Cara berlaku adil terhadap anak-anak

Di sini disertakan panduan yang berguna buat bakal ibu bapa ataupun ibu bapa yang mempunyai masalah dalam keadilan dan pendidikan anak-anak.
Mempunyai anak yang ramai pasti dapat menggembirakan dan menceriakan rumah tangga. Namun begitu, konflik antara anak dan ibu bapa pasti ada jika ibu bapa selalu memberikan perhatian dan layanan istimewa terhadap 1 pihak sahaja.
Di sini disertakan panduan yang berguna buat bakal ibu bapa ataupun ibu bapa yang mempunyai masalah dalam keadilan dan pendidikan anak-anak kerana sering memilih kasih.
Jangan membandingkan anak
Ketika salah satu anak lebih menonjol berbanding anak yang lain, misalnya, lebih menonjol dalam bidang akademik, banyak orang tua memberikan perhatian
yang lebih terhadap anak yang lebih menonjol. Perbuatan anda sebagai ibu bapa boleh merendahkan maruah dan harga diri anak yang lain.
Di samping itu, perkara ini dapat menambahkan keegoan terhadap anak yang diberi perhatian lebih terhadap ibu bapanya. Ibu bapa sepatutnya faham bahawa setiap anak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Elakkan membuat anak yang lebih tua mengalah
Hanya kerana anak tua lebih dewasa bukan bererti dia harus sentiasa mengalah terhadap adik-adiknya.
Kesilapan ibu bapa masa kini menyuruh anak yang lebih tua untuk mengalah terhadap adik-adiknya supaya dapat menyesuaikan permintaan dan keperluan adik-adiknya
Fahamilah bahawa anak yang lebih tua tidak akan mampu memahami semuanya di atas faktor usianya yang masih mentah ketika itu.
Jika anda selalu memintanya untuk berkorban dan mengalah terhadap adik-adiknya, anak yang tua berasa disakiti dan jika anak yang tua berkecenderungan untuk berdendam, mereka akan menyimpan dendam terhadap ibu bapa dan adik-adik yang lebih muda apabila mereka bertambah dewasa.
Jangan memihak
Jangan memihak atau condong pada 1 anak sahaja. Sebagai ibu bapa, anda mungkin kagum kepada anak yang bongsu kerana lebih rajin berbanding anak yang tua. Anak bongsu memang mempunyai kelebihan dan kecenderungan dari segi usaha, tetapi tidak bererti anak yang lain tidak berharga.
Kenal pasti kebolehan setiap anak dan ibu bapa haruslah memainkan peranan untuk menggilap bakat yang ada pada setiap anak supaya mereka boleh berjaya dalam hidup.
Kasih sayang tanpa syarat
Selalunya anak berasa anda tidak menyayanginya lagi. Tunjukkan kepada semua anak-anak anda yang anda menyayangi anak anda sama seperti anak-anak yang lain.
Bersikap adil terhadap anak-anak
Jika anak yang sulung memenangi anugerah di sekolah dan si bongsu juga memenangi anugerah, anda harus menghargai apa yang kedua-dua anak anak anda kecapi dalam hidup mereka. Jika si bongsu dan sulung melakukan salah, tegur kedua-dua belah pihak, jangan pernah memenangkan salah 1 pihak.
Biar anak-anak anda insaf dan mengakui kesilapan masing-masing.
Rencana dipetik dari laman Facebook Ahmad Saifuddin Yusof
10 nasihat 'kelakar tetapi benar' buat bakal ibu bapa baru
Kalau Tak Pandai Berlaku Adil, Jangan Mimpi Nak Beristeri Lebih Dari Satu - Imam Besar Mesir
Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!
Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!