Setiap ibu bapa pastinya ingin memberikan yang terbaik untuk masa depan anak-anak lebih-lebih lagi hal berkaitan dengan kewangan. Perlindungan dari segi kewangan biasanya berbentuk simpanan tabungan, aset dan insurans termasuklah insurans pendidikan.
Merancang perbelanjaan pendidikan yang bersesuaian untuk anak anda adalah langkah terbaik dalam menjamin masa depan mereka.
Jenis Insurans Pendidikan Dengan Pelaburan
Kredit gambar: Freepik
Kebiasaannya, insurans sering dikaitkan dengan perlindungan untuk diri, kesihatan, dan banyak lagi, tetapi ada juga insurans yang turut menyertakan pelaburan untuk pendidikan anak anda.
Ia kombinasi yang bagus kerana memberikan perlindungan dan juga pelaburan untuk anak anda. Terdapat dua jenis insurans pendidikan yang ditawarkan di Malaysia:
Polisi Endowmen :
- Menggabungkan pelan simpanan dengan perlindungan
- Berbentuk sertaan (participating) atau tanpa sertaan (non-participating)
- Bagi pelan tanpa sertaan, pemegang insurans tidak berkongsi keuntungan, tetapi semua faedah insurans tetap dijamin sepenuhnya.
- Untuk pelan sertaan, hanya sebahagian faedah insurans yang dijamin, dan jumlah penuh faedah pada tempoh matang insurans tidak akan dijamin sepenuhnya kerana ia bergantung kepada prestasi syarikat insurans
Polisi Pelaburan :
- Menggabungkan elemen pelaburan dan perlindungan berdasarkan keperluan anda selaku pemegang polisi.
- Menawarkan fleksibiliti. Anda boleh menambah jumlah bayaran premium bulanan jika pendapatan anda meningkat.
- Pemegang polisi boleh memilih jenis pelaburan. Tetapi, risikonya lebih tinggi, dan tidak ada jaminan pulangan. Pulangan boleh menjadi lebih tinggi atau lebih rendah dari jumlah anggaran anda.
5 Insurans Pendidikan Terbaik Untuk Anak-Anak
Risau anda tidak mampu untuk menanggung kos pendidikan anak anda dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat? Sama ada untuk pengajian dalam atau luar negara, anda boleh rancang pendidikan anak anda dengan senarai pelan simpanan ini mulai sekarang.
Insurans Pendidikan Terbaik
| SSPN Plus (SSPN) Terbaik harga murah | | View Details | Hubungi di sini |
| Aspire (Etiqa) Terbaik jaminan bayaran tunai interim | | View Details | Hubungi di sini |
| A-EduAchieve 2 (AIA Insurance) Terbaik fleksibiliti | | View Details | Hubungi di sini |
| ASB 3 Didik (Amanah Saham Bumiputera) Terbaik untuk bumiputera | | View Details | Hubungi di sini |
| PRUSaver Kid Terbaik dengan potensi pulangan | | View Details | Hubungi di sini |
SSPN Plus (SSPN)
Insurans pendidikan terbaik harga murah
SSPN Plus (dahulu dikenali SSPN-i Plus) adalah pelan simpanan yang terbaik direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi untuk anak-anak bermula seawal usia sehari.
Dengan bayaran serendah RM30 sebulan, perlindungan takaful percuma sehingga RM1 juta juga diberikan kepada penyimpan yang memiliki simpanan RM1,000 dan keatas di dalam akaun mereka, dan dividen dengan kadar yang kompetitif untuk simpanan yang juga layak untuk pelepasan cukai.
Selain itu, keluarga dengan pendapatan kurang dari RM4000 boleh menerima insentif geran sepadan apabila anak-anak mereka layak melanjutkan pengajian tinggi. Geran tersebut berjumlah sehingga RM10,000 dan bergantung kepada jumlah simpanan dan tempoh pengajian.
Manfaat tambahan :
- Simpanan dijamin kerajaan
- Pelepasan taksiran cukai
- Patuh syariah
- Layak memohon PTPTN
- Bantuan khairat kematian pasangan dan anak
Aspire (Etiqa)
Insurans pendidikan terbaik jaminan bayaran tunai interim
Aspire merupakan sebuah pelan yang membantu anda menyimpan wang bagi pendidikan tinggi anak anda dan juga memberikan perlindungan dengan manfaat kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal.
Pelan ini amat sesuai untuk bayi berusia 14 hari dan kanak-kanak yang berusia 10 tahun bagi membolehkan mereka menerima manfaat maksimum menerusi pelan ini.
Apa yang menarik, anda akan menerima bayaran tunai sebanyak 20%, 30% dan 40% daripada jumlah asas yang diinsuranskan pada penghujung 3 tahun terakhir polisi sebelum tempoh matang. Anda boleh memilih untuk menerima bayaran tunai terkumpul atau mengumpulkan bayaran tunai tersebut untuk kegunaan di masa hadapan.
Manfaat tambahan :
- Anugerah kecemerlangan akademik, anak akan mendapat wang galakan untuk keputusan semua A untuk UPSR, PMR, SPM (8A ke atas), dan STPM (5A Prinsipal)
- Perlindungan insurans. Jumlah asas yang diinsuranskan berserta bonus dan bayaran tunai terkumpul (jika ada) akan dibayar sekaligus sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK).
- Manfaat matang. Anda akan dibayar 50% daripada jumlah asas yang diinsuranskan berserta bonus dan bayaran tunai terkumpul (jika ada) sekaligus apabila polisi anda matang.
- Faedah kematian dan hilang upaya bagi ibu bapa berupa pengecualian pembayaran, bayaran jumlah insurans serta manfaat penjagaan anak (pendapatan bulanan).
A-EduAchieve 2 (AIA)
Insurans pendidikan terbaik fleksibiliti
A-EduAchieve 2 adalah pelan unik yang menggabungkan unsur simpanan, perlindungan dan pelaburan bagi membantu anda mengembangkan nilai wang yang anda ingin simpan untuk kegunaan pendidikan anak-anak.
Tabung pendidikan anak anda tidak akan terjejas jika anda meninggal dunia atau kehilangan mata pencarian akibat hilang upaya. Pelan ini dipakej bersama-sama dengan A-Plus Payor atau A-Plus PayorExtra untuk memberikan ketenangan kepada anda.
Manfaat tambahan :
- Booster permulaan universiti. Setelah anak berusia 18 tahun, pihak insurans akan menaikkan tabung simpanan pendidikan anak dengan satu bayaran bonus sehingga 15 kali ganda premium bulanan biasa anda.
- Boleh memilih bagaimana wang hendak dilaburkan dengan menukar dana bila-bila anda inginkan, tanpa sebarang kos.
- Mempunyai pilihan untuk menukar dengan serta-merta pelan tersebut setelah pelan tamat kepada pelan asas berkaitan pelaburan lain untuk anak anda.
ASB 3 Didik (ASB)
Insurans pendidikan terbaik untuk bumiputera
Bagi Bumiputera, anda boleh pertimbangkan untuk menyimpan duit anak anda dalam akaun ASB Didik 3. Simpanan dalam akaun ini akan menyediakan keperluan kewangan masa depan untuk perbelanjaan pendidikan anak anda.
Akaun ASB 3 Didik boleh dibuka dengan kadar serendah RM100 sahaja. Anda boleh membuka Akaun Bijak untuk dijadikan sebagai tabung pendidikan anak anda.
Status akaun ini ditukarkan secara automatik menjadi akaun dewasa apabila anak anda telah mencapai usia 18 tahun. Dana ini diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad, iaitu sebuah anak syarikat Permodalan Nasional Berhad.
Manfaat tambahan :
- Menjana pulangan atau faedah jangka panjang secara konsisten kerana pelaburannya dijamin oleh kerajaan.
- Bonus dan kadar pulangan setiap tahun memberansangkan.
PRUSaver Kid (Prudential)
Insurans pendidikan terbaik dengan potensi pulangan
Direka untuk membantu anda mengumpul dana pendidikan anak anda dengan potensi pulangan. Prudential menggalakkan ibu ayah menabung seawal usia bayi supaya anda boleh memastikan mereka menerima pendidikan yang terbaik.
Selepas tamat tempoh bayaran PRUSaver Kid, pelaburan simpanan boleh diteruskan dan dianggap sebagai premium untuk PRUSaver malah ia boleh dilampirkan pada pelan lain, di mana ia memperuntukkan bahagian simpanan anda ke dalam dana pelaburan yang akan menawarkan bayaran untuk pengajian anak.
Manfaat tambahan :
- Komitmen serendah RM10 sebulan
- Membayar anda potensi simpanan sekaligus yang anda terkumpul sepanjang tempoh polisi.
- Anda boleh memilih untuk menerima pembayaran pada bila-bila masa apabila anak anda berumur antara 18 hingga 25 tahun.
- Tukar dana yang anda laburkan dari semasa ke semasa apabila anda dan aspirasi anak anda berubah.
- PRUSaver Kids boleh dilampirkan bersama pelan ibu ayah seperti PRUWith You, PRUWealth Plus dan PRUWealth Max untuk manfaat berganda.
Tip Memilih Insurans Pendidikan
Kredit gambar: Freepik
Fungsi insurans pendidikan adalah untuk menyimpan dana pendidikan untuk anak dalam masa sama ada perlindungan terhadap dana tersebut jadi sebelum parents ingin memilih polisi insurans, pastikan:
- Tentukan tujuan – Sebelum melanggan, cuba tanya diri sendiri apa tujuan anda membeli insurans pendidikan untuk anak. Adakah untuk melindungi kesihatan anak, mempersiapkan simpanan pendidikan atau sekadar tabungan jangka panjang? Dari sini, ibu ayah dapat menentukan insurans apa yang patut dipilih.
- Tempoh dan peruntukan bayaran – Sama seperti membeli rumah, adalah penting bagi ibu ayah merancangkan seberapa banyak dana pendidikan yang diperlukan anak sehingga dia memasuki universiti. Pertimbangkan juga kadar inflasi dan kenaikan bayaran pendidikan setiap tahun. Tentukan berapa jumlah wang yang anda ingin peruntukan untuk pendidikan anak anda. Pastikan anda mampu membayar premium insurans kerana ianya merupakan komitmen jangka panjang. Hal ini akan membantu untuk menentukan polisi insurans yang tepat dan bersesuaian dengan kemampuan anda melanggan insurans.
- Kemudahan tambahan – Insurans pendidikan tidak hanya terbatas kepada simpanan pendidikan semata-mata. Ada insurans yang menawarkan perlindungan atau jaminan kesihatan anak berupa pembiayaan rawatan di hospital. Parents boleh mempertimbangkan kemudahan tambahan ini namun pastikan juga tidak terlalu banyak memotong jumlah polisi insurans pendidikan si kecil. Pilih juga polisi yang menawarkan anda fleksibiliti untuk meningkatkan simpanan anda.
Setelah anda memilih polisi yang sesuai, sentiasa ambil tahu perkembangan simpanan anda untuk memastikan matlamat simpanan anda tercapai. Pulangan sebenar yang diisytihar oleh syarikat insurans mungkin berbeza dari anggaran awal, bergantung kepada prestasi semasa.
Selain itu, anda juga boleh membuat tuntutan pelepasan cukai sehingga RM3,000 jika anda mendapatkan insurans pendidikan untuk anak anda.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk ibu ayah!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Simpan Duit Anak Dalam Akaun ASB, Ibu Tidak Perlu Beratur Di Bank & Pejabat Pos
Baca juga: Jadual Simpan Duit Dalam Tabung Anak, Ibu Boleh Cuba Praktikkan 3 Cara Berguna Ini!
Baca juga: Perlindungan Insurans Untuk Bayi Sejak Hamil? Ini 4 Pelan Insurans Materniti Terbaik Untuk Anda!