X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Semua Mainan & Pakaian Nak Warna Pink, Ia Lumrah Sifat Anak Perempuan- Kajian

4 min bacaan
Semua Mainan & Pakaian Nak Warna Pink, Ia Lumrah Sifat Anak Perempuan- Kajian

Sifat perempuan di dunia ini adalah cukup unik. Warna merah jambu sering dikaitkan dengan mereka yang dianggap feminin dan penuh kelembutan.

Sebagai ibu bapa moden dan berfikiran terbuka, kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memecahkan stereotaip jantina yang berterusan hingga ke hari ini. Contohnya seperti adalah sifat perempuan suka warna merah jambu, lelaki suka biru, budak perempuan main anak patung, budak lelaki main trak, dan seterusnya.

Tetapi apabila menyentuh keutamaan warna berasaskan jantina, menurut sains, nampaknya ada logik juga di sebalik stereotaip yang diamalkan sehingga kini itu.

Baca juga: Ayah Mesti Jaga Kepercayaan Anak Perempuan, Barulah Dia Tidak Kekok Mengadu Apa-Apa

Kajian mengenai sifat perempuan yang suka warna pink

warna pink

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Current Biology, wanita diprogram secara biologi untuk menyukai warna merah jambu lebih daripada lelaki, dan sebabnya dapat dilihat sejak dari zaman prasejarah lagi!

Manakala, ahli sains di Universiti Newcastle, UK telah melakukan kajian pemilihan warna terhadap 206 responden. Peserta ditunjukkan 1 siri segiempat tepat yang dipasangkan pada skrin serta dikendalikan untuk cahaya, ketepuan dan warna.

Responden kemudiannya diminta untuk memindahkan kursor tetikus secepat yang mereka boleh ke warna yang paling mereka suka.

Setiap peserta membuat 3 ujian berasingan dan dipanggil semula selepas 2 minggu. Hasilnya agak menarik.

  • Secara umum, semua orang suka biru 
  • Wanita memilih warna merah biru (kemerahan ungu). 
  • Lelaki pula lebih suka kehijauan.

Bagi mengelakkan pengaruh budaya dalam pemilihan warna, para penyelidik juga melibatkan responden di kalangan kaum Cina, namun mendapati hasil pemilihan warna mereka tetap sama!

“Ini adalah kajian pertama untuk menentukan perbezaan seks yang teguh dalam paksi warna merah warna manusia,” kata Yazhu Ling, pengarang bersama kajian itu.

Sifat perempuan yang suka merah jambu adalah sebab sejarah zaman purba

personaliti warna pink

Para saintis menjelaskan beberapa sebab mengapa kanak-kanak perempuan lebih tertarik pada warna merah jambu. Sejak zaman purba, peranan wanita (dan kanak-kanak perempuan) adalah pengumpul makanan sementara tugas lelaki ada memburu.

Pada zaman prasejarah dan seterusnya, dalam komuniti pengumpul makanan, buah beri dan buah-buahan lain yang mempunyai warna terang merupakan makanan ruji mereka.

Teori yang berkait ini menjelaskan wanita membangunkan penglihatan warna yang lebih baik daripada pemburu, sehingga mereka dapat melihat buah masak ini di hutan tebal ataupun dalam keadaan tersorok.

Dalam erti kata lain, secara biologinya, mereka menjadi lebih mudah untuk melihat merah jambu dan merah. Wah menarik!

Teori lain pula berkaitan dengan emosi dan keibuan di mana sifat perempuan lebih mudah menunjukkan emosi mereka melalui perlakuan. Apabila perempuan menangis, atau berasa malu, kulit mereka akan menjadi merah jambu atau kemerah-merahan sama seperti bayi ketika menangis atau demam.

Bolehkah kod warna jantina ini dipecahkan?

Memandangkan kita sudah tahu sifat perempuan yang sukakan merah jambu itu disebabkan genetik, adakah selepas ini kita perlu teruskan dengan streotaip warna dan jantina ini?

Mungkin tidak. Ini kerana perkara sebegini mungkin boleh menyebabkan isu lebih serius contohnya diskriminasi jantina, atau kes buli.

Anggapan masyarakat seperti lelaki perlu menyukai warna tertentu, perempuan perlu melakukan kerjaya tertentu sahaja dan sebagainya akan mendorong rasa kurang keyakinan diri pada seseorang individu.

Kenapa tidak kita dibiarkan memilih apa yang kita suka, tanpa diskriminasi dan paksaan?

Tips mengelakkan diskriminasi jantina bagi anak kecil anda

perempuan suka pink

  • Jelaskan kepada mereka yang merah jambu, ungu, biru dan warna lain hanyalah sekadar warna. Perempuan boleh memakai warna hitam, lelaki boleh juga memakai warna merah jambu.
  • Guna warna yang neutral dalam pemilihan warna bilik tidur anak atau mainan.
  • Elakkan berkata ‘Tak boleh bermain bola, ini mainan lelaki!’ kepada anak perempuan anda.
  • Beri tugasan yang sama kepada anak: mengemas, membasuh baju, memasak. Ya, walaupun kepada anak lelaki anda!
  • Jangan guna alasan tingkah laku atau bahasa penggunaan yang menggalakkan stereotaip jantina. Sebagai contoh, “Lelaki tak boleh menangis”.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nalika Unantenne dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga: FAKTA: Kasih Sayang Ayah Lebih Kuat Pada Anak Perempuan Berbanding Lelaki

Stories Rakan Kongsi
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Semua Mainan & Pakaian Nak Warna Pink, Ia Lumrah Sifat Anak Perempuan- Kajian
Kongsikan:
  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

    Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

  • Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

    Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

  • Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham