TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Serba Salah Nak Ada Bayi No.2, Risau Yang Pertama Rasa Terpinggir? Ini Caranya

4 min bacaan
Serba Salah Nak Ada Bayi No.2, Risau Yang Pertama Rasa Terpinggir? Ini Caranya

Bimbang anak pertama tiba-tiba rasa terpinggir dengan kehadiran yang kedua? Ibu bapa, perlu pandai tackle anak, ini caranya!

Apabila bercakap mengenai bila sepatutnya planning anak yang kedua, mesti tiba-tiba hadir rasa serba salah kepada si anak pertama. Itu biasa ya ibu-ibu.

Memang setiap ibu akan ada rasa bersalah bila memikirkan untuk melahirkan lagi seorang anak, apatah lagi jika anda mengalami kehamilan yang dekat. Bimbang takut tidak dapat beri perhatian yang diperlukan anak yang lebih tua, bimbang mereka rasa tersisih dan macam-macam lagi. 

Jadi ibu bapa memang perlu memainkan peranan dalam hal ini. Misalnya apabila si ibu telah melahirkan anak kedua nanti, perhatian ibu semestinya pada bayi yang baru lahir kan? Jadi si ayah perlulah beri sepenuh perhatian kepada anak sulung. 

Tips tangani anak pertama 

anak pertama

Foto: Mother.ly

Ingat, dalam keterujaan anda menimang bayi kedua, yang pertama jangan sesekali pernah terabai. Malahan anda juga perlu sedia, apabila anak pertama mula menunjukkan perangai yang baru, maklumlah waktu ini mereka akan cuba apa saja cara yang boleh meraih semula 100 peratus perhatian anda. Tarik nafas dalam-dalam dan cuba hadam tips dibawah oleh ibu-ibu berpengalaman. 

#1. Sentiasa libatkan anak pertama dalam aktiviti bersama anak kedua

Selalunya apabila nak menguruskan bayi ni mesti ibu ayah fikir terlalu renyah nak bawa sampai dua anak. Jadi bila nak pergi bawa bayi checkup ke, nak bawa bayi keluar berjalan-jalan atau membuat aktivit seperti baby spa, ibu ayah akan meletakkan anak pertama bersama nenek mereka, atau pengasuh untuk jaga. Kalau boleh elakkan buat begitu. Anda perlu sering melibatkan anak pertama dalam aktiviti-aktiviti baru bersama anak kedua. Barulah mereka berasa diri mereka juga penting dan tidak rasa disisihkan. 

Baca juga: Cabaran Dan Pengorbanan Seorang Anak Sulung, Dari Mata Seorang Ibu

#2. Minta pertolongan mereka

Ini dalam rutin hari penjagaan bayi kedua anda, jika boleh libatkan mereka dalam penjagaan adik mereka. Buat benda-benda ringan pun okey. Seperti minta mereka meletakkan persalinan adik mereka di atas katil apabila bayi dibawa mandi, atau sediakan lampin siap-siap, ambilkan tuala mandi dan sebagainya. Mereka juga sebenarnya cukup teruja dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga, cuma kadang-kadang mereka tak tahu bagaimana nak ekspres. 

anak pertama

#3. Beli barang mainan untuk bayi dan juga anak pertama

Apabila memberi sesebuah barang baru atau mainan untuk bayi kedua, yang sulung jangan dilupa ya. Beli yang biasa-biasa pun okey, asalkan ada sesuatu untuk mereka. Biasalah, budak-budak kan mudah cemburu, nanti terluka perasaan si sulung tu apabila melihat si adik dapat mainan baru. 

#4. Apabila bayi kedua telah lahir, berikan anak sulung hadiah

Ini trik pertama yang anda boleh cuba untuk ambil hati si sulung sejak adiknya lahir. Beri hadiah sebaik saja adiknya selamat dilahirkan dan katakan ini pemberian adik untuk awak. Tentu dia happy dan tak sabar nak menjalani hari-hari bersama adik kesayangannya. 

#5. Sentiasa bawa anak pertama bergaul dengan kanak-kanak lain

Sekiranya si sulung punyai sepupu yang sebaya, sentiasa bawa dia bergaul dengan mereka. Ini beri mereka sedikit pendedahan bagaimana punyai adik beradik. Tapi tak perlulah risau, selalunya mereka yang sulung ni memang pandai adapt sendiri keadaan. Mereka dilahirkan seorang yang berdikari, panda melindungi orang dan pandai berkawan! Tapi tak salah kalau nak cuba praktis. 

anak pertama

#6. Jangan skip rutin bersama anak sulung

Kalau dulu ibu atau ayah selalu bacakan buku cerita kepada anak pertama setiap kali sebelum tidur, janganlah pula ditinggalkan rutin itu secara tiba-tiba sebab dah ada bayi. Kalau ibu tengah tidurkan bayi, si ayah kenalah ambil peranan baca buku tu. Kalau sekali anak pertama perasan yang rutinnya terganggu mungkin dia akan mula memberontak dan paling teruk mereka rasa kecewa di dalam hati dan pendamkan. 

Apa-apa pun ibu ayah tak perlu stress bila nak planning untuk bayi kedua. Percayalah ini semua adalah lumrah, anak pertama tak akan jadi selamanya satu-satu anak tunggal, yalah kalau ada rezeki melimpah ruah, akan banyak lagi adik-adiknya. Jadi mereka pasti akan terbiasa, malah ada anak pertama yang bersyukur ada adik beradik tidaklah mereka sunyi. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Sifat Anak Pertama Yang Berbeza Dengan Adik Beradik Lain

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Serba Salah Nak Ada Bayi No.2, Risau Yang Pertama Rasa Terpinggir? Ini Caranya
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham