TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

26 Jan, 2023
Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

Ibu melahirkan anak yang keenam dengan berat melebihi 7 kilogram telah mengejutkan ramai. Pada mulanya dia menyangka hanya empat kilogram

Setiap ibu melahirkan pastinya ada pengalaman tersendiri. Ada yang proses bersalinnya dimudahkan dan ada juga agak rumit hingga perlu memilih prosedur kelahiran secara pembedahan.

Meskipun ramai berharap untuk bersalin normal, akan tetapi keadaan diri dan bayi dalam kandungan yang tidak mengizinkan terpaksalah ibu memilih untuk caesarean.

Ibu melahirkan bayi besar

bersalin bayi besar

”Saya sama sekali tidak menjangka akan menerima kejutan seperti ini,” itulah kata-kata yang keluar dari mulut seorang ibu melahirkan anak di Brazil.

Wanita berkenaan, Cleidiane Santos dos Santos menyambut anak keenamnya, seorang bayi lelaki bernama Angerson, pada 18 Jan.

“Saya fikir ia akan menjadi empat kilo, tetapi dia mencapai tujuh kilo,” kata ibu berusia 27 tahun itu kepada akhbar berbahasa Portugis El Globo.

Bayi Angerson dilahirkan melalui pembedahan caesarean pada 18 Januari di Hospital Padre Colombo di Parintins, dengan berat 7.328 kilogram (kira-kira 16.1 lbs.), menurut akhbar itu.

Menurut Persatuan Kehamilan Amerika, majoriti bayi cukup bulan dilahirkan dengan berat antara 2.7 kilogram dan 4 kilogram.

Mempunyai berat lahir yang lebih tinggi boleh membawa kepada peningkatan risiko kesihatan untuk bayi yang baru lahir dan “boleh menyukarkan proses kelahiran bayi,” menurut Perpustakaan Perubatan Negara A.S.

Bayi yang baru lahir itu dengan gelaran sebagai “bebê gigante” dalam catatan media sosial oleh hospital, dianggap sebagai bayi terbesar yang pernah dilahirkan di negeri itu, lapor akhbar itu, memetik Jabatan Kesihatan Negeri.

Menurut Guiness World Words, bayi yang paling berat pernah dilahirkan di Itali adalah pada September 1955 dan mempunyai berat 9.9 kilogram.

bayi besar dalam kandungan

Menurut laporan akhbar negara berkenaan, ibu dan bayi Angerson kini dalam keadaan sihat dan dipantau di NICU hospital. Dan menurut catatan media sosial hospital, dia juga sudah mula menyusu badan.

Santos dos Santos juga turut memuji kakitangan hospital atas penjagaan mereka.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan di Hospital Padre Colombo, yang memberi saya kekuatan dan melayan saya dengan sangat baik sejak saya tiba di sini. Jika bukan kerana mereka, saya tidak tahu apa yang akan terjadi kepada saya,” katanya.

Risiko bersalin bayi besar

Berat normal bayi adalah di antara 2.50 kg hingga 3.2 kg dan berat yang lebih dari lingkungan ini akan dikira sebagai bayi besar. 

Terdapat beberapa faktor mengapa bayi bersaiz lebih besar berbanding bayi lain, antaranya ialah:

risiko bersalin bayi besar

  1. Faktor genetik : Jika ketika lahir ibu dan bapa ada berat melebih berat normal, kebiasaannya si anak juga akan ada berat yang lebih dari normal
  2. Corak pemakanan semasa hamil : Ibu hamil yang tidak menjaga pemakanan hingga menghidap diabetes gestasional boleh menyebabkan bayi besar. Ini kerana gula berlebihan akan masuk ke dalam darah yang mengalir ke bayi. Jadi, badan bayi mengeluarkan lebih banyak insulin menyebabkan badan mereka lebih besar.
  3. Jantina bayi : bayi lelaki dikatakan ada saiz yang lebih besar berbanding perempuan
  4. Melebihi tarikh bersalin : melebihi tarikh jangkaan bersalin atau lebih dikenali sebagai ‘overdue’, boleh menjadi punca bayi bersaiz besar, ujar Dr Christopher Chong

Sekiranya anda ingin bersalin normal, doktor akan memeriksa terlebih dulu sama ada ia berisiko atau tidak. Doktor akan memantau dari segi:

  • Kekuatan kontraksi: Doktor akan memberi epidural untuk merangsang kontraksi
  • Bukaan saluran kelahiran: Bukaan ini penting sebagai tanda aras sama ada ibu itu boleh bersalin normal atau tidak

Akan tetapi sekiranya saiz bayi terlalu besar dan doktor bimbang akan keselamatan ibu dan bayi, doktor tetap akan menyarankan ibu bersalin secara pembedahan.

Saranan ini hanya akan dibuat selepas faktor kesihatan dan keselamatan ibu malah juga bayi dalam kandungan di ambil kira. Jadi ibu harus berlapang dada menerimanya.

Stories Rakan Kongsi
Rotavirus & Diarrhoea: Is It Just Poo Poo Or A Major Boo Boo?
Rotavirus & Diarrhoea: Is It Just Poo Poo Or A Major Boo Boo?
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare
The Latest Vaccination Schedule for Children, Parents MUST Know!
The Latest Vaccination Schedule for Children, Parents MUST Know!

Semoga bermanfaat!

People

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Lahirkan Bayi ‘Jumbo’ Dengan Berat Cecah 5.7KG, Ibu Pasrah Pakaikan Anak Baju Saiz 6 Bulan!

Baca juga: ”Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,” Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

Baca juga: Mata Hitam Bayi Besar, Ibu Kesal Ada Yang Samakannya Dengan Alien Lepas Kongsi Gambar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham