Pad penyusuan atau breast pad adalah pelindung diperbuat daripada kain atau bahan komposit, diletakkan di antara bra dan puting ibu yang mana fungsi breast pada untuk melindungi pakaian dari kebocoran susu. Mungkin sesetengah wanita tidak pernah melalui keadaan ini, namun ia seringkali berlaku kepada ibu hamil atau yang sedang menyusukan anak.
Susu yang banyak dan melimpah sememangnya suatu nikmat dan rezeki kepada ibu dan si manja, tetapi sekiranya berlaku kebocoran yang banyak, ini akan menganggu aktiviti seharian pula.
Baju ibu akan selalu basah dan perlu ditukar banyak kali, apatah lagi buat ibu yang bekerja yang tidak tahu tentang penggunaan breast pad!
Memilih Breast Pad Yang Sesuai Dengan Keperluan Anda

Kebocoran susu berlaku kerana badan ibu menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi. Setelah masa dan jumlah makan bayi sudah teratur, kejadian kebocoran menurun dengan ketara apabila badan ibu menyesuaikan pengeluaran susu dengan sewajarnya.
Namun, ia masih boleh berlaku disebabkan oleh pemicu emosi atau fizikal, selagi ibu masih menyusu ya. Jadi ibu kena pilih breast pad yang bersesuaian mengikut ciri-ciri di bawah:
- Pilih berdasarkan keperluan: Terdapat 2 jenis nursing pads di pasaran, pakai buang (disposable) dan boleh dibasuh semula (washable). Jenis washable diperbuat daripada kain manakala disposable biasanya diperbuat daripada kapas.
- Pertimbangkan kuantiti susu dan umur anak: Kuantiti susu biasanya akan berubah mengikut usia bayi. Semasa bayi aktif menyusu, susu lebih banyak dan boleh menyebabkan kebocoran yang lebih kerap.
16 Breast Pad Berkualiti Untuk Elak Masalah Kebocoran Susu Badan
Pemilihan breast pad yang sesuai sebelum membelinya adalah sangat penting bagi memudahkan para ibu terutama ibu bekerjaya. Bukan sahaja untuk keselesaan, malah boleh menjimatkan kos. Kalau tersalah beli, kan sudah membazir. Jadi, kami di theAsianparent kongsikan beberapa jenama nipple pads berkualiti untuk anda cuba!
Breast Pad Berkualiti Terbaik Di Pasaran
 | Pureen Disposable Nursing Pad Terbaik Dengan 2 Kali Perlindungan |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Lansinoh Stay Dry Disposable Nursing Pad Breast Pad Terbaik Kalis Air |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Pigeon Honeycomb Comfy Feel Breast Pad Breast Pad Terbaik 2x Lebih Lembut |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Medela Safe & Dry™ Ultra Thin Disposable Nursing Pads Breast Pad Terbaik Nipis Tetapi Berkesan |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Philips Avent Washable Breast Pads Breast Pad Terbaik Boleh Dibasuh |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Autumnz Deluxe Disposable Breast Pad Breast Pad Terbaik Sesuai Dengan Semua Saiz Bra |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Tiny Touch Disposable Breast Pad Breast Pad Terbaik Tahan Bocor & Bebas Melekit |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Momo House Disposable Breast Pad Breast Pad Terbaik Dengan Anti-gelongsor |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Angel Mommy Disposable Breast Pad Breast Pad Terbaik Anti-Galaktorea |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Anakku Disposable Breast Pad Breast Pad Terbaik Lembut & Ringan |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Boboduck Disposable Breast Pad Breast Pad Terbaik Anti-Overflow |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Ocheers Disposable Breast Pad Breast Pad Terbaik Dengan Rekaan 4D |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Milk Planet Premium Disposable Breast Pad Breast Pad Terbaik Berkualiti Tinggi |  | View Details | Beli di Shopee |
 | NUK Ultra Dry Breast Pad Terbaik Lebih Kering |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Bubbles Disposable Breast Pad Honeycomb Terbaik Dengan Kesesuaian Kontur |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Mother-K Honeycomb Breast Pad Terbaik Untuk Ibu Kulit Sensitif |  | View Details | Beli di Shopee |
Terbaik Dengan 2 Kali Perlindungan

Apa yang menarik?
Direka dengan memberi dua kali perlindungan daripada kebocoran, pembinaan dwi-lapisan melindungi anda daripada bocor, amat disyorkan untuk ibu yang mempunyai aliran susu yang banyak.
Breast pad Pureen ini juga cukup nipis untuk kekal tersembunyi di bawah pakaian dan cukup menyerap untuk memastikan anda kering dan selesa selama berjam-jam.
Pad pakai buang yang dibalut secara individu ini dibuat dengan dua jalur pelekat untuk memastikan ia tetap di tempatnya supaya anda boleh meneruskan hari anda tanpa sebarang kebimbangan.
Pureen Disposable Breast Pads ini juga memenangi TAP Awards 2023 sebagai breast pad terbaik!
Apa yang kami suka?
- Boleh dipercayai dan selesa dalam memberikan perlindungan kepada ibu-ibu yang menyusu daripada kebocoran susu.
- Mempunyai lapisan bernafas.
- Mudah digunakan terutamanya semasa dalam perjalanan.
Terbaik Kalis Air

Apa yang menarik?
Lansinoh Nursing Pads direka untuk keselesaan maksimum dan perlindungan kebocoran. Pelapik payudara Lansinoh Stay Dry mempunyai lapisan lembut yang unik untuk perlindungan kalis kebocoran.
Produk ini mempunyai bentuk yang berkontur, tidak nampak dalam helaian anda, selesa dipakai walaupun basah, dan sesuai untuk aliran sederhana.
Apa yang kami suka?
- Peningkatan daya serap untuk perlindungan maksimum
- Sangat lembut pada kulit sensitif
- Kalis air
- Dipek secara individu
- Tanpa BPA dan BPS
Terbaik 2x Lebih Lembut

Apa yang menarik?
Honeycomb Pigeon Breast Pads ini dilengkapi dengan polimer penyerap khas dan lapisan tekstur seperti sarang lebah. Reka bentuk ini bertindak untuk menarik lebihan susu dengan cepat dan disebar secara sama rata ke bahagian dalam alas, sekaligus memastikan kulit kekal lembut dan pakaian tetap kering.
Apa yang kami suka?
- Permukaan lembaran honeycomb yang menyerap
- Bentuk kekal walaupun dengan aliran yang paling berat
- Lapisan honeycomb berlapis melindungi kebocoran
- Dipek secara individu untuk mudah dibawa ke mana-mana
- Menyerap sepenuhnya
- Pengudaraan yang lebih baik
Terbaik Nipis Tetapi Berkesan

Apa yang menarik?
Breast pad keluaran Medela direka khas untuk ibu yang mengalami kebocoran payudara tahap rendah hingga sederhana. Pad penyusuan ini nipis tetapi selamat untuk digunakan dan berkesan mengelakkan kebocoran. Boleh didapati dalam pek 30 atau 60 yang dipek secara individu.
Apa yang kami suka?
- Bentuk bujur yang inovatif dioptimumkan agar sesuai dengan payudara
- Inti polimer penyerap mengunci kelembapan
- Lima lapisan serapan dengan ketebalan kurang dari 2 mm
- Lapisan hypoallergenic yang lembut menjadikan anda selesa dan kering
- Pelindung kebocoran fleksibel menghalang susu keluar dari sisi
Terbaik Boleh Dibasuh

Apa yang menarik?
Lapisan payudara PHILIPS AVENT yang boleh dicuci ini mempunyai lapisan kapas yang lembut dan halus terhadap kulit. Manakala lapisan penyerapannya pula mampu menarik kelembapan maksimum agar kebocoran tidak berlaku.
Produk ini juga mempunyai bentuk berkontur yang membolehkan ibu memakai di bawah pakaian tanpa meninggalkan kesan mahupun bentuk!
Apa yang kami suka?
- Anti slip dengan pita pelekat
- Dipek secara individu untuk kebersihan tambahan.
- Sangat lembut dan menyerap dengan baik
- Pelapik penyerap menarik kelembapan dari kulit dan menjebaknya di belakang pelapik kalis kebocoran.
- Boleh digunakan semula dengan lapisan kapas yang disikat lembut
- Boleh dicuci menggunakan mesin basuh
Terbaik Sesuai Dengan Semua Saiz Bra

Apa yang menarik?
36 keping dalam setiap kotak, breast pad keluaran Autumnz ini dapat menyelesaikan masalah kebocoran dengan mudah. Reka bentuknya juga nipis, ringan dan bersifat feminin dengan lace yang akan kelihatan cantik apabila diselitkan pada bra. Ibu jangan risau, kerana produk ini sesuai untuk dipakai dengan semua saiz bra.
Apa yang kami suka?
- Mengunci kelembapan untuk kekeringan dan keselesaan yang optimum
- Nipis dan ringan
- Reka bentuk 3D berkontur
- Alur pelindung simetri untuk mengelakkan kebocoran dari sisi.
- Pita yang tidak tergelincir untuk memastikan pembalut tetap di tempat
- Sangat sesuai untuk semua saiz bra
- Dibungkus secara individu
Terbaik Tahan Bocor & Bebas Melekit

Apa yang menarik?
Tiny Touch Disposable Breast Pad adalah penyerap ultra dan tahan bocor. Reka bentuknya lebih selamat dengan lapisan anti bocor dan bahan polimernya mempunyai kunci kelembapan yang kuat.
Pelindung ini akan memastikan bahagian payudara kekal kering, dan dengan ruang pengudaraan yang baik, ia memberikan keselesaan sepanjang penggunaan dan yang paling penting, alasnya tidak melekit.
Apa yang kami suka?
- Sangat menyerap dan menjamin keselesaan kering dan bebas melekit
- Reka bentuk 3 dimensi memberikan pemasangan yang lebih dekat dan sesuai dengan semua lekuk payudara dan ukuran coli
- Lapisan berpaten lembut disentuh dan memberikan keselesaan optimum
- Pengawal kunci mengelakkan kebocoran susu
- Bahan bukan tenunan bernafas dan lembut pada kulit
- Pita pelekat berganda melekat dengan kuat dan selamat di dalam mangkuk bra
Terbaik Dengan Anti-gelongsor

Apa yang menarik?
Mengandungi 100 keping, Momo House Disposable Pads ini menggunakan bahan bukan toksik supaya ibu boleh menggunakannya dengan selamat. Mempunyai reka bentuk 3D yang dapat menghalang susu dari bocor dan anda juga rasa lebih selesa apabila menggunakannya.
Pelindung dihasilkan dengan anti-gelongsor supaya tidak mudah meluncur ke bawah tidak kira apa dalam apa jua keadaan, menjadikan selesa ketika menggunakannya. Ia juga mampu menyerap susu bocor sehingga 150ml.
Hadir dengan single pack, jadi mudah dibawa kemana-mana sahaja.
Apa yang kami suka?
- Menyerap secara maksimum & kalis kebocoran
- Reka bentuk 3D menghalang susu daripada bocor
- Pita pelekat berganda bagi mengelakkan pelindung bergerak
- Mudah dibawa
- Single pack, kebersihan terjaga
Terbaik Anti-Galaktorea

Apa yang menarik?
Angel Mommy Disposable Breast Pad ini diperbuat 100% daripada kapas lembut, direka dengan reka bentuk ultra-nipis agar lebih lembut dan ibu sangat selesa saat memakainya.
Apa yang uniknya, ia dihasilkan dengan anti-galaktorea, boleh terjadi disebabkan pembuangan susu ibu yang mungkin berpenyakit. Jadi, secara tidak langsung boleh mencegah ibu daripada terkena jangkitan galaktorea apabila menggunakan pelindung puting payudara jenama ini.
Apa yang kami suka?
- Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, selamat dan tahan lama
- Tidak toksik, mesra alam, selamat digunakan
- Bentuk bulat dengan kayu anti-slip, tidak mudah jatuh
- Material cotton breathable, lembut dan selesa
- Anti-galaktorea
Terbaik Lembut & Ringan

Apa yang menarik?
Pilihan ramai ibu di Malaysia, Anakku Disposable Breast Pad diperbuat daripada 100% silikon cecair mengikut gred perubatan. Ia membantu menarik puting keluar apabila ia rata atau tenggelam. Pelindung ini juga boleh melindungi dan meredakan kesakitan pada puting yang dialami semasa penyusuan.
Ibu juga mudah untuk memegang puting apabila payudaranya membesar disebabkan penghasilan susu yang banyak.
Apa yang kami suka?
- Menyerap dengan lebih baik
- Direka dengan pelapik honeycomb
- Lembut & Ringan
- Bentuk kontur yang mudah untuk digunakan dan selesa
- Terletak kemas disebalik pakaian
Terbaik Anti-Overflow

Apa yang menarik?
Breast pad keluaran Boboduck ini memastikan payudara anda kekal kering dan selesa tanpa kebocoran susu sepanjang hari. Ia mendapat pengiktirafan kelayakan dari FDA & BRC, menggunakan 100% bahan bukan toksik, bebas BPA & tiada pendarflour.
Berbanding jenama lain, Boboduck breast pad ini mempunyai ketebalan 0.92mm yang mana lebih nipis tetapi mampu menjalankan tugas kalis kebocoran dengan baik, menjadikan payudara dan puting dalam keadaan selesa dan tidak terasa saat memakainya.
Apa yang kami suka?
- 0.92mm – Ultra thin & ringan
- Selamat digunakan dan terlekat dengan baik
- Anti-bocor, menjadikan ibu rasa selamat sepanjang masa
- Hadir dengan single pack untuk memastikan kebersihan terjamin
Terbaik Dengan Rekaan 4D

Apa yang menarik?
Ocheers Disposable Breast Pad merupakan pelapik pelindung yang diperbuat daripada bahan selamat seperti fabrik makromolekul SAP , kain bukan tenunan dan kapas pulpa kayu premium. Adakalanya membuat anda hampir terlupa yang anda sedang memakai pelindung payudara. Ia direka dengan pelindung 4 Dimensi baharu yang bertindak sebagai kalis kebocoran dari sudut berbeza.
Jangan khuatir jika anda takut susu tertembus kerana ia tiada masalah penyerapan terbalik yang mungkin menyebabkan baju anda basah kerana pad basah.
Apa yang kami suka?
- Reka bentuk 4D yang bertindak sebagai kalis kebocoran optimum
- Pita pelekat berganda pada kedua-dua belah untuk penetapan yang lebih baik
- Pelapik payudara dalaman yang lembut dan nipis
- Sangat menyerap dengan baik dan kalis bocor
- Pembungkusan luar boleh ditutup untuk penyimpanan yang mudah
Terbaik Berkualiti Tinggi

Apa yang menarik?
Selain menyerap kebocoran dengan baik, apa yang paling utama dalam memilih breast pad adalah penggunaan bahan di dalam pelindung. Justeru, Milk Planet Premium Disposable Pad menjanjikan bahan yang selamat tidak menimbulkan kerengsaan pada puting dan sekitarnya. Bebas klorin, minyak wangi dan toksin berbahaya.
Pelapik pelindung ini juga sangat lembut dan boleh bernafas dengan penyerapan berganda memandangkan ia diperbuat daripada fabrik bukan tenunan yang berkualiti tinggi. Bukan sahaja lembut pada kulit, malah menyerap lebihan susu dengan cepat supaya ibu rasa kering dan selesa setiap masa.
Apa yang kami suka?
- Menjamin kualiti premium
- Bebas klorin, minyak wangi dan toksin
- Mempunyai pelekat berganda supaya melekat dengan baik dalam coli
- Menggunakan ply-laminated kalis air dan menghalang kebocoran
Terbaik Lebih Kering

Apa yang menarik?
Legakan puting anda yang sakit dengan NUK Ultra Thin Nursing Pad yang menawarkan penyerapan muktamad untuk memastikan anda santai dan selesa.
Selain itu, ia lebih lembut dan bernafas untuk mengurangkan risiko kerengsaan. Pembinaan dwi-lapisan melindungi anda daripada bocor, amat disyorkan untuk ibu yang mempunyai aliran susu yang banyak.
Apa yang kami suka?
- Baik pada kulit, lapisan luar bernafas memastikan peredaran udara.
- Kesesuaian sempurna dengan bentuk pad yang direka bentuk secara anatomi dengan diameter yang meningkat sesuai dengan payudara anda dengan sempurna dan hampir tidak kelihatan.
- Dengan bulu super lembut tidak melekat pada kulit.
- Kapasiti penyerapan maksimum disebabkan oleh lapisan dalam khas dengan pengekalan cecair
Terbaik Dengan Kesesuaian Kontur

Apa yang menarik?
Direka bentuk dengan mengutamakan keselesaan setiap ibu, Bubbles Disposable Breast Pad sangat menyerap dan bernafas. Ia direka bentuk dengan sisi anjal lembut yang menghasilkan kesesuaian kontur semula jadi dalam coli.
Lapisan sarang lebah berkesan menghalang kebocoran sambil memberikan keselesaan dan kelembutan tambahan.
Apa yang kami suka?
- Mempunyai tepi lapisan lembut untuk mengelakkan kebocoran sambil memberikan kelembutan dan keselesaan tambahan.
- Bahagian anjal yang lembut membantu menghasilkan kontur semula jadi yang sesuai dalam coli dan bahan penyerap super yang digunakan memberikan perlindungan hebat sambil mengekalkan kulit dan pakaian kering.
- Ia sesuai dengan kontur, bernafas dan sangat menyerap.
- Setiap pad payudara dibalut secara individu untuk memastikan kebersihan dan higenik.
Terbaik Untuk Ibu Kulit Sensitif

Apa yang menarik?
Mother-K Breast Pad dibuat dengan 100 peratus kapas yang ditanam secara organik yang sentiasa selamat untuk bayi anda dan diri anda sendiri.
Kelembutan tambahan penutup kapas memberikan keselesaan yang lebih baik pada payudara, sementara ia sangat menyerap, lapisan anti-bakteria memastikan permukaan yang bersih untuk bayi pada setiap masa.
Jika anda mempunyai kulit sensitif atau jika bayi anda terdedah kepada alahan, maka menggunakan pad ini adalah sesuai.
Apa yang kami suka?
- Diperbuat daripada kapas organik
- Lebih lembut untuk keselesaan puting ibu
- Bentuk sarang lebah membantu penyebaran susu ibu secara merata dan menyerap dengan cepat
- Ia mudah ditanggalkan dan dibuang dengan pelekat
- Bentuk 3D yang melekat pada payudara dengan selesa dengan dua lipatan di kedua-dua belah
Perbandingan Harga Breast Pad Terbaik
Jenama |
Kandungan (unit) |
Harga |
Pureen Disposable Nursing Pad |
84 |
RM35.70 |
Lansinoh Stay Dry Disposable Nursing Pad |
24 |
RM15.00 |
Pigeon Honeycomb Comfy Feel Breast Pad |
100 |
RM41.00 |
Medela Safe & Dry™ Ultra Thin Disposable Nursing Pads |
30 |
RM29.00 |
Philips Avent Washable Breast Pads |
6 |
RM11.50 |
Autumnz Deluxe Disposable Breast Pad |
36 |
RM11.50 |
Tiny Touch Disposable Breast Pad |
60 |
RM29.90 |
Momo House Disposable Pads |
100 |
RM11.88 |
Angel Mommy Disposable Breast Pad |
100 |
RM10.80 |
Anakku Disposable Breast Pad |
24 |
RM21.90 |
Boboduck Disposable Breast Pad |
100 |
RM25.00 |
Ocheers Disposable Breast Pad |
30 |
RM 8.66 |
Milk Planet Premium Disposable Pad |
36 |
RM11.90 |
NUK Ultra Dry Breast Pad |
60 |
RM29.00 |
Bubbles Disposable Breast Pad Honeycomb |
72 |
RM19.90 |
Mother-K Honeycomb Breast Pad |
120 |
RM61.15 |
Tips Buat Ibu Yang Kerap Mengalami Kebocoran Susu

Perhatikan bagaimana perasaan badan ketika anda menyesuaikan diri dengan makanan bayi anda dan jangan biarkan payudara anda terlalu penuh! Jadi sekiranya ibu berada dekat dengan bayi ketika anda mula bocor, berikan pada si manja untuk menikmatinya.
Ingat bahawa pemberian makanan yang disusun adalah penyumbang utama kebocoran, jadi jangan terlalu terperangkap dalam jadual ya ibu. Namun sekiranya ibu tidak berada dekat dengan bayi ketika anda mula bocor, tekankan tekanan pada payudara. Memberi tekanan langsung dan sekata ke payudara dapat membantu menghentikan aliran.
Sekiranya anda berada di tempat awam atau di tempat kerja, silangkan lengan dengan erat di dada. Ibu juga boleh memakai bra atau baju yang selesa (tetapi tidak sempit) dengan alas untuk menjaga kebocoran minimum.
Pastikan Puting Sentiasa Bersih Untuk Elak Jangkitan
sumber: wikihow
Sama seperti tempat lain di dalam badan, ragi tumbuh di tempat yang gelap dan basah, jadi ganti alas atau bra penyusuan secara tetap agar tetap kering. Memakai baju berlapis dapat membantu menyamarkan kebocoran yang mengejutkan.
Sebab inilah pentingnya penggunaan breastpad buat ibu yang menyusu, jangan lupa tukar pad sekiranya terlalu basah ya. Semoga bermanfaat.
Sumber: happyfamilyorganics
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Payudara Saya Keluar Cecair Ketika Hamil. Adakah Ia Normal?
Baca juga: Cara Pam Susu Dengan Betul Supaya Payudara Tak Rasa Sakit, Susu Pun Kekal Meriah!
Baca juga: 9 Baju Breastfeeding Terbaik, Pilihan dari Dress, Pakaian Kerja Hingga Ke Baju Tidur Untuk Ibu Menyusu