X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bapa Sewaan? Lelaki Ini Tawar Khidmat 'Bapa Sewa' Kepada Kanak-Kanak Yang Tiada Bapa!

23 Dec, 2021
Bapa Sewaan? Lelaki Ini Tawar Khidmat 'Bapa Sewa' Kepada Kanak-Kanak Yang Tiada Bapa!

Perkhidmatannya memang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggannya yang terdiri daripada ibu tunggal yang beranak kecil. 

Pernah dengar peranan bapa yang boleh disewa? Pelik kan? Tapi ini yang berlaku di Sydney Australia. Jejaka yang dikenali sebagai Jake Orr dari New South Wales, Australia menawarkan dirinya untuk disewa sebagai bapa dengan bayaran sebanyak 16 Pound satu jam. 

Pelik, tapi benar. Ini pertama kali mungkin kita mendengar perkhidmatan yang sebegini. Untuk apa peranan bapa disewa? Mengikut laporan Daily Mirror UK, Jake menyatakan dia akan melakukan tanggungjawab sebagai bapa ini kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai bapa. 

Peranan ‘bapa sewa’ sebagai kerjaya

Kata Jake, dia mendapati ada potensi untuk karier ini mendapat sambutan dan ingin menjadikannya sebagai kerjaya baru. 

Perkhidmatannya memang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggannya yang terdiri daripada ibu tunggal yang beranak kecil. 

Jake turut memuat naik iklannya di Facebook dengan caption “Adakah bapa anak anda membuat masalah?”

Orr menawarkan perkhidmatan bapa sewa untuk sekali atau dua kali sebulan dan menghadiri semua acara sukan kepada kononnya ‘anak’ dia. 

Dia juga menawarkan tiga pilihan aktiviti untuk dilakukan bersama kanak-kanak itu. Antaranya adalah seperti mengajar mereka memotong rumput. 

peranan bapa

Tawar khidmat premium

Perkhidmatan premium juga turut ditawarkan, dia boleh hadir ke majlis ulang tahun kanak-kanak dan berselfie bersama mereka.

Bukan itu saja, Jake juga boleh menukar status di Facebook bagi meyakinkan lagi hubungan olok-olok sebagai bapa dan anak. 

Bagaimanapun, harga untuk perkhidmatan ini melebihi RM90 setiap jam, manakala bayaran tambahan 20 peratus dikenakan pada hari Ahad, selepas jam 4 petang.

Selain semua pakej itu, mereka yang berminat juga boleh menempah waktu privasi bersama Orr termasuk makan malam.

Bagaimanapun, pelanggan perlu membayar harga makanan. Posting Jake di Facebook telah tular dan mendapat perkongsian lebih 1,00 kali. 

Mengapa pentingnya kasih sayang daripada ibu bapa untuk anak-anak

Kasih sayang serta perhatian yang diberi kepada anak boleh memberi efek kepada otak anak-anak. Disebabkan itulah penting untuk anak-anak mendapat perhatian daripada kedua-duanya. Namun jika keadaan tidak mengizinkan ibu memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan anak-anak tidak terasa diabaikan. 

Berikut antara 5 jenis kasih sayang untuk anak yang wajib dibuat oleh semua ibu bapa:

peranan bapa

 

#1. Sentuhan fizikal
Kasih sayang untuk anak boleh ditunjukkan dengan pelukan, ciuman atau belaian lembut apabila mereka menangis, sebelum tidur atau sebelum ibu bapa pergi bekerja.

Perbuatan yang mudah ini boleh menunjukkan lebih banyak kasih sayang untuk anak yang lebih peka terhadap sentuhan fizikal dari menggunakan perkataan.

#2. Meluahkan kasih sayang untuk anak melalui kata-kata

Ibu bapa juga boleh meluahkan kasih sayang terus kepada anak. Tetapi jika ibu bapa bukan jenis yang pandai bermanis mulut, kata-kata sokongan dan galakan juga boleh menyebabkan anak rasa disayangi.

#3. Meluangkan masa berkualiti bersama
Kanak-kanak sering mahu meluangkan masa yang berkualiti bersama dengan ibu bapa mereka. Oleh itu, kadang-kadang ibu bapa perlu ketepikan gadjet, handphone, kerja dan memberi fokus kepada anak.

Bawalah anak berjalan-jalan, bercuti, ataupun ajar mereka untuk menunggang basikal dan bermain bola.

Apabila ibu bapa meluangkan masa untuk anak, mereka akan rasa penting dan disayangi. Kasih sayang untuk anak yang dicurahkan dari ibu bapa akan lekat dalam ingatan sepanjang hidup mereka.

Stories Rakan Kongsi
The Development at 2 Months Old,  Your Baby Can Smile & Interact!
The Development at 2 Months Old, Your Baby Can Smile & Interact!
Light Up Your Celebration for Mid-Autumn Festival at Sunway Putra Mall
Light Up Your Celebration for Mid-Autumn Festival at Sunway Putra Mall
Quick Meals For Busy Mums To Promote Good Gut Health
Quick Meals For Busy Mums To Promote Good Gut Health
Philips Opens Third Brand Store in Malaysia!
Philips Opens Third Brand Store in Malaysia!

peranan bapa

#4. Kasih sayang untuk anak melalui ganjaran
Semua kanak-kanak suka menerima hadiah dan ganjaran kerana ini menyebabkan mereka rasa istimewa. Ini bukan soal hadiah sahaja, tetapi mereka juga gembira kerana menerima perhatian dari ibu bapa.

Ibu bapa tidak semestinya perlu membeli hadiah mahal. Terdapat ganjaran lain seperti membeli makanan kegemaran anak atau membawa anak untuk menonton wayang. Selain menunjukkan kasih sayang untuk anak, ini juga boleh membina hubungan yang erat.

#5. Membantu anak apabila mereka melakukan kerja rumah
Kadang-kadang anak kelihatan merengek dan merungut semasa melakukan kerja rumah, tetapi ini adalah satu cara untuk mendapat perhatian ibu bapa.

Apabila ibu bapa memenuhi keperluan anak dengan tenang dan sabar, mereka akan rasa dikasihi dan disayangi.

Tetapi ibu bapa juga perlu tengok dulu keadaan ya. Jangan sampai anak terlalu bergantung kepada ibu bapa pula. Ajar anak untuk berdikari, menyahut cabaran yang sukar dan belajar untuk menyelesaikan masalah sendiri tanpa orang lain.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Lihat Perbezaan Otak Anak Yang Terima Cukup Kasih Sayang & Tidak Cukup

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bapa Sewaan? Lelaki Ini Tawar Khidmat 'Bapa Sewa' Kepada Kanak-Kanak Yang Tiada Bapa!
Kongsikan:
  • Pengorbanan Seorang Bapa, 27 Tahun Tinggalkan Kampung Bagi Menyara Keluarga

    Pengorbanan Seorang Bapa, 27 Tahun Tinggalkan Kampung Bagi Menyara Keluarga

  • 4 kelebihan menjadi seorang ayah yang anda tak tahu selama ini

    4 kelebihan menjadi seorang ayah yang anda tak tahu selama ini

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Pengorbanan Seorang Bapa, 27 Tahun Tinggalkan Kampung Bagi Menyara Keluarga

    Pengorbanan Seorang Bapa, 27 Tahun Tinggalkan Kampung Bagi Menyara Keluarga

  • 4 kelebihan menjadi seorang ayah yang anda tak tahu selama ini

    4 kelebihan menjadi seorang ayah yang anda tak tahu selama ini

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.