TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

4 Sebab Kenapa Anak Kecil Suka Buat Benda Pelik

5 min bacaan
4 Sebab Kenapa Anak Kecil Suka Buat Benda Pelik

Bagi orang dewasa, ada sesetengah perangai atau tingkahlaku anak-anak memang pelik. Jilat meja, tertonggeng atas lantai, dan berbogel adalah perkara yang mereka selalu buat. Kenapa agaknya? Jangan garuk kepala, jom tengok 4 sebab kenapa anak kecil suka buat benda pelik!

Pernahkah anda tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapa anak kecil suka buat benda pelik? Contohnya kenapa dia suka menghentakkan kepalanya atau bertonggeng tanpa sebab? Kenapa suka berlari tanpa memakai baju walaupun sudah dipujuk ribuan kali?

Usah risau sangat ibu! Perangai anak pelik ini bukan anak anda seorang sahaja yang suka lakukannya. Malah banyak anak-anak yang berperangai begini.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan dengan anda 4 sebab kenapa anak kecil suka buat benda pelik! Mungkin anda akan bertambah faham akan perangainya selepas ini.

4 Kenapa Anak Kecil Suka Buat Benda Pelik

1# Rasa Ingin Tahu yang Cukup Tinggi

kenapa anak kecil suka buat benda pelik

Kredit: Springfree.ch

Rasanya ramai yang tahu akan sebab yang utama ini – rasa ingin tahu. Kadangkala, kita sebagai ibu bapa cukup tidak faham kenapa mereka main pasir dan kemudian memasukkan tangannya ke dalam mulut.

Bagi kita orang dewasa, itu adalah perkara yang jijik dan kotor. Namun, bagi mereka, ia adalah sesuatu benda baru!

Mereka menikmati rasa kasar pada tapak tangan mereka, melihat struktur pasir dan bagaimana ia jatuh ke tanah apabila dilepaskan dari tangan, dan yang paling epik, mereka sangat ingin tahu bagaimana rasanya pasir itu.

Mungkin mereka berfikir “hmmm, nampak macam gula, tapi tidak berwarna putih”. Maka, tanpa segan silu, Ngap! Masuklah segenggam pasir ke dalam mulutnya yang kecil itu.

Menurut seorang pakar kanak-kanak dari Pusat Klinik Kanak-Kanak Mayo di Minnesota, USA, antara cara yang terbaik untuk mengatasi rasa ingin tahu yang membawa mudarat (seperti makan pasir, minum air sabun, dan sebagainya) adalah dengan mengalihkan perhatian mereka.

Contohnya, sebelum mereka sempat melakukan benda pelik tersebut, tunjuk mereka ke objek lain atau ajak dia buat aktiviti lain – kanak-kanak kan mudah teralih tumpuannya!

2# Mereka Mahu Dibelai

kenapa anak kecil suka buat benda pelik

Lagi satu perkara pelik yang anak-anak suka buat adalah meminta untuk didukung walaupun anda sedang mendukung adiknya yang masih bayi. Lagi satu, mereka suka berpaut pada kaki kita sewaktu kita tengah berjalan.

Pelik, bukan? Bagi kita, mengapa agaknya mereka berperangai begini tiba-tiba. Tidak nampakkah kita sedang sibuk membuat sesuatu ini?

Sebelum anda mula marah, atau memberikan reaksi yang berlebihan, cuba baca penjelasan lanjut dari Prof Hofman ini.

Kata beliau, anak kecil memang suka berkelakuan seperti seorang budak besar, namun apabila dia rasa yang dia sudah lama tidak dipeluk atau dibelai, dia akan mula memintanya – kadang-kadang pada waktu yang tidak sesuai!

Apa yang anda boleh buat adalah jangan buat dia rasa bersalah apabila dia mula berkelakuan sedemikian. Sebaliknya, bersabar dan luangkan sedikit masa untuk dirinya.

Contohnya, tunduk ke bawah pada aras matanya dan terang bahawa anda sedang mendukung bayi dan akan mendukungnya selepas ini.

Atau jika dia berpaut pada kaki anda minta didukung, beritahunya yang anda akan mendukungnya untuk lima minit dan dia perlu berjalan sendiri selepas itu. Anda akan perasan yang dia berasa lebih tenang selepas itu.

3# Ingin Mengambil Perhatian

kenapa anak kecil suka buat benda pelik

Menurut Dr. Hoffman, seorang psikologi kanak-kanak dari Hospital Kanak-Kanak Philadelphia, ada menyatakan bahawa antara kesilapan ibu bapa ketika anak mereka membuat benda pelik adalah dengan memberikan reaksi yang berlebihan.

Dia menjelaskan yang tindakbalas kita tersebut memberi signal kepada anak-anak yang mereka berjaya menarik perhatian mereka. Maka, mereka akan terus melakukan perkara yang tidak elok tersebut.

Kalau anda tidak percaya, lain kali apabila anda ternampak anak anda menjilat dinding atau meja tanpa sebab atau bertonggeng atas lantai dan berkata dengan kuat dan cepat “Jangan jilat! Kotor!” atau “Kenapa bertonggeng ini?? Patah tengkuk nanti”, perhatikan reaksi mereka.

Mata mereka akan bersinar, senyuman sinis mula terbentuk di bibir dan seterusnya, terus menjilat dinding dan bertonggeng dengan galaknya!

Kenapa? Mereka seronok kerana anda memberi perhatian. Bagi mereka, ia telah bertukar menjadi “fun game”.

4# Mereka hanya menjadi….kanak-kanak!

4 Sebab Kenapa Anak Kecil Suka Buat Benda Pelik

Kredit: Sheknows.com

Kadangkala, perbuatan pelik anak anda seperti suka berbogel lepas mandi, suka tarik rambut orang, atau tarik bulu kucing adalah kerana…mereka sedang menjadi kanak-kanak! Ia semudah itu dan tidak perlu dijelaskan.

Stories Rakan Kongsi
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif

Fasa kanak-kanak sememangnya adalah zaman di mana mereka sedang belajar tentang benda-benda baru.

Berbanding orang dewasa yang akan berfikir tiga juta kali (ok, mungkin sekali sahaja) sebelum melakukan sesuatu, anak-anak tidak begitu.

Jika otak mereka mula berfikir tentang sedapnya rasa angin pada badan dan “saya rasa tidak mahu pakai baju yang kelihatan agak ketat dan panas itu”, maka memang mereka tidak akan mahu memakainya.

Apa yang anda perlu buat, sebagai seorang ibu bapa yang bertanggungjawab, adalah mengawasi dan memberikan tunjuk ajar.

Berikan penerangan sebab mereka tidak boleh melakukan benda-benda pelik tersebut. Anda mungkin akan terkejut yang mereka mendengar dan faham akan kata-kata anda!

Fahami Sebab Kenapa Anak Kecil Suka Buat Benda Pelik

Cuba untuk memahami sebab kenapa anak kecil suka buat benda pelik di atas dan atasinya secara bijaksana.

Ingat, jangan berikan reaksi marah yang berlebihan kerana ia mungkin hanya akan menggalakkan lagi perangai tersebut.

Jadi, macam mana? Anda rasa anda lebih memahami perangai anak kecil anda sekarang? Jika anak anda juga gemar membuat perkara yang anda tidak faham atau rasa pelik, kongsikan juga pengalaman anda bersama kami.

Pasti ianya menarik dan mencuit hati!

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Perangai Anak Yang Ibu Bapa Sangka Nakal Namun Sebenarnya Tidak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan & Umur Anak
  • /
  • 4 Sebab Kenapa Anak Kecil Suka Buat Benda Pelik
Kongsikan:
  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham