Baru-baru ini khabar berita mengenai kematian bayi Landon kerana dehidrasi telah menjadi viral di media sosial. Baca: Bayi Baru Lahir Meninggal Akibat Dehidrasi.
Berita tersebut tidak hanya menuai duka, tetapi juga telah mencetus kontroversi mengenai susu ibu dan susu formula. Maka, theAsianparent Indonesia telah menemubual Dr Wiyarni Pambudi, SpA, IBCLC untuk mendapatkan input pakar mengenai kejadian itu.
Dr Wiyarni Pambudi adalah pensyarah dan pengamal kesihatan Kanak-kanak untuk Satgas ASI Ikatan Doktor Anak Indonesia (IDAI), serta Ketua Umum Sentra Laktasi Indonesia (SELASI).
Menurut doktor, apakah yang dialami oleh Landon sehingga boleh mengalami serangan jantung pada hari ke-3 kehidupannya?
Selepas membaca tentang cerita Jilian Johnson yang dimuat pertama kali oleh Fedisbest.org – Landon telah meninggal dunia pada usia 19 hari selepas bertahan di unit rawatan intensif neonat selama 15 hari.
Pada usia 3 hari, kira-kira 12 jam selepas pulang dari hospital, Landon ditemui dalam keadaan berwarna biru, dengan suhu badan 33.9 darjah Celsius (hipotermia), tidak responsif walaupun telah dilakukan intubasi, beberapa siri adrenalina, dan melakukan CPR selama 30 minit, tetapi denyutan jantung masih tidak dapat dikesan.
Dengan persetujuan ibu bapa, CPR dihentikan, IV telah dipasang serta mesin ventilator untuk membantu pernafasan Landon. Lebih kurang 20 minit kemudian, denyutan jantungnya telah kembali dan Landon dipindahkan ke unit rawatan intensif neonat serta merta untuk prosedur pengendalian kecederaan otak pada bayi dengan teknik head cooling.
Sehingga akhir hayatnya, diagnosis baby Landon adalah hypoxic-ischemic encephalopathy dengan pneumonia, cardiac pulmonary arrest (resuscitated), hypernatremic dehydration, and other undetermined factors, sebagaimana disenaraikan oleh Department of Medical Examiner-Coroner.
Kejadian yang dialami baby Landon merupakan keadaan yang jarang berlaku. Beberapa penerbitan menyebutkan insiden breastfeeding hypernatremic dehydration (BFHD) hanya berkisar 1.3-1.9% dari populasi neonat. Namun keadaan ini boleh mengakibatkan kesan kerosakan otak yang serius sehingga mengancam nyawa.
Dehidrasi hipernatremik boleh berlaku kepada bayi yang tidak mendapatkan susu ibu yang secukupnya, terutamanya pada masa peralihan di hari-hari pertama kehidupannya. Semua bayi baru lahir perlu dipantau selama 48-72 jam pertama sebelum dibenarkan pulang dari hospital.
Jika berlaku penurunan berat badan melebihi 10% atau ada tanda-tanda dehidrasi yang nyata, maka kadar natrium darah akan meningkat, mencetuskan sawan, pendarahan otak atau trombosis saluran darah yang menghentikan bekalan oksigen ke organ tubuh termasuk memberhentikan jantung semakin berhujung kematian.
Apakah had selamat penurunan berat badan bayi selapas dilahirkan? Apakah korelasinya dengan penyerapan nutrisi?
Di minggu pertama kehidupan, penurunan berat badan bayi baru lahir adalah kebiasaan. Berdasarkan kajian Prof Valerie Flaherman dkk dari UCSF, terdapat perbezaan antara bayi yang lahir secara normal dengan bayi yang lahir melalui pembedahan Caesarean (lihat carta di bawah).
Bayi lahir secara normal akan mengalami penurunan berat badan hingga titik nadir pada usia 54-60 jam, sedangkan bayi Caesar hanya akan menyentuh titik nadir pada usia 60-72 jam.
Kedua-duanya memerlukan perhatian khusus apabila terdapat penurunan lebih dari 10% daripada berat lahir, atau penurunan lebih dari 7% yang disertai dengan simptom klinikal yang menunjukkan bayi itu tidak cergas.
Setelah melalui fasa peralihan ini, diharapkan berat badan bayi yang mendapatkan susu ibu secara eksklusif, akan terus bertambah dan kembali mencapai berat lahir di usia 10-14 hari.
Dalam kes baby Landon, dia didiagnosis mengalami hypoxic-ischemic encephalopathy atau kecederaan otak akibat kekurangan oksigen kerana tekanan darah rendah dari dehidrasi dan serangan jantung. Apakah yang boleh menghalang keadaan ini? Adakah pemberian susu ibu perah atau susu formula boleh membantu?
Jika berlaku penurunan berat badan lebih dari 8-10% berat lahir, atau bayi menangis berterusan walaupun telah disusukan ibunya, langkah seterusnya adalah untuk menilai pengurusan laktasi.
Adakah kedudukan dan perlekatan bayi semasa menyusu sudah optimum? Kaunselor penyusuan juga perlu dihubungi untuk memberikan bantuan praktikal pada ibu baru. Siri pemeriksaan perlu dilakukan, seperti penilaian payudara ibu, rongga mulut bayi, pemeriksaan gula darah, serum natrium, marker jangkitan, dan keadaan bayi secara umum.
Dalam keadaan susu ibu yang belum mencukupi, pemberikan susu ibu perah dari ibu kandung atau daripada penderma boleh dipertimbangkan.
Dalam hierarki makanan bayi, apabila ibu tidak dapat menyusukan anaknya, pilihan seterusnya adalah susu ibu perah ibu kandung, atau susu ibu penderma. Jika tidak ada susu ibu penderma, formula bayi juga boleh diberikan sehingga pengeluaran susu ibu mencukupi.
Bayi yang lahir secara Caesar, mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami BFHD. Selain itu ibu baru pertama kali hamil dan mempunyai bayi mungkin akan sangat bermotivasi untuk menjadi ‘susu ibu ekslusif’.
Mereka belum mengikuti kelas laktasi, dan mereka kurang pengetahuan tentang keadaan perubatan tertentu termasuk gangguan hormon atau struktur payudara.
Namun secara umum, setiap ibu (dan bapa) perlu memahami tanda-tanda bahaya berikut dan untuk membawa bayi mereka berjumpa doktor dengan segera:
Jillian, ibu Landon, telah didiagnosis dengan PCOS, diabetes, masalah dengan kemandulan, serta puting kecil dan payudara yang tidak berkembang selama kehamilan. Tubuhnya tidak dapat menghasilkan susu ibu yang mencukupi. Apakah cadangan doktor kepada Jillian?
Prinsip paling penting seorang doktor adalah ‘do no harm’. Ini bermaksud segala keputusan info-cadangan-tindakan yang dilakukan seorang doktor haruslah mengutamakan pesakit.
Dalam kes Landon, apabila kita mempertimbangkan faktor dan risiko yang sudah diketahui, pemberian susu ibu dengan teknik supplementary (bayi boleh mendapatkan susu tambahan sambil menyusu pada payudara ibu).
Untuk ibu-ibu lain yang sedang hamil dan belum mengikuti kelas laktasi, daftarkanlah diri untuk mempelajari ilmu penyusuan, berkongsi tips tentang penyusuan dan siapkan diri dan pasangan untuk lebih peka terhadap apa-apa perubahan pada minggu pertama kehidupan bayi. Kenali ‘tanda bahaya’ yang boleh mengancam kesejahteraan bayi, supaya ia boleh dikesan dengan lebih awal dan ditangani.
Sebagai perunding laktasi, apakah tips yang doktor boleh berikan kepada para ibu yang menghadapi kesulitan untuk menyusu sejurus bayi dilahirkan?
Setiap pasangan ibu-bayi-ayah akan memerlukan tips yang berbeza mengikut keperluan mereka. Masalah penyusuan boleh disebabkan oleh keadaan dalaman ibu dan bayi, tetapi ia juga dipengaruhi faktor sokongan dan rasa percaya diri. Jika ibu menghadapi masalah untuk menyusu, dia perlu berjumpa kaunselor atau perunding laktasi dengan segera.
Setelah melakukan penilaian, baru kami boleh memberi jalan penyelesaian yang realistik berdasarkan keutamaan dan kesejahteraan bayi (dan ibu).
Jika ibu tidak menghasilkan susu ibu apabila ia diperah dan tidak mempunyai penderma susu ibu, bolehkah bayi itu diberikan susu formula?
Kalau kita berpandukan pada hasil kajian Prof Riccardo Davanzo, dkk yang dimuatkan dalam Journal of Human Lactation, susu tambahan yang diberikan memang berupa susu ibu perah, susu ibu penderma, ataupun formula bayi.
Indikasi perubatan membenarkan doktor menetapkan formula apabila berlaku hipoglisemia, dehidrasi, hipernatremia, hiperbilirubinemia yang tidak dapat diselesaikan dengan pemberian susu ibu.
Bolehkah air gula, teh, madu, air beras, atau susu kambing / lembu diberi sebagai penganti berbanding memberikan susu formula? Apakah bahayanya?
WHO tidak mengesyorkan air gula, makanan lembut dan lain-lain sebagai pengganti susu ibu. Selain dari susu ibu, makanan lain sukar untuk dihadamkan perut bayi disebabkan saluran pencernaan bayi yang belum matang.
Bayi tidak akan mendapatkan nutrisi yang secukupnya berbanding dengan susu ibu yang mempunyai komposisi yang mengikut keperluan bayi.
Mengenai Perang susu ibu vs susu formula, ada yang mengatakan idustri susu formula boleh menggunakan kejadian ini untuk mempengaruhi ibu-ibu baru. Namun ada juga para ibu yang merasa sangat tertekan kerana dianggap tidak menyayangi bayinya jika memberikan susu formula. Bagaimanakah pandangan doktor tentang hal ini?
Keputusan ibu yang ingin memberi nutrient tambahan wajar dihormati, namun secara peribadi saya lebih menyarankan ibu untuk menyusukan anak mereka dengan susu badan sekurang-kurangnya untuk 6 bulan pertama secara eksklusif. Dan lebih baik jika dilanjutkan hingga 2 tahun atau lebih.
Memberi nutrient tambahan lain termasuklah susu formula mempunyai kesan sampingan yang banyak dan perlu diketahui oleh para ibu bapa. Susu formula bayi wajar diberikan jika terdapatnya indikasi medikal.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!