X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bila Anak Kedua Lahir, Ramai Ibu Akui Penatnya Seperti Menjaga 10 Orang Anak, Kena Banyak Bersabar!

4 min bacaan
Bila Anak Kedua Lahir, Ramai Ibu Akui Penatnya Seperti Menjaga 10 Orang Anak, Kena Banyak Bersabar!

Seorang ibu dengan dua anak pada zaman kini diibaratkan seperti menjaga 10 orang anak. Ramai mengakui agak mencabar dan menguji emosi

Menjalani kehidupan sebagai seorang ibu pada zaman moden ini memberikan banyak cabaran yang tersendiri. Jika dahulu, kita melihat ibu ayah amat mudah menguruskan anak ramai. Namun segalanya sudah berubah, ibu-ibu moden meluahkan rasa penat dan tertekan setelah menimang cahaya mata kedua.

Tidak dinafikan bahawa tekanan datang dari segenap perkara. Menguruskan rumah tangga dan membesarkan anak-anak dilihat sebagai tugas yang begitu mencabar, lebih-lebih lagi apabila suami isteri sama-sama bekerja.

Seorang ibu mula berasa penat apabila memiliki dua orang anak

seorang ibu yang baik

Menurut perkongsian oleh seorang ibu di Facebook Dayana Zakariah, meluahkan bahawa apabila diberikan rezeki anak kedua, dirinya merasakan seolah-olah seperti mengurus 10 orang.

Anak dua. Dalam seronok dapat khabar gembira ramai kawan-kawan menantikan hari untuk melahirkan anak yang kedua, dalam hati ini tidak henti berdoa semoga dia diberikan sebanyak-banyaknya kesabaran dan kekuatan.

Bila anak kedua lahir, ia bukan bermaksud anak bertambah seorang lagi. Tetapi sebagai ibu kita akan rasa perubahan yang dihadapi seperti menjaga 10 orang anak secara serentak. Walaupun tak pernah rasa ada anak 10 orang pun, tapi jujurnya, memang penat.

Sangat penat dan sangat menguji emosi, terutamanya ketika berpantang.

Masa pantang dulu, Mama selalu pesan:

”Sabar, pantang anak kedua ibu harus kuat. Memang paling susah, nanti anak yang seterusnya akan lebih mudah. InsyaAllah, tidak sesusah ini.”

menjadi seorang ibu bukan mudah

Macam mana kita pun tengah menyesuaikan diri dengan situasi baharu. Anak sulung pula terlebih-lebih, tengah struggle emosi untuk faham apa yang sedang terjadi.

Perubahan yang drastik ini memerlukan PERKONGSIAN. Kalau sebelum ini, dua-dua ibu ayah hanya tertumpu pada dia seorang, tapi kenapa dengan tiba-tiba ada orang baru masuk dalam keluarga merebut perhatian juga?

Menjadi seorang ibu itu tidak mudah, tapi tidak juga mustahil

Kalau sebelum ini, semua mainan dia punya, kenapa tiba-tiba ada yang bukan dia punya, ada yang kena kongsi?

Kalau sebelum ini, namanya yang dipanggil, yang diagah, kenapa tiba-tiba ada nama lain yang di agah-agah?

Sebenarnya sampai sekarang pun, Tasneem masih tanya macam-macam soalan.

“Kenapa Ahmad boleh menyusu?”

“Kenapa Ahmad boleh dukung?”

“Kenapa Ahmad boleh kencing kat pampers?”

Padahal dia wean off, dah pandai jalan, dah off pampers lama dah.

Baru ni, Tasneem tanya, “Ibu, bila kakak dah kecil, boleh tak kakak nak kencing kat pampers?”

Part of me rasa statement “bila dah kecik” tu kelakar, but another part of me rasa sedih.

Seorang ibu yang baik kena bersikap adil dengan anak-anak

menjadi ibu

Ya, dia masih keliru. Mungkin dia rasa Ahmad dapat perhatian dan layanan lebih berbandingnya. Sebagai seorang ibu bapa kepada dua orang anak, satu perkara yang sentiasa kena titikberatkan ialah berlaku adil.

Tapi yang lebih berat ialah untuk memahamkan anak tentang adil. 

Ada beberapa nasihat yang saya rasa patut dikongsi oleh ibu bapa yang lain:

  1. Sentiasa libatkan anak pertama. Bila nak mandikan si adik, minta tolong dia simbah air dengan perlahan. Nak tidurkan adik, minta dia tolong zikir sama-sama sambil tepuk perlahan. Masa tengah menyusu anak kedua, ibu boleh bermain-main dengan anak sulung
  2. Sediakan masa yang khas untuk anak sulung. Tak payah lama pun. Ketika adik tidur, ambil masa untuk baca buku sekejap, main plastisin atau ajak dia buat kerja rumah bersama-sama. Ia mungkin hanya beberapa minit, tapi percayalah masa tersebut amat berkualiti
  3. Kalau dah tiba masanya untuk anak wean off/ off diapers/asing tempat tidur, usahakan untuk selesaikan sebelum anak kedua lahir. Jika tidak, ia akan jadi lebih sukar. Sebab persoalan ”kenapa” akan sentiasa muncul dalam fikiran anak sulung.

Walaupun nasihat ini sangat membantu saya, semoga ini memberi manfaat kepada anda juga. Semoga dipermudahkan urusan ibu-ibu. Lagipun, yakinlah ALLAH ADA❤️

Semoga bermanfaat!

Dayana Zakariah

Peringatan: Anda ti dak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Beranak Setahun Sekali, Ibu Ini Dedah Realiti Setiap Hari ‘Kelam Kabut’ Urus Dua Anak Serentak

Baca juga: Ngeri, Ibu Dua Anak Hidup Dengan Usus Terkeluar Dari Perut Sejak 3 Tahun Lalu!

Baca juga: Gambar Ibu Ini Bersama Kedua Anak Perempuannya Pasti Menarik Perhatian Anda

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Bila Anak Kedua Lahir, Ramai Ibu Akui Penatnya Seperti Menjaga 10 Orang Anak, Kena Banyak Bersabar!
Kongsikan:
  • Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

    Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

    Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham