X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kandungan Kembar Hadir Dengan Risiko Komplikasi Yang Boleh Ragut Nyawa Bayi & Ibu, Awas Ya!

4 min bacaan
Kandungan Kembar Hadir Dengan Risiko Komplikasi Yang Boleh Ragut Nyawa Bayi & Ibu, Awas Ya!

Komplikasi kehamilan adalah isu biasa dikalangan ibu hamil, namun risikonya berganda bagi kehamilan kembar atau berganda. Juga bayi kembar menghadapai beberapa risiko komplikasi khas yang tidak terdapat pada bayi kehamilan tunggal.

Bayangkan betapa gembiranya anda apabila mendapat tahu anda sedang hamil. Dan cuba bayangkan muka anda dan suami setelah diumumkan oleh doktor bahawa anda sedang membawa kandungan kembar!

Wah, rasa sangat seronok dan teruja namun akan rasa sedikit tertekan kerana perbelanjaan dan penjagaan kini dua kali ganda daripada yang dijangkakan. Namun begitu, tahukah anda bahawa risiko komplikasi kepada bayi dan ibu semasa kandungan kembar lebih tinggi berbanding kandungan tunggal?

Kami ada penjelasan di bawah.

Komplikasi kandungan kembar terhadap bayi

Terdapat beberapa komplikasi semasa mengandung kembar. Ini risiko terhadap bayi yang setiap ibu bapa baru perlu tahu agar mereka lebih bersedia secara mental dan emosi.

kandungan kembar

  • Kelahiran pramatang

Bagi kandungan kembar dua, tempoh kehamilan lengkap bagi mereka adalah 37 minggu. Namun mereka berisiko untuk lahir lebih awal. Ini menyebabkan komplikasi kepada bayi kerana organ bayi mungkin belum terbina sepenuhnya.

Akibatnya, bayi berkemungkinan mati ketika lahir atau memerlukan rawatan lama di unit rawatan rapi neonatal (NICU) bagi membantu organ bayi berfungsi. Berat bayi pramatang biasanya sangat rendah iaitu di bawah 2.5kg.

  • Sindrom transfusi kembar-ke-kembar (TTTS)

Kandungan Kembar Hadir Dengan Risiko Komplikasi Yang Boleh Ragut Nyawa Bayi & Ibu, Awas Ya!

Terutama kepada kembar seiras yang berkongsi placenta, akan berlaku transfusi darah di antara kembar.

Aliran darah tidak seimbang kepada keduanya dan menyebabkan salah seorang bayi bersaiz lebih kecil dan mengalami anemia akibat kekurangan darah manakala seorang lagi mendapat darah berlebihan yang boleh mengakibatkan kegagalan jantungnya untuk berfungsi.

Kesan paling buruk, komplikasi ini boleh mengakibatkan keguguran salah seorang atau kedua-duanya.

  • Kematian salah seorang dari kembar dalam kandungan

Akibat daripada TTTS, salah seorang daripada bayi berisiko untuk mati dalam kandungan atau yang dikenali sebagai sindrom kehilangan bayi kembar (vanishing twin syndrom).

Ini boleh menjejaskan perkembangan bayi yang masih hidup, mengakibatkan kelahiran pramatang dan palsi serebral iaitu sekumpulan gangguan kepada otak dan juga sistem saraf yang mengakibatkan kecacatan kekal.

  • Kematian ketika lahir

Kematian ketika lahir lebih tinggi bagi kehamilan kembar berbanding kehamilan tunggal. Sekiranya selepas tempoh lengkap kehamilan (37 minggu), bayi tidak juga dilahirkan, doktor akan mencadangkan kelahiran secara induksi atau caesarean bagi mengelakkan risiko kematian ketika lahir.

  • Komplikasi lain

Kehamilan kembar meningkatkan risiko beberapa komplikasi kehamilan lain termasuk keabnormalan bawaan (congenital abnormalities), kedudukan bayi dalam kandungan yang tidak normal, kedudukan plasenta menutupi bukaan servik (placenta previa) dan uri yang lekang sebelum tiba waktu kelahiran (placental abruption).

Komplikasi kandungan kembar terhadap ibu

kandungan kembar

 

Wanita juga menghadapi masalah kesihatan ketika hamil tetapi risiko ini meningkat bagi kehamilan kembar. Antara risiko tersebut termasuk:

  • Tekanan darah tinggi (gestational hypertension)

Bagi ibu yang hamil kembar, risiko ini meningkat kepada dua atau tiga kali ganda. Ini juga boleh meningkatkan risiko kepada komplikasi lain ketika hamil termasuk saiz bayi yang kecil (intrauterine growth restriction – IUGR), kelahiran pramatang, uri lekang dan kematian ketika lahir.

  • Preeclampsia

Juga dikenali sebagai Toxemia atau tekanan darah tinggi akibat kehamilan (PIH), ia adalah keadaan dimana ibu mengalami tekanan darah dan kandungan protin tinggi dalam air kencing selepas minggu ke-20 kehamilan.

Preeclampsia yang kronik boleh menyebabkan pendarahan, sawan atau kekejangan (eclampsia), kerosakan kepada hati dan menjadi punca kepada kematian ketika hamil.

  • Kencing manis ketika hamil (gestational diabetes)

Kandungan Kembar Hadir Dengan Risiko Komplikasi Yang Boleh Ragut Nyawa Bayi & Ibu, Awas Ya!

Risiko ini meningkat dua atau tiga kali ganda bagi kehamilan kembar.

  • Anemia

Kekurangan zat besi dalam badan tidak menggangu perkembangan bayi tetapi menjadikan ibu berasa sangat letih. Keadaan ini lebih biasa bagi kehamilan kembar kerana keperluan zat besi untuk bayi meingkat dua kali ganda berbanding kehamilan tunggal.

  • Obstetric cholestasis

Keadaan hati dimana cairan hempedu kurang memasuki hati lalu memasuki aliran darah, terutama garam hempedu. Ini akan menyebabkan kegatalan melampau kepada kulit wanita hamil.

Salah satu punca adalah peningkatan hormon estrogen dan progesteron, lalu dikaitkan dengan kehamilan kembar atau berganda. 

Namun begitu setiap kehamilan berbeza. Jika anda dikurniakan dengan berita bahawa anda sedang membawa kandungan kembar, tahniah kami ucapkan. Yang penting anda jaga diri sebaik yang mungkin. Makan makanan sihat, lakukan sedikit senaman dan makan asid folik!

Semoga artikel ini bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Suarakan pendapat anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pelik Tapi Benar, Seorang Wanita Mengandung Kembar Tapi Lahirkan Pada Tahun Yang Berbeza!

Baca juga: Mahu mengandung anak kembar? 3 posisi seks ini dapat bantu anda dapat anak kembar!

Baca juga: Waspada Dengan Hamil Kembar Air Atau Air Ketuban Berlebihan! Komplikasi Teruk Boleh Jadi Keguguran!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Manisah Ngalim

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Kandungan Kembar Hadir Dengan Risiko Komplikasi Yang Boleh Ragut Nyawa Bayi & Ibu, Awas Ya!
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham