Maria *bukan nama sebenar, telah mendirikan rumah tangga yang bahagia selama 3 tahun. Tapi dia terkejut baru-baru ini apabila pengasuhnya mengadu dia “dikacau” si suami! Apakah tanda lelaki curang dalam diam?
Semuanya terbongkar pada pagi Isnin lalu apabila pengasuh Maria itu mengambil keputusan untuk tidak lagi mengasuh anak mereka. Maria pelik, kenapa?
Jawapan yang diberi pengasuh itu sungguh mengejutkan!
***
“Dia mengatakan suami saya telah mengganggunya secara seksual. Malah suami selalu pulang ke rumah diam-diam kerana ingin melakukan pencabulan itu.”
Tanda Lelaki Curang Dalam Diam: Bagaimana Nak Tahu?
“Pada mulanya saya tidak percaya. Tapi ini sebenarnya bukan kali pertama ia terjadi.
Sebelum ini, saya pernah terima mesej dari “rakan sekerja” suami yang mengatakan suami saya itu sebenarnya gatal!
Saya teragak-agak nak bersemuka dengan suami pada mulanya. Saya rasa, mana tahu kalau pengasuh itu menipu dan saja nak rosakkan rumah tangga kami?
Masih dibelunggu pelbagai soalan, saya akhirnya tanya suami depan-depan. Jawapan suami sama seperti andaian saya sebelum ini!
Pengasuh itu dituduhnya menipu dan dia sengaja nak rosakkan rumah tangga kami. Saya keliru sekarang. Apa tanda suami curang dalam diam?
Betulkah suami saya curang? Apa patut saya buat?”
***
Bagaimana Nak Lihat Tanda Lelaki Curang Dalam Diam?
Sebenarnya, ramai wanita di luar sana yang menghadapi situasi sama seperti Maria. Hati wanita mana yang tak terluka, malah bercelaru, apabila mengetahui pasangan curang dalam diam.
Lebih-lebih lagi jika pasangan curang dengan pengasuh, ataupun rakan sekerjanya sendiri!
Semua persoalan mula bermain di minda. Tapi jangan terburu-buru ya! Kunci penting untuk tahu tanda suami curang dalam diam adalah dengan bertanya terus padanya.
Tapi berhadapan dengan pasangan hanyalah langkah permulaan sahaja. Anda kena semak apa tanda suami curang dalam diam juga!
Tanda lelaki curang dalam diam #1 Semak semua perkara
Seperti yang disebut sebelum ini, anda kena semak semua perkara, dari pelbagai sudut! Cuba tanya pengasuh (atau orang ketiga itu) tentang kejadian.
Bila gangguan selalu terjadi? Hari apa? Bagaimana? Pastikan anda turut menyemak soalan itu pada suami. Ala-ala FBI, semak di mana suami ketika hari kejadian.
Tapi anda kena berhadapan dengan kedua-dua pihak dalam keadaan tenang. Jangan terus buat kesimpulan!
Tanda suami curang dalam diam #2 Guna kebijaksanaan anda
Umpama menyelesaikan teka-teki, guna kebijaksanaan anda untuk menentukan tanda suami curang dalam diam!
Tapi dalam masa yang sama, jangan tanya soalan sehingga suami rasa “diperkecilkan”. Ini akan buat dia mengelak untuk jawab soalan. Akhirnya, anda sendiri yang dalam dilema!
Anda jugalah insan yang paling mengenali pasangan. Apabila sudah lama berumah tangga, pasti tanda-tanda suami menipu pun anda sudah tahu, kan?
Tanda lelaki curang dalam diam #3 Apa ertinya sebuah perkahwinan untuk anda?
Sama ada suami betul-betul curang atau tidak, penting untuk anda kekal bertenang. Situasi seperti ini memerlukan kesabaran, disiplin dan kawalan diri.
Jika suami mengaku ya dia curang, anda mungkin patut tanya dirinya, apa erti sebuah perkahwinan padanya? Apa ertinya kesetiaan?
First instict anda itu selalunya betul, dan mungkin mampu menyelamatkan rumah tangga kalian!
Tanda suami curang dalam diam #4 Di mana salahnya sehingga suami curang?
Apa yang terjadi dalam hubungan kalian sehingga suami memilih untuk curang? Lihat dari pelbagai sudut, dan cuba fahami apa yang suami “kejarkan” itu.
Adakah kerana seks, atau perbuatan, atau apa-apa sahaja alasan? Mencari di mana “lubang” hingga sesebuah rumah tangga dilanda cabaran bukan bermaksud anda mencari “siapa yang bersalah dalam hal ini”.
Tapi, ia untuk menyelamatkan rumah tangga anda sendiri. Dengan mengetahui apa pincangnya rumah tangga ini, mungkin kalian boleh memperbaikinya!
Tanda lelaki curang dalam diam #5 Jangan jadi biadap
Selepas bertahun-tahun kahwin, pastinya anda tahu “luar-dalam” suami. Anda pasti akan sedar perangai-perangainya.
Lihat jika ada perubahan perangai yang aneh. Tapi jangan bersikap biadap dan terus menuduhnya bukan-bukan. Lelaki itu masih suami anda.
Cuba selesaikannya dengan positif. Apa yang isteri mahu, dan apa pula yang suami mahu?
Apa yang penting untuk melihat tanda lelaki curang dalam diam, anda kenalah bersikap tenang menghadapi situasi ini.
Jika anda rasa ia sudah tidak lagi dapat diselamatkan, semua keputusan di tangan anda. Pilihlah pilihan yang paling sesuai.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Deepshikha dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Kredit gambar: Coconut
Baca juga:
Menurut seorang perempuan simpanan, ini 10 tanda pasangan anda curang dalam diam
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!