14 Resepi Makanan Bayi 6 Bulan TERBARU Yang Mudah Disedia & Tinggi Zat

Hmm...melihat resepi saja sudah cukup menyelerakan, pasti si kecil tak sabar menikmati air tangan dari bonda tercinta
Masuk saja usia 6 bulan, tentunya ibu ayah rasa teruja sebab dapat lihat si manja mencuba makanan pejal buat pertama kali. Untuk itu, hari ini, kami kumpulkan 13 lagi resepi makanan bayi 6 bulan yang sangat berkhasiat dan mudah disediakan.
Menurut badan perbadanan kesihatan seperti World Health Organisation (WHO) dan UNICEF, umur enam bulan merupakan umur optimum bayi mula mencuba makanan.
Hal ini didorong oleh bayi berumur enam bulan yang sudah mempunyai sistem penghadaman agak matang dan bersedia menerima serta menelan makanan.
Di peringkat umur ini juga, sebaiknya makanan bayi 6 bulan dimasak terlebih dahulu supaya mudah dihadam.
Selain itu, jangan lupa ikut 4 days rules yang bermaksud tidak mencampurkan bahan-bahan lain dalam masa 4 hari bagi mengetahui reaksi alahan terhadap sesuatu makanan.
Jika sudah lulus dengan 4 days rules, ibu boleh mencuba campur dengan bahan yang lain pula.
13 resepi makanan bayi 6 bulan, jom ibu kita cuba!
#1. Makanan bayi 6 bulan - Puri pisang
Bahan-bahan:
- Beberapa ulas pisang dikupas dan dihiris
- Air masak / susu ibu/ susu formula
Cara-cara membuat:
1. Lenyekkan pisang.
2. Panaskan adunan selama 25 saat atau lebih untuk lembutkan lagi pisang.
3. Cairkan adunan dengan air / susu.
4. Siap untuk dihidang!
#2. Makanan bayi 6 bulan - Puri lobak merah
Bahan-bahan:
- 1 biji lobak merah (dibuang kulit dan dipotong kiub)
- Air masak / susu ibu / susu formula
Cara-cara membuat:
1. Cuci bersih lobak merah. Jika boleh, gunakan lobak merah organik. Kemudian kukus.
2. Masukkan ke dalam blender dan kisar hingga hancur.
3. Cairkan dengan air / susu.
4. Siap untuk dihidang!
#3. Makanan bayi 6 bulan - Bubur nasi
Bahan-bahan:
- 1/4 cawan beras (dicuci bersih dan dikisar halus)
- 1 3/4 cawan air
Cara-cara membuat:
1. Didihkan air.
2. Masukkan beras dan kacau.
3. Biar reneh dan teruskan mengacau sekurang-kurangnya 10 minit.
4. Siap untuk dihidang!
#4. Makanan bayi 6 bulan - Puri Lobak Merah dan Labu
Bahan-bahan:
• 50 g labu
• 1/2 batang lobak merah ( saiz sederhana )
Cara-cara membuat:
1. Labu dan lobak merah dipotong dadu.
2. Masukkan lobak merah ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.
3. Kemudian, masukkan labu yang telah dipotong dadu, dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga labu menjadi lembut.
4. Masukkan labu dan lobak merah ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan pada si kecil.
#5. Makanan bayi 6 bulan - Puri Keledek dan Bunga Kubis
Bahan-bahan:
• 1 biji keledek ( saiz sederhana )
• 50 g bunga kubis
Cara-cara memasak:
1. Keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
2. Bersihkan bunga kubis dan potong kecil.
3. Stim labu dan bunga kubis selama 10 minit atau sehingga lembut.
4. Masukkan labu dan bunga kubis ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.
#6. Makanan bayi 6 bulan - Puri Keledek dan Labu
Bahan-bahan:
• 1 biji keledek ( saiz sederhana )
• 50 gram labu
Cara memasak:
1. Labu dan keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
2. Stim labu dan keledek yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.
3. Masukkan labu dan keledek ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.
#7. Makanan bayi 6 bulan - Puri Lobak Merah dan Kentang
Bahan-bahan:
• 1 biji kentang ( saiz sederhana )
• 1 batang lobak merah saiz sederhana
Cara memasak:
1. Lobak merah dan kentang dibersih. Kemudian, dipotong dadu.
2. Rebus lobak merah dan kentang yang telah dipotong tadi selama 10 minit sehingga lembut.
3. Masukkan lobak merah dan kentang ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.
#8. Makanan bayi 6 bulan - Puri Kentang dan Kubis Bunga
Bahan-bahan:
• 2 biji kentang ( saiz sederhana )
• 50 gram kubis bunga
Cara memasak:
1. Kentang dibuang kulit dan dipotong dadu.
2. Bersihkan kubis bunga dan potong kecil.
3. Masukkan kentang ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit sehingga lembut.
4. Kemudian, masukkan bunga kubis dan reneh selama 2-3 minit sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan kubis bunga ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar hingga sebati.
#9. Resepi untuk bayi 6 bulan - Puri Epal, Pic Kering dan Kurma
Bahan-bahan:
• 1 biji epal merah
• 4-5 pic kering
• 1 biji kurma
Cara memasak:
1. Potong dadu epal.
2. Hiris kasar kurma dan pic kering.
3. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masukkan 4-6 sudu air.
4. Renehkan semua bahan selama 10 minit sehingga lembut.
5. Setelah lembut, kisar semua bahan hingga sebati di dalam mesin pengisar.
#10. Resepi untuk bayi 6 bulan - Puri Epal, Pir dan Kayu Manis
Bahan-bahan:
• 1 biji epal merah
• 1 biji pir hijau
• Sebatang kayu manis
• 3-5 sudu air
Cara-cara memasak:
1. Potong dadu epal dan pir
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Tutup periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah-buahan tadi lembut
4. Setelah lembut, keluarkan kayu manis dan kisar di dalam mesin pengisar sehingga sebati
#11. Puri Pir dan Avocado
Bahan-bahan:
• 1 biji pir hijau
• 1 biji avocado
Cara memasak:
1. Potong dadu pir dan renehkan dalam periuk selama 10 minit atau hingga pir jadi lembut.
2. Masukkan pir dan avocado tadi dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.
#12. Puri Epal dan Pisang
Bahan-bahan:
• 1 biji epal merah
• 1 biji pisang ( saiz sederhana )
Cara memasak:
1. Potong dadu epal dan renehkan di dalam periuk selama 10 minit atau hingga buah-buahan tadi lembut.
2. Masukkan epal dan pisang tersebut ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.
#13. Puri Mangga dan Avocado
Bahan-bahan:
• 1 biji mangga ( saiz sederhana )
• 2 biji avocado
Cara-cara memasak:
1. Potong isi mangga dan avacado dan masukkan ke dalam mesin pengisar.
2. Kisarkan sampai sebati. Campurkan sedikit air atau susu ibu jika perlu untuk memudahkan proses kisar.
#14. Serbuk ikan bilis

Satu cara lain untuk menambahkan rasa kepada resepi makanan bayi 6 bulan ialah untuk membuat serbuk ikan bilis di rumah.
Satu cara lain untuk menambah perisa kepada makanan bayi ialah untuk membuat serbuk ikan bilis di rumah.
Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis
Cara memasak:
- Buang kepala dan isi perut ikan bilis kemudian cuci dengan air. Rendam untuk 5 minit jika tidak mahu ikan bilis itu terlalu masin.
- Buang air rendaman dan perah ikan bilis itu untuk mengeluarkan lebihan air.
- Goreng hingga kering dan ranggup dalam kuali tanpa minyak. Ibu juga boleh menggunakan air fryer ataupun ketuhar untuk melakukan ini.
- Biar hingga sejuk, kemudian kisar sehingga menjadi serbuk.
Serbuk ikan bilis ini boleh dicampur bersama dengan bubur si manja. Tapi ingat, jangan guna terlalu banyak – kalau tidak direndam sebelum dimasak, ia mungkin terlalu masin.
Baki yang tidak digunakan boleh di simpan di dalam bekas kedap udara dan ke dalam peti sejuk sehingga habis digunakan.
Nota:
- Anda juga boleh tukar jenis buah mengikut kesukaan masing-masing.
- Selain rebus buah-buahan dan sayur tersebut, anda juga boleh kukus dahulu sebelum dikisar supaya zat dalam buah tidak hilang.
Selamat mencuba dan kongsikan dengan rakan anda yang lain!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Saji, Says.Com, Redza Zainol
Baca juga:
23 Resepi Makanan Bayi 8 Bulan PATUT Dicuba, Air Tangan Ibu Akan Buka Selera Anak!
Sedapnya Potato Cheese Ball! Sesuai Untuk Bayi Mula 8 Bulan, Boleh Naikkan Selera Makan!
Rupanya Ada Perbezaan Kesihatan Bayi Lahir Caesar Berbanding Normal, Ibu Sila Alert!
5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!