Ibu bapa perlu lebih berhati-hati dan tidak memberi ubat sebarangan kerana ia mungkin ubat berbahaya untuk bayi.
Badan bayi tidak sama seperti badan orang dewasa. Mereka sangat sensitif dan boleh mengalami tindak balas yang teruk dari ubat yang tidak sesuai.
Biarpun ubat itu ubat herba atau ubat yang boleh dibeli over the counter,tanpa preskripsi doktor, ibu bapa masih perlu berhati-hati.
Jom semak panduan 8 jenis ubat berbahaya untuk bayi ini agar anda lebih bersedia dan mampu mengelak sebarang kecelakaan yang tidak diingini.
Ketahui 8 jenis ubat berbahaya untuk bayi
1. Aspirin
Jangan pernah beri bayi aspirin atau ubat apapun yang mengandung aspirin kecuali atas saranan doktor.
Aspirin adalah ubat berbahaya untuk bayi kerana ia boleh menyebabkan Reye’s syndrome; sejenis keadaan yang boleh menyebabkan pembengkakkan hati dan otak. Walaupun jarang berlaku, Reye’s sindrom adalah penyakit yang boleh membawa maut.
Aspirin kadang-kadang mempunyai nama lain contohnya “salicylate” atau “acetylsalicylic.”
Acetaminophen atau ibuprofen adalah ubat yang lebih sesuai apabila bayi demam atau dalam kesakitan, tetapi ibuprofen tidak selamat untuk bayi di bawah 6 bulan.
2. Ubat mual dan muntah-muntah
Jangan beri ubat untuk merawat rasa mual dan muntah pada bayi kecuali jika anda ada preskripsi dari doktor. Ubat jenis ini ubat berbahaya untuk bayi kerana ia mempunyai risiko untuk menimbulkan komplikasi pada bayi.
Jika bayi menunjukkan tanda-tanda dehidrasi, bawa anak untuk berjumpa doktor dengan segera.
3. Ubat batuk dan selesema over the counter yang dijual secara bebas
Kajian telah membuktikan ubat batuk dan selesema yang dijual bebas terbukti kurang berkesan. Bahkan ubat batuk dan selesema ini ubat berbahaya untuk bayi apabila terlebih dos yang disyorkan!
Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya seperti:
- mengantuk yang berlebihan
- meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung
- loya
- melambatkan pernafasan
- kekejangan
- cirit-birit
- ruam
4. Ubat orang lain atau ubat untuk penyakit lain
Jangan beri ubat atau preskripsi
orang lain, biarpun anak mempunyai tanda-tanda yang sama. Ubat ini mungkin tidak sesuai dan adalah ubat berbahaya untuk bayi.
5. Ubat untuk orang dewasa
Apabila ibu bapa sembuh dengan satu dos, ini tidak bermakna si kecil juga akan sembuh jika diberi dos yang lebih kurang.
Dos untuk bayi selalu ditentukan oleh doktor melalui berat badannya.
6. Ubat yang sudah luput
Ubat yang sudah tamat tempohnya perlu dibuang. Begitu juga dengan ubat yand telah berubah warna atau berubah bentuk misalnya pil yang telah hancur.
Ubat yang sudah luput tidak akan berkesan lagi malah berbahaya jika diberi.
7. Ubat dalam bentuk pil
Ubat kunyah atau ubat dalam bentuk pil merupakan salah satu ubat berbahaya untuk bayi. Si kecil senang tercekik apabila menelan ubat dalam bentuk pil.
Jika ubat masih diberi dalam bentuk pil, tanya doktor dulu cara pemberian yang betul. Bolehkah ubat itu dihancurkan dan dicampur dengan makanan anak misalnya, atau dilarutkan dengan sedikit air?
Anak mesti menghabiskan ubat itu untuk memenuhi dos yang ditetapkan.
8. Ubat titis mata
Jika mata si kecil keluar lelehan atau gatal, jangan sebarang menggunakan ubat titis mata orang dewasa.
Mata si kecil belum berkembang sepenuhnya, dan ubat titis mata yang biasa dimiliki di rumah adalah ubat khas untuk mata dewasa. Jadi bawalah si kecil berjumpa dokter untuk mendapat ubat yang sesuai.
Semoga artikel ini menjadi peringatan supaya ibu bapa tidak memberi ubat sesuka hati. Ubat boleh memudaratkan apabila tidak digunakan dalam cara yang betul.
Sumber: FDA, CanIgivemyBaby, Mayoclinic
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Tiada Lagi Drama Semasa Beri Bayi Makan Ubat Dengan Helah Ibu Ini!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!