X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jika Ayah Rajin Tolong Mama, Anak Pasti Akan Ikut Sama! Peranan Ayah Dalam Keluarga Amat Penting

4 min bacaan
Jika Ayah Rajin Tolong Mama, Anak Pasti Akan Ikut Sama! Peranan Ayah Dalam Keluarga Amat Penting

Peranan ayah dalam keluarga memang tidak dapat disangkal lagi kepentingannya. Ayah rajin tolong mama, anak automatik anda jadi rajin.

Pernah anda lihat, ayah duduk goyang kaki depan televisyen, anak pun sama. Tapi rumah bersepah, si ibulah yang sibuk sidai kain lipat baju dan sebagainya. Di sinilah peranan ayah dalam keluarga sangat penting.

Buktinya, jika ayah ringan tulang bantu ibu, anak pasti akan mengikut kerana ayah biasanya akan menjadi contoh ikutan terbaik untuk anak-anak.

Ayah ini ibarat role model anak-anak. Banyak silap ayah buat, tak mustahil anak akan ulang kesilapan yang sama kerana itu yang ditontonkan padanya setiap hari.

Peranan ayah dalam keluarga sangat penting pupuk institusi keluarga sihat

Peranan ayah dalam keluarga

Jika ayahnya bermasalah, amat jarang untuk melihat bahtera sesebuah keluarga itu muda dikemudi oleh sang ibu seorang diri. Pasti ada saja dugaan yang akan menimpa ibu.

Tidak besar, pasti sekecil-kecilnya ada. Disebabkan itulah pentingnya perana ayah dalam institusi kekeluargaan.

Sekiranya ayah tiada, meninggal dunia atau sebaliknya iaitu terjadi perceraian dan sebagainya ia adalah perkara lain. Tetapi jika ayah itu ada depan mata anak-anak, tetapi tidak menjalankan fungsi yang sepatutnya, ibarat anda tunggul saja dalam keluarga anda.

Daripada cara andalah anak-anak akan belajar menghormati dan menghargai ibu mereka. Jangan terkejut layanan anda pada ibu kepada anak-anak anda, akan memberi kesan kepad acara mereka layan ibu mereka.

Contoh baik yang patut ayah praktikkan

Peranan ayah dalam keluarga

Anda tak tahu contoh baik apa yang perlu dipraktikkan supaya anak anda mengikut perkara baik yang anda lakukan? Ini antara perkara yang boleh anda jadikan habit setiap hari.

#1. Rajin tolong isteri

Peranan ayah dalam keluarga

Tak jatuh pun maruah anda sebagai lelaki jika anda tolong isteri sidai kain di rumah. Tak hilang pun macho anda tu jika anda terlihat oleh jiran sedang sidai kain di luar rumah.

Memang itu tanggungjawab anda bersama. Isteri dah basuh, tak salah pun anda tolong sidai. Ayah yang ringan tulang akan menghasilkan anak yang ringan tulang dan suka buat kerja rumah.

Tak terkejut jika anda pemalas, nak basuh pinggan sebiji pun tak boleh, jadi jangan terkejut jika perkara sama berlaku pada anak anda terutama yang lelaki.

Anak lelaki lebih mudah mencontohi dan ikut perangai ayahnya berbanding anak perempuan. Jadi jaga-jaga ya, anda yang sentiasa memerhati anda.

#2. Elakkan mengarah isteri

“Yang buat air.” Padahal pada ketika itu isteri sedang bagi anak kecil anda makan. Apalah salahnya anda bangun sendiri dan pergi buat air sendiri.

Perbuatan mengarah-ngarah isteri ini nampak simple dan biasa saja, tapi jangan terkejut ya, anda anda akan jadi begitu juga. Dia akan nampak betapa diktatornya seorang ayah dan tidak mustahil dia pula yang akan mengarah-ngarah ibunya selepas ini. 

#3. Guna perkataan elok bila bercakap dengan isteri

Gunakan perkataan yang elok apabila bercakap dengan isteri. Jangan hina isteri, elak tinggi suara dengan isteri. Anak akan belajar menghina ibu bila dia nampak ayahnya menghina ibunya.

Ayah kan role model anak, jadi memang mudah saja dia akan ikut perangai buruk anda itu. Tidak kiralah anak anda masih kecil atau sudah besar, tolong jangan hina ibunya.

Walaupun anda suami, anda tiada hak langsung untuk menghina isteri anda. 

Menggunakan perkataan kasar, ganas, tidak menghormati pasangan antara perkara yang kita tak perasan anak akan ikut dan jadikan tabiat mereka.

#4. Ikut peraturan rumah

Setiap rumah ada peraturannya yang tersendiri. Jadi pastikan anda ikut dan jangan langgar peraturan itu. Anda langgar memang silap besar kerana anak akan nampak dan ikut perbuatan anda.

Jika dia sudah terbiasa tidak mengikut peraturan, confirm akan jadi habitnya melanggar peraturan hingga ke besar. Nampak kecil saja kan? Tapi kesannya hingga besar ya.

Jadi, buat ayah di luar sana, kalau mahu anak jadi baik, anda kena jadi baik dulu. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: google image

Stories Rakan Kongsi
Securing Financial Independence Through Good Work Ethics And Savings
Securing Financial Independence Through Good Work Ethics And Savings
Mums, Here's Everything You Need to Know About Pregnancy Stretch Marks
Mums, Here's Everything You Need to Know About Pregnancy Stretch Marks
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara

Baca juga: Ibu Ayah Lakukan 8 Perkara Ini Jika Mahu Bayi Anda Membesar Dengan Bijak!

Baca juga: Ayah Sebagai Superhero Anak-Anak, Memainkan Peranan Penting Dalam Perkembangan Awal Mereka

Baca juga: Bapa Sewaan? Lelaki Ini Tawar Khidmat ‘Bapa Sewa’ Kepada Kanak-Kanak Yang Tiada Bapa!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Jika Ayah Rajin Tolong Mama, Anak Pasti Akan Ikut Sama! Peranan Ayah Dalam Keluarga Amat Penting
Kongsikan:
  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham