X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Terlalu Rindukan Ibu Ayah, Dua Beradik Sanggup Menyorok Bawah Bas Sejauh 80 Kilometer

16 Mar, 2022
Terlalu Rindukan Ibu Ayah, Dua Beradik Sanggup Menyorok Bawah Bas Sejauh 80 Kilometer

Dua beradik menyorok di bawah bas bergerak sejauh 80 kilometer semata-mata ingin berjumpa dengan ibu ayah mereka

Tidak kiralah betapa dewasa pun seseorang itu, apabila berenggang bersama ibu ayah, pastinya mereka dilanda dengan perasaan rindu. Lebih-lebih lagi jika anak masih kecil, mereka amat memerlukan ibu ayah di samping mereka seperti kisah dua beradik menyorok di bawah bas ini.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Adik-beradik menyorok di bawah bas
  • Kebimbangan perpisahan (separation anxiety) dalam kanak-kanak
  • Cara meminimakan kebimbangan anak-anak 

Terlalu rindu, dua beradik menyorok bawah bas untuk berjumpa mak ayah

menyorok bawah bas

Dipercayai datang dari perkampungan miskin di kawasan pedalaman Nazuo, Wilayah Guangxi, dua beradik ini telah menyelit di bahagian bawah bas disebabkan susuk tubuh yang kecil dan sangat kurus.

Ketika ditemui, mereka yang berusia lapan dan sembilan tahun itu dipenuhi dengan kesan lumpur oleh pekerja keselamatan apabila bas tersebut berhenti di sebuah stesen di daerah Xilin.

Pekerja tersebut yang berasa kasihan memberikan mereka pakaian dan makanan.

Seorang pekerja stesen bas telah menyatakan bahawa dua beradik ini sanggup menggadai nyawa semata-mata hendak berjumpa dengan ibu bapa mereka kerana terlalu rindu.

Mereka menumpang bas dari Nazuo ke Baise kerana telah diberitahu oleh saudara-mara mereka bahawa ibu dan ayahnya bekerja di Baise, namun ibu bapa mereka sebenarnya bekerja lebih jauh iaitu di wilayah Guandong.

Setelah menerima maklumat keberadaan dua kanak-kanak ini, keluarga mereka telah mengambil mereka pada petang hari yang sama.

Betul kata orang, kasih ibu membawa ke syurga dan kasih ayah berpanjangan. Namun, kasih anak itu tiada tandingannya sehingga sanggup bergadai nyawa ingin bertemu ibu dan ayah.

Adakah kanak-kanak boleh mengalami kebimbangan perpisahan (separation anxiety)?

Dua beradik menyorok

Sebelum kami menjawab soalan ini, duduk dan berfikir sebentar. Pernahkan anak anda menangis dengan kuat apabila anda jauh sebentar darinya sekadar untuk mandi, atau hendak ke dapur?

Pernahkah si manja anda demam apabila anda perlu bekerja di luar kawasan kerana tidak dapat bertemu dengan anda selama beberapa hari?

Ini mungkin petanda-petanda separation anxiety atau kebimbangan perpisahan yang sering dialami oleh anak-anak. Apakah itu kembimbangan perpisahan?

Kebimbangan perpisahan merupakan suatu gangguan kecemasan namun ianya agak normal untuk kanak-kanak untuk berasa takut atau gementar ketika hendak berpisah dengan orang tuanya, terutamanya ketika mereka masih bayi atau kanak-kanak.

Namun, sekiranya anak anda sudah mencecah usia yang membolehkan mereka untuk berpisah namun mereka enggan, ibu dan ayah perlulah mengambil tindakan kerana pasti susah sekiranya anak enggan berenggang. Nak pergi kerja pun serba salah!

Jadi, apa ibu dan ayah boleh lakukan untuk membendung atau meminimakan tindakan reaksi kebimbangan perpisahan si anak?

Ibu ayah lakukan ini untuk kurangkan kebimbangan perpisahan anak

Masalah kebimbangan perpisahan yang dialami anak boleh dibendung pada usia awal sekiranya ibu dan ayah mengambil langkah yang betul untuk membantu si manja mengawal emosi dan perasaan mereka.

  • Mendengar dan berbicara tentang perasaan anak. Ajaklah si manja berbual tentang apa yang mereka takutkan sekiranya berjauhan dengan ayah dan ibu. Kemudian, pujuklah mereka bahawa walaupun ibu dan ayah berjauhan, si manja akan selamat dan ibu ayah juga akan sentiasa kembali.

Dua beradik menyorok

  • Menyiasat punca anak tidak mahu berenggang. Kadang-kala, si manja mungkin tidak mahu jauh dari ibu bapa kerana sebab lain. Kerap kali kita lihat kanak-kanak yang menangis dan mengamuk apabila dihantar ke sekolah. Mengapa mereka terlalu takut untuk ke sekolah tanpa ibu ayah? Di sinilah ibu bapa perlu mengambil tindakan untuk menyiasat puncanya.
  • Melakukan terapi psikologi (psikoterapi). Jika masalah kebimbangan perpisahan anak terlalu teruk hingga mengganggu kehidupan seharian anda serta anak, maka anda boleh mempertimbangkan pilihan untuk menjalani psikoterapi bagi si manja.

Walau apa pun, ibu dan ayah perlu tahu bahawa kebimbangan perpisahan ini akan mula beransur setelah si manja menginjak dewasa. Sekiranya masih berterusan, lakukanlah ketiga-tiga cara ini untuk keharmonian sejagat!

Saja Gempak, Mayo Clinic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Separation Anxiety Dengan Anak, Bila Nak Ke Tandas Pun Anak Menangis, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu!

Baca juga: Dilema Ibu Perlu Mula Bekerja, Ini Cara Menenangkan Bayi Suka Menangis Bila Berpisah!

Baca juga: Kenapa Anak Enggan Berpisah Dengan Mainan Kegemaran? Ini Psikologi di Sebaliknya

Stories Rakan Kongsi
Raising a Resilient Child: 5 Ways Nutrition Contributes to a Resilient Mind and Body
Raising a Resilient Child: 5 Ways Nutrition Contributes to a Resilient Mind and Body
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Resilience: How Your Parenting Style Can Help Nurture Your Child’s Resilience
Resilience: How Your Parenting Style Can Help Nurture Your Child’s Resilience
Si Manja Bakal Mendapat Vaksin Tidak Lama Lagi? Ini Tip Yang Anda Perlu Cuba Sebelum & Selepas Suntikan
Si Manja Bakal Mendapat Vaksin Tidak Lama Lagi? Ini Tip Yang Anda Perlu Cuba Sebelum & Selepas Suntikan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Terlalu Rindukan Ibu Ayah, Dua Beradik Sanggup Menyorok Bawah Bas Sejauh 80 Kilometer
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham