Mencari makanan organik bayi, atau makanan bayi mudah sedia?
Apabila bayi menginjak usia 6 bulan, ibu pasti teruja hendak menyediakan resipi untuk si manja yang baru belajar makan. Pastinya anda mahukan makanan berkhasiat, dan tanpa bahan pengawet yang tidak baik untuk bayi.
Namun adakala, ibu tidak sempat menyediakan makanan untuk anak, terutamanya pada waktu percutian atau travel. Malah ada ibu yang bawa periuk nasi setiap kali bercuti, semata-mata untuk memasak sendiri, janji anak dapat makan makanan berkualiti!
Jadi apakah solusi terbaik bagi keadaan ini?
15 Makanan Organik Bayi Memudahkan Penyediaan Makanan Bayi Anda
Kini, banyak produk di pasaran yang dikeluarkan bagi membantu penyediaan makanan bayi menjadi lebih mudah dan cepat.
Tambah menarik, kebanyakkan menggunakan konsep makanan sejuk beku atau hanya tambah air bagi mendapatkan makanan sihat untuk anak tanpa menunggu masa yang lama untuk disediakan.
Malah bukan sekadar puri dan serbuk perencah, kini makanan bebas pengawet untuk bayi juga ada dalam bentuk kek dan keropok! Untungnya anak-anak sekarang, sedari kecil sudah ada pelbagai pilihan makanan. Hihi.
Senarai Makanan Organik Bayi Mudah Sedia
Berikut senarai makanan organik bayi anda boleh didapati di pasaran Malaysia.
#1 Baby Sado HQ
Produk Baby Sadoo HQ membantu anak kecil yg mempunyai masalah dalam pemakanan seperti cerewet atau memilih untuk makan supaya lebih terbuka selera dengan pelbagai pilihan menu khas untuk anak berusia 6 bulan ke 3 tahun.
FB: Baby Sadoo HQ
#2 Rush Baby Food HQ
Produk biskut bayi dari rangkaian ini mempunyai tambahan bone broth di dalam kandungan utama biskutnya yang diketahui dapat meningkatkan imunisasi anak-anak.
Antara produk lain yang dikeluarkan oleh Rush Baby Food ialah Organic Baby Noddle dan keropok buah-buahan dan sayuran.
FB: Rush Baby Food HQ
#3 Baby Eats By Justlixa
Baby Eats By Justlixa menyediakan pelbagai pilihan menu dari usia 6 bulan sehingga 5 tahun, tanpa sebarang garam, gula, perasa tiruan dan pastinya tanpa pengawet.
Cara memasak juga mudah, hanya panaskan dan hidang!
FB: Baby Eats By Justlixa
#4 Bytiqahnasir
Produk utama yang dihasilkan oleh Bytqahnasir ialah berasaskan bone broth seperti chicken bone broth dan beef bone broth.
Bukan itu sahaja, pengasasnya juga turut mengeluarkan pes tomato dan stok udang yang pasti mampu menjadi perasa semulajadi untuk bayi dan keluarga anda.
FB: Bytqahnasir
#5 Baby Bites and Munch
Produk ini mengeluarkan makanan finger food sejuk beku buat ibu bapa yang tidak sempat menyediakan kudapan untuk si manja.
Cara penyediaan hanya perlu menggoreng dan boleh dihidangkan terus kepada anak-anak. Sudah pasti hidangan ini penuh dan bebas bahan pengawet, pasti menjadi pilihan si kecil anda.
FB: BabyBites & Munch
#6 Byciknuie
Rangkaian produk yang dikeluarkan oleh jenama ini merangkumi pelbagai jenis, dari biskut sehingga ke rempah ratus!
- Lebih 10 jenis biskut bayi
- Lebih 5 jenis bijirin yang sesuai untuk bayi
- 3 jenis perasa yang mesra bayi
- Rempah-ratus yang tidak pedas dan sedap
- Jajan sihat yang bebas pengawet
FB: Byciknuie
#7 Hokido Homemade Cakes
Siapa yang tidak sukakan kek? Daripada bagi anak-anak kek yang manis di pasaran, apa kata berikan kek comel keluaran Hokido ini.
Dengan saiz yang comel dan pelbagai perisa yang menggiurkan, pasti mampu menambat hati si kecil dan seluruh keluarga. Apa kata anda cuba semua perisa dan boleh juga dibuat bekalan anak apabila berjalan bersama keluarga kan!
FB: Hokido
#8 Jammy Fink
Nak dapatkan jem-jem yang mesra bayi? Pelbagai perisa jem boleh didapati dari Jammyfink seperti perisa strawberi, pisang dan kaya. Jammyfink turut menghasilkan kordial bebas pengawet, snek buah-buahan, waffle dan sos-sos yang sesuai untuk bayi anda.
Ternyata usahawan wanita ini sangat kreatif dalam penghasilan produknya. Ibu bapa tidak perlu gusar lagi dengan produk-produk yang tinggi kandungan gula yang dijual dipasaran. Beli sahaja produk jammyfink, anda pasti puas hati.
Klik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:
FB: Jammy Fink
#9 Mummy RQ Organic Baby Food
Fokus utama produk Mummy RQ adalah penyediaan serbuk-serbuk organik yang mesra bayi, dan pastinya tidak renyah untuk dihidangkan. Memang sesuai untuk dibawa ketika travel, pasti memudahkan ibu bapa yang membawa anak kecil.
Para ibu tidak perlu risau akan kandungan produk-produk jenama ini kerana ia 100% organik!
Klik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:
FB: Mummy RQ Organic Baby Food HQ
#10 Spread By Kaka Tanggo
Mudahnya bila ada spread sedia dimakan macam ni! Ibu tidak perlu lagi susah-susah menumbuk di dapur, semuanya sudah disediakan lengkap dalam spread keluaran Kaka Tanggo ini.
FB: Spreadbykakatanggo
#11 Byazitarlicious
Kek yang dihasilkan oleh Byazitarlicious ini bukan sahaja sedap malah sangat sesuai untuk anak-anak. Tambahan lagi, ia bebas gluten, sesuai untuk anak-anak ekzema, malah bebas gula, garam, perasa tiruan dan pewarna tiruan.
Kek ini hanya dihiasa dengan bahan semulajadi seperti buah-buahan, dan pewarna asli. Tidak perlu risau lagi bila menjelang hari lahir anak, malah anak pun suka tau!
FB: Byazitarlicious
#12 Bylighten
Hanya menggunakan ikan segar dan tepung sagu dalam penghasilan keropok, produk ini pasti akan menjadi kegemaran anak-anak yang sukakan kudapan seperti keropok. Berbeza dengan keropok lain, yang ini pastinya lebih selamat dan sedap pula!
#13 Izliyah Kitchen Homemade Babyfood
Rangkaian produk dari Izliyah Kitchen Homemade Babyfood bukan hanya terhad kepada biskut bayi sahaja malah termasuk produk bubur segera, serbuk sayur-sayuran, serbuk ayam dan serbuk ikan bilis yang pasti memudahkan tugas ibu di dapur.
Cara penyediaan cukup mudah, renjis sahaja dalam makanan bayi seperti bubur kosong, dah sedia untuk dimakan!
FB: Izliyah Kitchen Homemade Baby Food
Wah sedapnya tengok semua rangkaian makanan organik bayi ini! Jom cuba!
Dimana saya boleh dapatkan makanan organik bayi?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: bidadari.my
Baca juga:
https://my.theasianparent.commandian-organik-untuk-bayi/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!