X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

72% Wanita Takut Bersama Suami Selepas Bersalin - Adakah Anda Juga?

3 min bacaan
72% Wanita Takut Bersama Suami Selepas Bersalin - Adakah Anda Juga?

Ramai wanita yang rasa takut untuk melakukan seks pertama selepas bersalin. Jadi, ikuti tips-tips ini untuk persediaan sebelum melakukan seks selepas seks selepas habis pantang.

Selepas melahirkan anak, anda pasti sibuk dengan urusan menjaga dan menguruskan bayi yang baru lahir. Tapi, ada seperkara lagi yang penting dan selalu kita “buat-buat lupa” – seks selepas habis pantang.

Kaji selidik: 1000 wanita bercakap mengenai seks selepas bersalin dan seks selepas habis pantang.

Satu survey ibu-ibu milenium di aplikasi Peanut menunjukkan bahawa 72%  daripada mereka mengaku mereka takut rasa sakit ketika melakukan hubungan seks selepas bersalin.

24.4% daripada mereka merasa tak selesa dengan tubuh mereka selepas bersalin.

seks selepas habis pantang

Kredit: Shutterstock

Kaji selidik ini melibatkan 1,000 wanita berusia di antara 22-37 tahun. Hasil kaji selidik ini mendapati, alasan utama mereka tak mahu melakukan hubungan seks adalah kerana mereka keletihan.

Baca juga: Baru Lepas Bersalin Caesarean? Ini Cara Nak Kembali Aktif Di Ranjang Tanpa Rasa Sakit!

Seramai 61% dari mereka mahu membuat hubungan seks dengan lebih selepas mendapat tidur yang cukup.

Dari 1,000 wanita, 25% mengatakan mereka hanya melakukan seks sekali seminggu, 30% melalukan seks 2-3 kali seminggu dan hanya 9% melakukan hubungan seks lebih tiga kali seminggu.

12.8% yang lain pula melakukan hubungan seks sebulan sekali.

Perbezaan ini bergantung kepada keadaan setiap wanita – bagaimana mereka menghadapi kehidupan selepas menjadi ibu dan sama ada keghairahan mereka terhadap seks akan kembali dalam waktu cepat atau lambat.

Kaji selidik ini juga mendedahkan 37.7% ibu melakukan seks pertama selepas bersalin dalam masa tiga bulan dan 52% melakukan hubungan seks selepas mendapat keizinan dari doktor.

Sudah tentu seks pertama selepas bersalin bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Lebih dari 61% ibu yang terlibat dalam kaji selidik ini mengaku yang mereka nervous untuk melakukan seks pertama selepas bersalin.

Kenapa seks selepas bersalin sakit?

72% Wanita Takut Bersama Suami Selepas Bersalin - Adakah Anda Juga?

Kredit: Shutterstock

Dr. Jen Gunter, OB-GYN, menerangkan ini tiga sebab kenapa wanita rasa sakit semasa melakukan seks selepas bersalin:

  1. Paras estrogen pada vagina rendah
  2. Bekas luka bersalin (terutaman jika ada koyakan (episiotomi))
  3. Otot yang kejang selepas bersalin atau lantai pelvik mengetat

Untuk mengatasi masalah ini, Dr. Jen menyarankan agar anda melakukan terapi fizikal dan berbincang dengan doktor jika anda mengalami kesakitan semasa melakukan seks selepas bersalin.

“Anda tak sepatutnya merasa sakit semasa membuat hubungan seks. Jika anda rasa sakit, ini bermakna tubuh anda sedang beritahu yang anda mempunyai masalah kesihatan.

Jika anda dah melebihi 6-8 minggu selepas bersalin, dan masih rasa sakit semasa melakukan hubungan seks, anda perlu berjumpa doktor dengan segera.” Kata Jen.

Tip menghadapi rasa sakit ketika seks selepas bersalin

72% Wanita Takut Bersama Suami Selepas Bersalin - Adakah Anda Juga?

Kredit: Shutterstock

  • Minta suami untuk bersabar dan membantu anda untuk merasa tenang kerana anda mungkin belum bersedia untuk melakukan hubungan seks. Lebih-lebih lagi selepas bersalin normal.
  • Mula secara berperingkat kerana anda belum pulih sepenuhnya atau mungkin mengalami trauma.
  • Jangan terlalu ghairah.
  • Lakukan senaman untuk menguatkan organ intim anda seperti yoga, senaman kegel atau melakukan terapi organ wanita.

Sekarang anda tahu yang ramai wanita lain turut merasa takut untuk bersama selepas bersalin. Jadi, mula dengan perlahan-lahan ya.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Fitriyani dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Indonesia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Start your day with FREE breakfast this October
Start your day with FREE breakfast this October
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About
Adakah Anak Anda Mendapat DHA Yang Mencukupi?
Adakah Anak Anda Mendapat DHA Yang Mencukupi?
Perfect protection for your phone
Perfect protection for your phone

6 posisi seks yang sesuai untuk mengurangkan kesakitan selepas bersalin normal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • 72% Wanita Takut Bersama Suami Selepas Bersalin - Adakah Anda Juga?
Kongsikan:
  • Sakit Vulvodynia, Ini Sebab Mengapa Saya Betul-Betul Benci Seks! - Akui Seorang Wanita

    Sakit Vulvodynia, Ini Sebab Mengapa Saya Betul-Betul Benci Seks! - Akui Seorang Wanita

  • 5 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang Rasa Sakit Semasa Ovulasi

    5 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang Rasa Sakit Semasa Ovulasi

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Sakit Vulvodynia, Ini Sebab Mengapa Saya Betul-Betul Benci Seks! - Akui Seorang Wanita

    Sakit Vulvodynia, Ini Sebab Mengapa Saya Betul-Betul Benci Seks! - Akui Seorang Wanita

  • 5 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang Rasa Sakit Semasa Ovulasi

    5 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang Rasa Sakit Semasa Ovulasi

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.