TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Makan Panadol Boleh Rosakkan Buah Pinggang Dan Hati? Ini Penjelasan Doktor

11 Sep, 2023
Makan Panadol Boleh Rosakkan Buah Pinggang Dan Hati? Ini Penjelasan Doktor

Masih ramai dalam kalangan kita yang risau untuk mengambil ubat tahan sakit seperti Panadol kerana dikatakan mampu merosakkan organ dalaman.

Setiap kali sakit atau rasa tidak sedap badan, pasti anda terfikir untuk makan ubat Panadol sebab ianya mudah di dapati di farmasi-farmasi berhampiran malah ianya sangat berkesan.

Panadol adalah salah satu jenama ubat tahan sakit atau dikenali sebagai analgesik boleh didapati melalui preskripsi atau bukan preskripsi. Jenis-jenis ubat analgesik merangkumi paracetamol (juga dikenali sebagai acetaminophen), non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) dan opioid.

Namun masih ramai dalam kalangan kita yang risau dan mengelak untuk mengambil ubat tersebut kerana berpendapat Panadol mampu merosakkan organ dalaman manusia seperti hati dan buah pinggang.

Menerusi sebuah thread yang dimuat naik oleh Dr Samhan di laman Twitter, doktor perubatan ini berkongsi beberapa ilmu dan fakta tentang ubat tersebut kepada orang ramai.

Dr. Samhan berasa ilmu tentang Panadol ini adalah penting untuk diketahui oleh semua pihak bagi membanteras stigma salah tentang bahaya mengambil ubat Panadol untuk tubuh badan.

Secara umumnya, ubat Panadol digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller) bagi kanak-kanak, ibu mengandung atau ibu menyusu serta warga emas.

Beliau menjelaskan bahawa ubat Panadol adalah selamat untuk diambil bagi semua golongan umur. Walau bagaimanapun, ia mampu memberi komplikasi atau kesan sampingan jika dos ubat yang diambil berlebihan dan tidak sesuai dengan badan seseorang itu.

Berapa Banyak Dos Diperlukan Mengikut Usia?

Orang Dewasa

  • Panadol yang disarankan oleh golongan ini adalah sebanyak 2 biji sekali (500 mg) setiap enam hingga ke lapan jam. 
  • Jumlah pengambilan dos maksimum dalam masa sehari adalah 4g.

Kanak-kanak

  • Sirap Paracetamol: Perlu diambil sebanyak 15mg per kg berat badan dalam waktu enam ke lapan jam. Had maksimum pengambilan ubat ini dalam sehari adalah sebanyak tiga ke empat kali sahaja.
  • Ubat Peluru (Suppositories): Diambil sejumlah 30mg per kg berat badan setiap enam jam sekali. Had maksimum pengambilan ubat berkenaan adalah 5g sehari.

Jumlah Dos Yang Menyebabkan Kerosakan Hat

Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya untuk anda mengenal pasti dan alert tentang jumlah dos dalam ubat Panadol yang diambil.

Dr. Samhan turut senaraikan jumlah minimum dos yang mampu merosakkan organ dalaman seperti hati.

  • Dewasa: 7.5 hingga 10 g (kira-kira 20 biji) dalam sekali pengambilan ubat.
  • Kanak-kanak umur 1 hingga 6 tahun: 200mg per kg berat badan dalam sekali pengambilan ubat.

“Kesimpulannya, Panadol tidak rosakkan buah pinggang atau hati jika diambil dalam dos yang disarankan. Diakui juga paracetamol mempunyai kesan sampingan lain seperti alahan, loya dan sebagainya, tetapi ia jarang berlaku.

“Penghidap G6PD perlu dapatkan nasihat doktor sebelum ambil Paracetamol. Panadol hanya berada dalam badan selama empat hingga enam jam sahaja kemudian akan mengalami proses penghadaman.

“Panadol lebih selamat digunakan untuk pesakit yang mempunyai masalah pembekuan darah, pesakit gastritis, kanak-kanak dan ibu hamil atau menyusu,” katanya.

Masyarakat juga dinasihatkan untuk tidak percaya dan menyebarkan sebarang jenis mitos kepada orang ramai jika tidak pasti kesahihannya.

Twitter Dr. Samhan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Jangan Celup Picagari Dalam Botol Ubat, Begini Cara Yang Betul Bila Bagi Anak Ubat Cecair

Baca juga : Boleh Tak Makan Ubat Selsema Untuk Ibu Mengandung? Asyik Tak Sihat Saja Sejak Hamil

Baca juga : 8 jenis ubat yang berbahaya dan mampu memudaratkan si kecil anda

Stories Rakan Kongsi
How To Get Your Child To Eat More Wholegrain
How To Get Your Child To Eat More Wholegrain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Does Cattle Treatment & Breed Really Matter for Quality Formula Milk?
Does Cattle Treatment & Breed Really Matter for Quality Formula Milk?
Happiness And Success: Finding The Right Balance Between Hard Work And Enjoying Life
Happiness And Success: Finding The Right Balance Between Hard Work And Enjoying Life

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Makan Panadol Boleh Rosakkan Buah Pinggang Dan Hati? Ini Penjelasan Doktor
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham