Semasa hamil, puting ibu hamil biasanya menjadi lebih sensitif dan membesar sedikit untuk bersedia akan proses penyusuan. Apabila menyusukan bayi pula, puting ibu berisiko luka atau sakit akibat penyusuan yang terlalu lama atau terkena gusi atau gigi si kecil. Pada ketika ini, mulalah ibu mencari nipple cream terbaik untuk merawat diri sendiri agar dapat menyusu dengan selesa semula.
Walaupun secara umumnya nipple cream digunakan semasa penyusuan, namun ada sesetengah wanita hamil yang mendapatkan krim ini seawal kehamilan bagi mempersiapkan diri untuk perubahan pada payudara kelak.
Tempoh penyesuaian boleh menjadi sukar dan menyakitkan kerana ibu dan si manja masih perlu kedudukan yang betul.
Penggunaan nipple cream terbaik yang sesuai dapat mengurangkan cabaran semasa ibu sedang belajar menyusukan anak dan memberikan kelegaan yang sangat diperlukan sebelum, semasa dan selepas penyusuan.
Punca Umum Akan Masalah Puting Sakit Dan Merekah
Kredit gambar: Foxchase.org
Lepuh Susu
Juga dikenali sebagai lebam dan lepuh puting, lepuh susu berlaku pabila pembukaan saluran susu tersekat oleh lapisan halus kulit.
Susu yang tersekat di bawah kulit, menyebabkan satu dot berona putih, kuning atau lutsinar yang menyakitkan di atas puting atau areola.
Kesakitan itu adalah biasanya di tengah-tengah spot tersebut dan kawasan di belakangnya.
Biarpun kesakitan itu boleh jadi agak perit, anda hanya perlu menyambung menjaga dan mengepam susu seperti biasa untuk mengelakkan lebih penglibatan kesakitan, kerana ia boleh memakan masa berhari-hari untuk kulit secara spontannya mengelupas.
Satu punca lain akan berlakunya lepuh susu adalah pabila saluran susu tersekat oleh satu lapisan susu payudara “separa pepejal" yang mengeras.
Ini walaubagaimanapun, boleh dengan mudahnya dikopek (dengan lembut) dengan kertas tisu atau menggunakan kuku.
Sariawan
Sariawan adalah jangkitan kulat (yis) umum yang mana mengembang pada laktosa di dalam susu, dan boleh memberi impak pada ibu dan bayi.
Terma medikal untuk kendisi ini adalah candidiasis. Ia menyebabkan puting melecur, merasa sakit, gatal dan berkerak.
Sariawan mempunyai beberapa faktor risiko umum seperti memakai pad puting basah dalam jangka masa yang lama, memakai pad puting berlapis plastik yang mengehad aliran udara ke kawasan sekitar puting, jangkitan yis vagina, diabetes atau anemia pada si ibu, menggunakan puting pada bayi, dan puting berkerak yang mana mendedahkan kulit kepada yis dan bakteria.
Penyusuan yang teruk
Penyusuan badan memerlukan latihan untuk kedua-dua si ibu dan anak. Anda akan tahu bila bayi anda tidak menyusu dengan betul jika puting anda terasa sakit sewaktu penyusuan.
Satu proses penyusuan yang tidak betul boleh dirasakan seperti bayi anda sedang mengunyah atau menyedut puting, pabila mulutnya sepatutnya terbuka luas di sekitar areola.
Anda boleh belajar cara betul penyusuan di sini.
Lidah Terikat (Tongue tied)
Lidah terikat adalah satu kondisi medikal yang biasa berlaku ketika kelahiran. Ia berlaku pabila frenulum terlalu pendek atau ketat, mengehadkan pergerakan lidah.
Sesetengah bayi dengan lidah terikat boleh menyusu terus dari payudara dengan baik dari awalnya, dengan penambahbaikan posisi dan ikatan.
Walaubagaimanapun, kesukaran penyusuan badan boleh berlaku untuk bayi yang mengalami lidah terikat yang lebih teruk (frenulum pendek atau ketat).
Ia boleh menyebabkan penyusuan yang teruk pada payudara.
Simptom Puting Sakit Dan Merekah
Kredi gambar : Bellybelly.com
Puting sakit dan merekah tidak hanya berlaku pada bulan terawal, tetapi juga selagi anda masih menyusu badan.
Jadi, untuk menikmati satu perjalanan penyusuan badan yang lancar, sentiasa ambil perhatian akan beberapa simptom biasa berlaku ini.
Kekerapan menyusu badan boleh menyebabkan kulit sensitif pada puting menjadi kering dan merekah. Beri perhatian jika puting anda merasakan ekstra sensitif dan senang kata berkerak.
Penyusuan badan tidak sepatutnya sakit. Kesakitan ketika penyusuan adalah normal dan tidak akan berpanjangan lebih daripada 30 saat atau lebih kurang.
Jika anda merasakan kesakitan sebegini, tanpa sebarang rekahan atau melecet, dan puting anda kelihatan sama sebelum dan selepas setiap penyusuan, jadi tiada apa yang perlu anda risaukan.
Namun, jika anda merasakan kesakitan yang melampau sepanjang penyusuan, di antara sesi penyusuan, telah mendapat kelecetan dan rekahan, dan terutama sekali jika kesakitan itu berterusan selama beberapa hari, anda patut mendapatkan bantuan pakar kerana ia adalah TIDAK NORMAL di dalam sesi penyusuan.
Hubungi perunding penyusuan badan yang dipercayai, atau anda boleh juga mendapatkan nasihat daripada doktor.
Kemerahan pada bahagian puting adalah biasanya berkait dengan sariawan. Jadi hati-hati akan simptom ini, terutama sekali jika ia didatangi dengan kesakitan.
Sariawan adalah disebabkan dari sejenis jangkitan yis dan boleh hadir dari diri anda atau bayi anda.
Untuk mengetahui jika bayi anda dijangkiti, periksa akan spot berona putih pada bahagian dalam pipi bayi atau lihat jika dia mengalami ruam lampir berlanjutan.
Selain itu, jangkitan itu boleh hadir dari diri anda jika anda mempunyai keputihan atau masalah gatal pada vagina yang ekstrem.
Penyusuan badan yang teruk boleh mengakibatkan luka berdarah dan jelas sekali boleh menyebakan ketidakselesaan sewaktu penyusuan badan.
Dapatkan bantuan daripada perunding penyusuan badan jika pendarah berterusan dalam jangka masa yang lama.
Darah mengalir (puting mengeluarkan nanah) sewaktu penyusuan adalah selalunya disebabkan oleh satu jangkitan. Ia biasanya didatangi dengan kemerahan dan rasa sakit.
Rawatan Untuk Puting Sakit Dan Merekah
Kredit gambar : Freepik
Simptom-simptom di atas boleh jadi melampau, tetapi jangan biarkan ia menakutkan anda daripada meneruskan penyusuan badan.
Tidak semua ibu melalui setiap kesakitan, dan anda pastinya akan teruja mengetahui yang terdapat remedi rumah yang efektif untuk merawat kebanyakkan simptom di atas.
Remedi ini telah dipraktikkan oleh para ibu dan disarankan oleh pakar penyusuan badan.
1. Bilasan Air Garam
Ini juga dikenali sebagai larutan garam biasa, dan dengan mudah boleh disiapkan di rumah.
2. Kompres hangat
Ini boleh dilakukan dengan sehelai kain yang suam dan lembap. Meletakkan kompres hangat pada payudara atau puting sebelum dan selepas penyusuan membantu melegakan kesakitan.
3. Sapu susu ibu yang baru dikeluarkan pada kawasan terkesan
Susu ibu mengandungi Vitamin E yang efektif dalam merawat kulit.
Tetapi jangan sapu minyak Vitamin E daripada kapsul, kerana ia boleh jadi bertoksik kepada bayi. Kaedah ini juga patut dielakkan jika anda mempunyai masalah sariawan di dalam susu.
4. Sapu salap bergred medikal, atau krim puting
Yang ini kita boleh kata adalah satu perkara penting mesti ada sepanjang tempoh penyusuan badan. Kebanyakkan salap atau krim puting diperbuat daripada bahan semula jadi dan selamat untuk bayi, jadi anda tidak perlu mencucinya sebelum penyusuan.
Satu krim puting yang bagus tidak hanya melegakan kesakitan anda tetapi juga membantu mempercepat proses pulih anda.
Memilih Nipple Cream Yang Sesuai Semasa Hamil dan Menyusukan Si Manja
Kredit gambar : Freepik
Bagi membantu anda mengatasi masalah iritasi pada puting payudara ketika hamil dan menyusu, kami senaraikan 7 jenama nipple cream yang boleh didapati di farmasi berhampiran atau secara atas talian.
Nipple cream terbaik yang disenaraikan ini adalah mematuhi beberapa kriteria berikut:
- Kandungan yang berkualiti
Bahan yang terdapat dalam krim haruslah dari bahan yang selamat untuk ibu dan bayi.
Semasa menyusukan anak, ibu pasti perlukan keselesaan jadi krim yang digunakan haruslah mudah disapu dan tidak terlalu tebal atau melekit.
Krim lanolin bertekstur pekat dan mampu memberi perlindungan sepanjang hari manakala campuran lanolin pula lebih ringan tapi mungkin memerlukan sapuan yang lebih kerap.
Bergantung pada ramuannya, krim atau balsam mungkin mempunyai sedikit bau atau rasa.
Pada umumnya bayi mungkin tidak akan bertindakbalas dengan bauan tersebut tetapi ada juga sesetengah bayi yang sensitif dengan hal ini dan boleh bertindak menolak untuk teruskan penyusuan.
7 Nipple Cream Terbaik Untuk Kehamilan dan Penyusuan
7 Nipple Cream Terbaik Untuk Kehamilan dan Penyusuan
 | Mama’s Choice Intensive Nipple Cream |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Medela Purelan Nipple Cream (7g) |  | View Details | Buy now |
 | PIGEON Nipple Care Cream (50g) |  | View Details | Buy now |
 | Ardo Lanolin Nipple Repair Cream |  | View Details | Buy from Shopee |
 | Organic Nipple Butter Breastfeeding Cream by Earth Mama |  | View Details | Buy from Shopee |
 | Philips Avent Moisturising Nipple Cream |  | View Details | Buy from Shopee |
Mama’s Choice Intensive Nipple Cream
Nipple Cream Terbaik 100% Bahan Semulajadi

Kenapa produk ini hebat?
Tidak seperti produk lain yang menggunakan lanolin sebagai bahan asas, Mama’s Choice menggunakan 100% bahan semulajadi, bebas dari bahan kimia merbahaya dan yang paling menarik, selamat jika termasuk ke dalam mulut bayi.
Produk ini juga telah diuji di makmal berulang kali, jadi pasti produk ini ternyata berkualiti dan selamat untuk kegunaan ibu dan si manja.
Rasakan kelegaan yang menenangkan dengan krim puting intensif Mama’s Choice yang bukan sahaja dapat melegakan puting yang sakit dan merekah, malah melembapkan kulit kering dan meningkatkan keanjalan kulit!
Krim Mama’s Choice ini juga disahkan halal, jadi ia sangat sesuai untuk pengguna yang beragama Islam.
Ciri-ciri yang kami suka:
Kandungan yang berkualiti:
- Lanolin yang membantu meredakan kulit kering.
- Date palm yang terkenal dengan sifat antioksidan dan anti-penuaan, ia menenangkan dan menghidrat puting yang sakit dan retak.
- Minyak boleh dimakan yang terkenal dengan sifat penghidratannya berfungsi sebagai emolien semula jadi, melembapkan kulit kering dan tegang.
- Shea butter dari pokok shea yang kaya dengan sifat pelindung kulit dan anti-radang untuk membantu meningkatkan kelembutan kulit.
- Vitamin E untuk kelembapan dan menguatkan kulit.
- 100% halal
Rasa dan tekstur
- Tekstur halus dan ringan yang selesa untuk disapu ke kulit.
- Hypoallergenic dan diuji secara dermatologi agar selamat digunakan ke atas semua jenis kulit.
Bau dan rasa
- Tidak mempunyai bau dan rasa bagi memastikan si manja teruskan penyusuan tanpa sebarang masalah.
Medela Purelan – Lanolin Cream
Nipple Cream Terbaik 100% Lanolin Asli

Kenapa produk ini hebat?
Purelan Lanolin Cream diperbuat 100% dari lanolin. Namun yang membuatkan jenama ini menonjol adalah kerana produk ini tidak diuji ke atas haiwan. Kami sukakan fakta ini!
Purelan juga berkesan untuk merawat kawasan kulit yang kering seperti bibir merekah, bahagian siku dan lutut serta tumit kaki merekah.
Oh ya, produk ini 100% semula jadi dan selamat untuk si manja, jadi ibu tak perlu membersihkannya sebelum menyusukan bayi.
Ciri-ciri yang kami suka:
Kandungan yang berkualiti:
- 100% lanolin asli tanpa sebarang tambahan bahan pengawet.
- Hypoallergenic dan sesuai untuk kulit sensitif ibu atau si manja.
- Selamat sekiranya termakan jadi tidak perlu dilap sebelum penggunaan.
Rasa dan tekstur
- Tekstur pekat yang mudah serap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak ke atas kulit.
Bau dan rasa
- Tidak berbau dan tidak mempunyai rasa jadi boleh diterima oleh bayi.
Lansinoh HPA Lanolin Nipple Cream
Nipple Cream Terbaik Pilihan Ibu Dan Doktor Di USA

Kenapa produk ini hebat?
Lansinoh HPA Lanolin Nipple Cream merupakan produk nipple cream nombor 1 yang disyorkan oleh para ibu dan doktor di USA dan terbukti selamat untuk ibu dan anak setelah diuji secara klinikal.
Ciri-ciri yang kami suka:
Kandungan yang berkualiti:
- 100% lanolin semulajadi tanpa sebarang bahan pengawet, paraben, bau dan rasa.
- Hypoallergenic dan sesuai untuk kulit sensitif ibu atau si manja.
- Selamat sekiranya termakan jadi tidak perlu dilap sebelum penggunaan.
Rasa dan tekstur
- Tekstur pekat yang mudah untuk disapu.
- Boleh meninggalkan kesan yang mudah untuk dihilangkan dengan pencuci baju.
Bau dan rasa
- Tidak berbau dan tidak mempunyai rasa jadi boleh diterima oleh bayi.
Pigeon Nipple Care Cream
Nipple Cream Terbaik Dalam Memelihara Kulit

Kenapa produk ini hebat?
Pigeon merupakan salah satu jenama yang dikenali dan dipercayai dalam pengeluaran barangan ibu dan bayi. Lanolin bertindak sebagai agen pelembap kulit yang baik yang dapat menembusi lapisan luar kulit dan menyuburkannya dari dalam.
Ia boleh digunakan pada trimester ketiga kehamilan untuk mengatasi masalah puting, mengurangkan kekeringan dan memelihara kulit yang sihat.
Ciri-ciri yang kami suka:
Kandungan yang berkualiti:
- 100% lanolin semulajadi.
- Hypoallergenic dan sesuai untuk kulit sensitif ibu atau si manja.
- Selamat sekiranya termakan jadi tidak perlu dilap sebelum penggunaan.
Rasa dan tekstur
- Tekstur pekat, tidak bergris yang merawat kulit kering dan kulit merekah kerana ia memelihara kelembapan kulit.
Bau dan rasa
- Tidak berbau dan tidak mempunyai rasa.
Ardo Lanolin Nipple Repair Cream
Nipple Cream Terbaik Bergred Tinggi Dari Swiss

Kenapa produk ini hebat?
Ardo merupakan nipple cream bergred tinggi yang diperbuat dari Swiss. Ini merupakan produk yang sangat popular di Eropah yang banyak membantu para ibu yang mempunyai masalah kekeringan dan kulit sensitif.
Nipple cream ini dapat memelihara kelembapan dalam kulit dan banyak disarankan oleh pengamal perubatan.
Ciri-ciri yang kami suka:
Kandungan yang berkualiti:
- Tiada bahan pengawet tambahan dan selamat untuk si manja sekiranya termakan.
- Lanolin yang paling mirip dengan lemak kulit manusia yang diganti semula secara semulajadi.
Rasa dan tekstur
- Sangat halus dan tidak bergris.
- Tidak perlu membasuh tangan selepas penggunaan kerana tidak melekat di tangan.
Bau dan rasa
- Tidak berbau dan tidak mempunyai rasa, menjadikan produk ini hypoallergenic
Organic Nipple Butter Breastfeeding Cream by Earth Mama
Nipple Cream Terbaik 100% Beeswax Tidak Berminyak

Kenapa produk ini hebat?
Produk ini sangar disyorkan oleh ibu-ibu di seluruh dunia. Ia diperbuat 100% dari bahan beeswax semulajadi jadi kami sangat menyarankan jenama ini. Tambahan lagi, jenama ini dipercayai dan digunakan dalam wad kanak-kanak seluruh dunia.
Ciri-ciri yang kami suka:
Kandungan yang berkualiti:
- Organic beeswax yang menjadikan kulit lembut dan tidak berminyak.
- Bebas dari lanolin
- Organic Cocoa (Theobroma Cacao) Seed Butter, Organic Shea (Butyrospermum Parkii) Butter dan Organic Mango (Mangifera Indica) Seed Butter yang melembutkan kulit dan menghalang dari kekeringan kulit.
- NON-GMO maka ternyata selamat untuk bayi
- Diuji secara klinikal untuk memastikan keselamatan terhadap kulit ibu agar tiada iritasi.
Rasa dan tekstur
- Sangat halus dan tidak bergris.
- Tidak perlu membasuh tangan selepas penggunaan kerana tidak melekat di tangan.
Bau dan rasa
- Tidak berbau dan tidak mempunyai rasa, menjadikan produk ini hypoallergenic
Philips Avent Moisturising Nipple Cream
Nipple Cream Terbaik Melembut Dan Melembap Kulit

Kenapa produk ini hebat?
Philips Avent Moisturising Nipple Cream merupakan campuran lanolin, minyak kelapa dan aloe vera. Ini merupakan salah satu krim terbaik di pasaran untuk melembapkan dan melembutkan kulit yang kering dan merekah.
Bagi ibu yang menyusu, produk ini sangat tepat apabila digandingkan dengan Philips Avent Breast Pump.
Ciri-ciri yang kami suka:
Kandungan yang berkualiti:
- Minyak kelapa untuk melembutkan puting selepas penyusuan.
- Aloe vera untuk melembutkan kulit dan memberikan hidrasi.
- Lanolin semulajadi untuk kelembapan kulit agar sentiasa anjal.
Rasa dan tekstur
- Halus dan nipis agar memudahkan sapuan ke atas kulit.
Bau dan rasa
- Mempunyai bau sedikit walaupun tidak dicampurkan pewangi tambahan, yang mungkin membuatkan sesetengah bayi tidak menyukainya.
Perbandingan Harga
Jenama |
Harga (RM) |
Isipadu (ml) |
Harga per ml |
Mama’s Choice Intensive
|
23.90 |
15 |
1.59 |
Medela Purelan – Lanolin Cream
|
39 |
7 |
5.57 |
Lansinoh HPA Lanolin Nipple Cream
|
31.50 |
10 |
3.15 |
Pigeon Nipple Care Cream
|
39.90 |
50 |
0.80 |
Ardo Lanolin Nipple Repair Cream
|
28.80 |
10 |
2.88 |
Organic Nipple Butter Breastfeeding Cream by Earth Mama
|
40.40 |
30 |
1.34 |
Philips Avent Moisturising Nipple Cream
|
98 |
30 |
3.26 |
Cara Mengelak Puting Sakit Dan Merekah
Ia benar bahawasanya yang penyusuan badan hadir dengan pelbagai cabaran, biarpun bagi para ibu yang telah berpengalaman.
Setiap anak adalah berbeza, jadi anda perlu belajar untuk menguruskan jangkaan anda dengan setiap cabaran yang diberikan kepada anda.
Kami sentiasa mencadangkan agar ibu-ibu di luar sana untuk mempersiapkan diri mereka dengan pengetahuan dalam penyusuan badan sebanyak yang mungkin sebelum tibanya kelahiran cahaya mata anda, jadi anda tidak akan panik jika tiba-tiba mengalami sebarang perkara yang tidak disangka.
Di sini kami kongsikan beberapa tip dalam mencegah kesakitan puting payudara daripada hamil sehingga ke perjalanan penyusuan badan:
- Pastikan teknik penyususan yang betul ketika menyusukan
- Cuci payudara dengan air suam sahaja
- Elakkan penggunaan sabun kerana ia boleh menyebabkan masalah kekeringan
- Guna pad payudara yang diperbuat daripada material semulajadi
- Biarkan bayi anda menyusu terus daripada payudara secara natural
- Elak memakai bra yang terlalu ketat kerana ia boleh menyebabkan geseran
Semoga senarai nipple cream terbaik ini dapat membantu menyelesaikan masalah para ibu.
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ini Punca Puting Payudara Luka & Melecet Semasa Menyusu
Baca juga: Puting Luka & Melecet Ketika Menyusu, Ini Cara Terbaik Untuk Merawat
Baca juga: Penyebab Payudara Gatal Ketika Mengandung, Adakah Ia Normal?