Ramai mengatakan bahawa sifat anak kedua dikatakan lain daripada anak yang lain dari segi sikap, tingkah laku dan cara mereka berfikir.
Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh anak sulung selalunya mendapat perhatian ibu bapa dan yang bongsu selalu dimanjakan sehingga anak kedua selalu rasa seperti diabaikan.
Sifat anak kedua amat unik, berbeza dengan adik-beradiknya yang lain
Menurut seorang profesor psikologi di Universiti Redland, California Utara, Catherina Salmon dan rakan sekerjanya telah menjalankan kajian terhadap sifat anak kedua selama lebih 20 tahun.
Selepas meneliti ribuan kanak-kanak yang lahir sebagai anak kedua atau anak tengah, terdapat tujuh sifat anak kedua yang menonjol dan membuatkan mereka lebih unik berbanding anak sulung dan anak bongsu.
Jom kita lihat apakah 7 sifat anak kedua yang unik tersebut!
1. Tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa
Dalam kajian tahun 1998 yang melibatkan 400 orang pelajar, mereka disoal tentang siapa yang mereka akan minta pertolongan jika memerlukan bantuan. Kebanyakan dari mereka akan menjawab kawan.
Ini kerana, mereka kurang menghabiskan masa bersama ibu bapa jika dibandingkan dengan anak sulung atau anak bongsu.
2. Sahabat yang baik
Sifat anak kedua yang seterusnya adalah berpengalaman dalam menghadapi pelbagai karakter manusia. Ini disebabkan oleh interaksi mereka dengan adik-beradik di rumah.
3. Memiliki kemahiran sosial yang baik
Selain mudah bergaul, fakta anak kedua juga sering berusaha untuk menjaga hubungan baik dengan orang sekelilingnya.
Kerana ini, orang sekelilingnya sering rasa selesa apabila berdekatan dengan mereka. Bukan itu sahaja, fakta anak kedua juga dikatakan mereka memiliki kemahiran sosial lebih baik berbanding anak sulung atau bongsu.
4. Kuat menghadapi tekanan
Fakta anak ke 2 juga mendapati bahawa mereka bijak dalam menghadapi jangkaan dari ibu bapa dan adik beradik.
Anak kedua lebih berdikari dan boleh membela diri sendiri dalam pergaulan tanpa memerlukan bantuan keluarga.
5. Open minded dan suka mencuba sesuatu yang baru
Disebabkan oleh mempunyai adik beradik dan tidak menjadi tumpuan harapan ibu bapa, anak kedua terpaksa berdikari sejak awal.
Ini membuatkan mereka suka mencuba pelbagai perkara baharu dan berfikiran terbuka.
6. Memahami
Menurut Catherine Salmon, apabila anak kedua dewasa, mereka akan lebih memahami keadaan.
Hal ini kerana sesetengah ibu ayah tidak dapat memberikannya perhatian yang berlebihan. Ia sekaligus membuka ruang untuk anak kedua menjadi lebih berdikari.
Kaji selidik turut mendapati anak kedua adalah antara orang yang paling bahagia dalam percintaan jika dibandingkan dengan anak pertama atau anak bongsu.
Mereka sentiasa menghargai kepentingan sesebuah hubungan.
7. Pandai berunding
Anak kedua disebut sebagai seorang yang pandai berunding. Sejak kecil mereka dilatih untuk berunding dan bertolak ansur dengan adik beradiknya yang lain.
Kesannya, ciri anak kedua ini akan membesar menjadi seorang yang pandai berunding. Untuk kerjaya pada masa hadapan, anak kedua sesuai memegang jawatan sebagai diplomat, guru, ahli politik, pelakon, pengacara atau pekerja sosial.
Keperibadian mereka yang mudah bergaul dan pandai menyesuaikan diri membuatkan mereka selalu berjaya dalam bidang yang memerlukan interaksi dengan manusia.
#8. Kreatif dan sukakan kebebasan
Fakta anak kedua perempuan atau lelaki adalah seorang yang kreatif dan sukakan kebebasan.
Disebabkan oleh selalu bersendirian dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara, mereka sering berimaginasi dalam mengembangkan bakat.
Anak kedua disebut sebagai seorang yang sukakan kebebasan dalam pekerjaan, fleksibel, dan tugasan yang mampu membuatkan mereka mengekspresikan diri. Juga pekerjaan yang tidak mengekang dari segi waktu atau peraturan pejabat yang terlalu ketat.
Disebabkan ini juga, ada sesetengah anak kedua cenderung memilih untuk menjadi ‘freelancer’ atau sambilan, ataupun bekerja di tempat-tempat yang mereka sukai.
Kenapa anak kedua selalu disalahkan dalam keluarga?
Sindrom anak pertengahan atau middle child syndrome membuatkan ciri ciri anak kedua agak dingin dengan ahli keluarganya. Akibatnya mereka memilih untuk bersendirian di bilik atau di rumah berbanding berkumpul dengan saudaranya.
Bukan itu sahaja, anak no 2 ini kerap berasa dipinggirkan, disalah faham dan selalu dipersalahkan dalam keluarga sehingga mudah mencetuskan pergaduhan dalam adik beradik.
Ini antara beberapa sebab kenapa anak kedua selalu disalahkan:
#1. Tidak pernah menang
Anak kedua tidak akan pernah menang. Dia memainkan peranan sebagai adik dan kakak dalam satu masa.
Sebagai adik, dia perlu menghormati kakak atau abang sulungnya. Manakala sebagai kakak, dia perlu menjaga adik yang lebih muda.
Jika berlaku pergaduhan, mereka berfikir bahawa ibu dan ayah akan berada di pihak kakak dan adiknya sahaja.
#2. Anak kedua cenderung memberontak
Ketika kakak atau adik menganggu, si kakak akan berani mengakui kesalahannya kerana dia sering dihormati oleh adik beradik yang lain. Manakala adik dipandang sebagai anak yang terlalu kecik untuk disalahkan.
Jadi, anak kedua atau anak tengah akan disalahkan jika berlaku pertelingkahan. Kesannya, mereka akan mencari perhatian ibu ayah dengan cara ekstrem seperti menjerit, memberontak ataupun bertindak ganas.
Kenapa anak kedua selalu menangis?
Fakta anak kedua sering memerlukan mereka bersikap dewasa dalam segenap hal, mereka perlu menghormati kakak dan juga menyayangi adik-adiknya.
Oleh sebab itu, mereka mempunyai sifat suka mengalah dan berlapang dada dalam pergaulan kerana lingkungan keluarga yang membentuknya menjadi seperti itu.
Dalam tidak sedar, ada beberapa alasan kenapa anak kedua selalu menangis. Antaranya:
- Tidak mendapat perhatian dalam keluarga
- Sering dilanda fikiran negatif
- Rasa kurang percaya pada diri apabila ibu ayah mula membandingkan diri dengan kakak dan adik
- Perlu berani dalam apa jua keadaan yang dihadapi
- Cenderung untuk dimarahi ibu ayah
- Perlu berusaha keras untuk memperoleh pujian daripada orang tua
Jodoh anak kedua
Dalam hubungan dan percintaan pula, jodoh anak kedua dikatakan sesuai dengan anak pertama. Hal ini kerana sifat anak kedua yang sukar meluahkan perasaannya, berbeza dengan anak pertama bersikap lebih terbuka.
Menurut Journal of Marriage and Family, anak kedua yang dijodohkan dengan anak pertama adalah lebih bahagia dan saling melengkapi.
Antara kelebihan jodoh anak kedua ialah:
- Seorang pendengar dan pemberi nasihat yang baik
- Lebih memahami keinginan pasangan
- Suka mengalah dan mengelakkan daripada tercetusnya konflik
- Suka berdikari dan tidak suka bergantung kepada orang lain
Walau bagaimanapun, fakta anak kedua juga tidak sempurna. Mereka dikatakan memiliki masalah dalam hubungan asmara.
Segelintir anak kedua cenderung mengalami masalah dalam hubungan asmara disebabkan oleh pengaruh dan keinginannya terhadap perhatian serta kasih sayang ketika masih kecil.
Mereka cenderung menuntut perhatian lebih dan sering berprasangka buruk hingga menyalahkan diri sendiri dalam segala hal.
Semoga bermanfaat!