X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

10 Perkara Anda Tidak Tahu Tentang Pembedahan Caesarean

4 min bacaan
10 Perkara Anda Tidak Tahu Tentang Pembedahan Caesarean

1 daripada 3 wanita akan melalui pembedahan caesarean untuk melahirkan anak. Tapi, ada 10 perkara anda tak tahu tentang pembedahan ini! Jom sediakan diri anda.

Jika anda memang dijadualkan untuk melalui pembedahan caesarean, doktor yang bertugas pasti telah menerangkan semua perkara tentang proses ini, kan? 

Ataupun... anda tak sangka langsung yang anda akan melalui pembedahan caesarean. Mulanya ingat anda akan melahirkan bayi secara normal saja. Tapi, tiba-tiba... kena bedah pula!

Hakikatnya, 1 daripada 3 wanita akan melalui pembedahan caesarean untuk melahirkan anak - kerana ia proses yang lebih selamat untuk ibu dan bayi mereka. 

10 Perkara Anda Tidak Tahu Tentang Pembedahan Caesarean

Akan tetapi... ada 10 perkara yang anda tak tahu langsung tentang pembedahan ini! Jom ketahui apakah perkara tersebut. Bolehlah anda kurangkan sikit debaran yang memuncak di hati itu!

10 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Pembedahan Ini!

1 - Anda pakai baju, tapi nanti akan dibuka juga!

Ya betul. Anda akan dipakaikan baju, tapi nanti anda terpaksa membukanya juga. Bukan apa, pembedahan akan berlangsung daripada bahagian atas leher hingga ke bawah. Jadi, tak perlu pun pakai jubah pembedahan itu!

2 - Anda akan rasa bayi ditarik keluar

Walau dalam pelbagai cara atau di bawah sebarang pengaruh ubat pelali pun! Jika anda sudah biasa dengan pembedahan, anda pasti kenal rasa "menyakitkan" seperti ada bayi yang ditarik dari perut. 

3 - Anda mungkin akan diikat

Alamak! Macam kejam saja? Jangan risau. Memang sesetengah hospital akan mengikat bahagian atas lengan anda untuk mengelak anda meragut bayi nanti.

Perbuatan meragut bayi itu boleh mencemarkan pembedahan dan mendatangkan jangkitan! Jadi, perbuatan mengikat anda adalah untuk melindungi kalian. 

10 Perkara Anda Tidak Tahu Tentang Pembedahan Caesarean

4 - Kakitangan hospital cakap perkara rawak

Jika anda tidak dikenakan suntikan pelali, besar kemungkinan anda akan dengar semua perbualan kakitangan hospital yang sedang bertugas "membelah" perut itu. Lucu? Mungkin.

Tapi lebih kepada takut. Kenapa mereka boleh rileks saja bersembang, sedangkan anda nak beranak ni???!!

Jangan takut. Itu tanda yang doktor dan kakitangannya sudah cekap menjalankan tugas. Mereka tahu apa yang mereka lakukan. 

5 - Pasangan anda akan panik dan terkejut

Pasangan anda mungkin akan tiba selepas perut itu telah dibelah. Doktor akan memberi amaran untuk mereka "fokus" pada muka anda saja.

Tapi, biasalah... nanti mereka akan tertengok segala perkara yang terjadi ketika proses pembedahan itu! Dengan semua darah... Err, dan mereka akan panik! 

Jika pasangan anda kelihatan terkejut, ingatkan dia apa tujuan dia masuk ke dalam bilik pembedahan - untuk bantu dan pegang tangan anda!

6 - Sebahagian badan anda akan kebas

Sebahagian badan anda akan kekebasan. Daripada bahagian bawah ketiak atau dada hingga ke bahagian pembedahan. Yang seronoknya, anda takkan rasa sebarang kesakitan!

Tapi ada sesetengah ibu mengatakan bila mereka tak rasa "kesakitan" itu, mereka rasa "tiada ikatan" dengan bayi baru lahir.

Hey! Jangan berfikiran demikian. Fokus pada apa yang penting: Ada bayi dalam kandungan anda. Dan anda akan melahirkannya! Tak sabar nak jumpa anak ibu!!

7 - Anda boleh minta untuk tengok bayi keluar dari perut

Memang ada kain (drape) yang akan melindungi anda daripada melihat apa yang terjadi "di bawah sana".

Tapi, anda boleh minta untuk tengok semua momen ini. Lebih-lebih lagi saat bayi ditarik keluar dari perut! 

Sesetengah hospital menawarkan prosedur pembedahan caesarean "untuk keluarga". Dengan prosedur ini, kain yang melindungi anda itu akan diganti dengan kain plastik yang lebih jelas.

10 Perkara Anda Tidak Tahu Tentang Pembedahan Caesarean

8 - Pembedahan akan tamat lebih awal dari yang dijangka

Hakikatnya, keseluruhan prosedur pembedahan hanya mengambil masa selama 40 minit (jika tiada sebarang komplikasi).

Ini termasuk masa untuk menjahit perut anda juga! Jadi, memang proses pembedahan lebih cepat dari yang anda jangka.

9 - Kebas ketika menyusu badan buat kali pertama

Anda mungkin akan berasa kebas walaupun selepas pembedahan tamat. Sebab itu tika ingin memberi susu badan buat pertama kali, anda tak akan rasa apa-apa langsung!

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Tapi jangan bimbang, pembimbing susu badan akan ada di sana untuk membantu anda. Lagipun, anda ada banyak masa untuk belajar.

10 - Semuanya akan kembali tenang

Percayalah. Sebaik saja bayi yang baru anda lahirkan itu diletakkan dalam tangan anda, semua ketakutan dan kesakitan yang anda rasai tadi akan hilang.

Semuanya kembali tenang. Yang menjadi fokus adalah anak dalam tangan anda itu.

Nikmatilah fasa melahirkan anak yang penuh dengan keajaiban ini dengan tenang. InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar.

Tak sabar nak mendukung bayi sendiri, kan? Tahniah semua ibu yang baru melahirkan anak tersayang di luar sana! Nikmati fasa baru sebagai seorang ibu, ya!

Sumber rujukan: What To Expect

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • 10 Perkara Anda Tidak Tahu Tentang Pembedahan Caesarean
Kongsikan:
  • 6 Mitos Tentang Pembedahan Caesarean Yang Terbukti Salah Dan Tak Patut Dipercayai!

    6 Mitos Tentang Pembedahan Caesarean Yang Terbukti Salah Dan Tak Patut Dipercayai!

  • Blogger Berkongsi Gambar Parutnya Yang Radang Selepas Pembedahan Caesarean

    Blogger Berkongsi Gambar Parutnya Yang Radang Selepas Pembedahan Caesarean

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 6 Mitos Tentang Pembedahan Caesarean Yang Terbukti Salah Dan Tak Patut Dipercayai!

    6 Mitos Tentang Pembedahan Caesarean Yang Terbukti Salah Dan Tak Patut Dipercayai!

  • Blogger Berkongsi Gambar Parutnya Yang Radang Selepas Pembedahan Caesarean

    Blogger Berkongsi Gambar Parutnya Yang Radang Selepas Pembedahan Caesarean

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.