti anda akan mendapati setiap anak memiliki karakter tersendiri, malah kadang-kadang boleh menguji kesabaran.

Isi Kandungan

  • Fakta anak ke 3 miliki karakter unik berbanding adik beradik lain
  • Anak ke 3 disebut penyempurna keluarga
  • Anak lelaki ketiga selalu tidak bergantung dengan orang lain
  • Fakta anak ketiga dalam percintaan
  • Apakah anak pertama boleh menikah dengan anak ketiga
  • Siapa yang sesuai jadi jodoh anak ke 3?

Fakta anak ke 3 miliki karakter unik berbanding adik beradik lain

ciri ciri anak ketiga

#1. Jarang serius, suka main-main

Ibu ayah pasti rasa mencabar apabila berdepan dengan seseorang yang sukar untuk berbincang serius kan? Begitulah karakter dan fakta anak ke 3.

Keadaan ini adalah normal bagi kebanyakan anak yang sentiasa inginkan perhatian lebih daripada ibu ayah mereka. Justeru sekiranya ingin mendidik anak ketiga, anda perlulah bijak merancang tricks bagi membolehkan si manja belajar sesuatu melaluinya.

#2. Suka bersosial dan mudah membiasakan diri dengan persekitaran

Pada umumnya, anak ketiga merupakan seorang yang sangat pandai menyimpan masalah yang dihadapi. Mereka menganggap perlu menunjukkan dirinya sedang bahagia, maka orang sekelilingnya juga akan bahagia.

Disebabkan oleh kepandaian ini, fakta anak ketiga menurut Islam sentiasa disenangi oleh orang lain. Mereka juga akan mudah beradaptasi dalam lingkungan baru dan mendapat lebih ramai kawan dalam kehidupan sehari-hari.

#3. Berfikiran sederhana dan tidak rumit 

Fakta anak ke 3 yang seterusnya adalah mereka tidak suka perkara rumit kerana ia boleh menyulitkan sesuatu tugasan. Ciri ciri anak ke 3 adalah seorang berfikiran sederhana dalam melakukan setiap perkara.

Gaya pemikiran sebeginilah yang membuatkan anak ketiga tidak suka membebankan otak mereka secara berlebihan.

Dengan kata lain, sifat anak ketiga ini tidak akan terlalu banyak berfikir sebelum melakukan sesuatu, namun terus melakukannya dengan segera!

#4. Seorang yang unik dan melucukan

Ciri ciri anak ke 3 sering dikaitkan dengan seorang yang suka menghiburkan adik beradik dan orang sekelilingnya. Mereka mampu membuatkan seseorang yang sedih atau kecewa kembali ceria.

Bukan itu sahaja, anak ketiga juga berasa lebih gembira apabila mereka dapat menyenangkan hati orang yang disayanginya. Disebabkan karakter unik dan lucu inilah membuatkan anak ketiga mudah didampingi kawan.

Kehadiran anak ketiga juga disenangi orang sekeliling.

#5. Seorang yang kreatif

Disebabkan oleh tidak suka dibanding-bandingkan dengan adik beradik yang lain, ciri ciri anak ke 3 juga dikatakan seorang yang kreatif.

Bagi mendapatkan perhatian dan pujian daripada ibu ayah, anak ketiga akan sentiasa menggali idea-idea yang dimilikinya.

Misalnya pandai melukis, mengira ataupun menyelesaikan persengketaan antara adik beradiknya.

Anak ke 3 disebut penyempurna keluarga

Anak ke 3 disebut

Ada satu ungkapan populor Inggeris yang mengatakan ‘Kali ketiga akan membawa keberhasilan.’ Begitu juga dengan kehadirannya dalam keluarga, anak ke 3 disebut sebagai pelengkap dan anugerah tambahan dari Tuhan.

Anak lelaki ketiga selalu tidak bergantung dengan orang lain

Anak lelaki ketiga selalu akan kurang bergantung pada keluarga. Hal ini kerana mereka lebih gemar melakukan banyak perkara dengan bersendirian tanpa mengharapkan bantuan adik beradik lain sejak dari kecil.

Anak lelaki ketiga dikatakan lebih berdikari berbanding anak pertama dan anak kedua. Sifat tidak bergantung inilah yang membuatkan jiwa mereka lebih kental dan tabah. 

Fakta anak ketiga dalam percintaan

Apabila menyentuh tentang perasaan cinta dan sayang, ia tidak semestinya pada pasangan sahaja. Tetapi juga melibatkan adik beradik dan ahli keluarga.

Fakta anak ketiga dalam percintaan adalah:

  • Seorang yang penyabar

Kalau ada orang yang buatkan anak ketiga marah, mereka biasanya akan lebih memilih untuk berdiam diri dan simpan dalam hati. Jadi, agak sukar untuk kita tengok anak ketiga marah orang tanpa sebab.

Mereka lebih memilih untuk menjaga hari orang daripada mencetus pergaduhan. 

  • Perasaan mudah tersentuh dan suka mengambil berat

Fakta anak ketiga dalam percintaan yang seterusnya adalah memiliki perasaan yang sensitif dan mudah tersentuh. Bahkan mereka juga tidak berasa malu berdepan kesedihan dan perlu menangis di hadapan adik beradik yang lain.

Disebabkan itu, anak ketiga disebut sebagai seorang yang penyayang. Dia juga bersikap ringan tulang untuk membantu orang lain. Misalnya tolong ibu kemas rumah dan membantu jagakan adik.

  • Seorang yang setia dan bahagia

Berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2009 lalu bagi melihat susunan kelahiran dan tahap romantik seseorang, mereka mengumpul 2,500 individu dan pasangan mereka.

Hal kajian tersebut mengatakan fakta anak ketiga dalam percintaan adalah lebih bahagia dan memilih untuk kekal setia dengan orang tercinta.

Stories Rakan Kongsi
Sambutan Istimewa Untuk Para Ibu - Super Brand Day Special!
Sambutan Istimewa Untuk Para Ibu - Super Brand Day Special!
Mahu Minda Anak Lebih Tajam & Cekap? Ada Cara Mudah Untuk Kembangkan Otak Anak Hari Ini!
Mahu Minda Anak Lebih Tajam & Cekap? Ada Cara Mudah Untuk Kembangkan Otak Anak Hari Ini!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
12 signs you may be a helicopter parent
12 signs you may be a helicopter parent

Justeru dalam hal ini ibu ayah jangan risau kerana anda boleh bergantung pada ketiga kerana mereka seorang yang setia dan jujur dalam setiap perkara.

Apakah anak pertama boleh menikah dengan anak ketiga

Apakah anak pertama boleh menikah dengan anak ketiga

Meskipun kita hidup di zaman yang moden, masih ada sesetengah orang masih mempercayai beberapa mitos perkahwinan iaitu apakah anak pertama boleh menikah dengan anak ketiga.

Menurut masyarakat Jawa, ia adalah sesuatu yang dilarang. Jika pasangan meneruskannya, besar kemungkinan perkahwinan itu tidak akan kekal.

Namun begitu sebagai orang Islam, kita tidak boleh mempercayainya dan anggap sahaja ini sebagai ilmu tambahan kerana setiap yang berlaku adalah atas kehendak Allah, bukan pada makhluknya.

Jodoh anak ketiga dengan pertama dilarang adalah disebabkan oleh:

  • Boleh sempitkan rezeki

Apabila anak pertama menikah dengan anak ketiga, dipercayai keluarga akan mengalami kesulitan dalam mencari rezeki.

Bahkan, beberapa usaha yang dilakukan juga akan mengalami kesulitan dan kegagalan.

Misalnya, anda dan suami sukar mendapatkan pekerjaan tetap. Hal ini sekaligus membuatkan perkahwinan anak pertama dan ketiga tidak menemui kebahagiaan.

  • Berlakunya permasalahan rumah tangga

Dikatakan anak pertama berkahwin dengan anak ketiga akan sering mengalami konflik disebabkan perbezaan karakter.

Hal ini kerana anak pertama dan ketiga mempunyai ciri yang jauh berbeza. Biasanya anak pertama berfikiran matang. Manakala anak ketiga pula biasanya manja dan tidak suka diurus.

Tidak hairanlah apabila masalah berlaku, ia boleh membawa kepada pertengkaran yang ganas.

  • Mengundang pelbagai masalah

Jika anak pertama berkahwin dengan anak ketiga, masyarakat Jawa mengatakan ia boleh menimbulkan pelbagai masalah.

Malah, jika ada masalah yang berjaya diselesaikan, masalah baru akan timbul. Tidak hairanlah ramai yang mengatakan rumah tangga mereka tidak kekal lama.

  • Salah seorang pasangan akan meninggal dunia

Mitos ini sememangnya sangat menakutkan. Dikatakan jika anak pertama dan ketiga meneruskan perkahwinan, maka salah seorang daripada mereka akan meninggal dunia.

Jika tidak, ibu atau ayah dari salah satu pasangan akan meninggal dunia. Inilah yang membuatkan ramai orang takut.

Siapa yang sesuai jadi jodoh anak ke 3?

#1. Anak ketiga dengan bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung.

Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

#2. Anak ketiga dengan anak ketiga

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang seorang cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu.

Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi.

Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Kesimpulannya, apabila bercakap mengenai karakter dan keperibadian anak, ia sebenarnya bergantung pada cara didikan ibu ayah sejak mereka kecil.

Jika baik didikannya, maka baiklah akhlaknya. Ciri ciri anak ke 3 yang kami kongsikan di atas hanyalah sebagai rujukan sahaja. Mungkin tidak semuanya betul dan ada pada diri anak. 

Semoga bermanfaat!

Gramedia, Farhah Adeli, Sonora

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Doktor Kata Aisyah Dah 50/50”, Ibu Terkilan Bayi Sawan Lepas Tertelan Kekabu Bantal

Baca juga:  Semua Mainan & Pakaian Nak Warna Pink, Ia Lumrah Sifat Anak Perempuan- Kajian

Baca juga: 11 Sifat Anak Tunggal Yang Tak Ramai Tahu, Mereka Bukan “Manja” Saja!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Tingkah laku kanak-kanak
  • /
  • Fakta Anak Ke 3 Dalam Keluarga, Pandai Bawa Diri & Selalu Disenangi Orang Sekeliling
Kongsikan:
  • 5 Sifat Anak Pertama Yang Berbeza Dari Adik-Beradik Lain - Betul Ke Ini?

    5 Sifat Anak Pertama Yang Berbeza Dari Adik-Beradik Lain - Betul Ke Ini?

  • Sukar Untuk Tidur Semasa Trimester Ketiga

    Sukar Untuk Tidur Semasa Trimester Ketiga

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • 5 Sifat Anak Pertama Yang Berbeza Dari Adik-Beradik Lain - Betul Ke Ini?

    5 Sifat Anak Pertama Yang Berbeza Dari Adik-Beradik Lain - Betul Ke Ini?

  • Sukar Untuk Tidur Semasa Trimester Ketiga

    Sukar Untuk Tidur Semasa Trimester Ketiga

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.