TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Isteri Sarat Hamil, Suami Jangan Simpan Dendam Tapi Maafkanlah Kesalahannya Agar Bersalin Jadi Mudah

4 min bacaan
Isteri Sarat Hamil, Suami Jangan Simpan Dendam Tapi Maafkanlah Kesalahannya Agar Bersalin Jadi Mudah

Jangan pernah menyimpan dendam pada isteri anda tapi cubalah memaafkan setiap kesalahan yang pernah dia lakukan nescaya dapat mempermudahkan urusannya untuk bersalin

Ramai orang kata tips mudah bersalin itu perlu banyak berjalan, buat ketuk ketampi, minum air selasih, jaga pernafasan dan sebagainya.

Tapi pernah tak terfikir tips mudah bersalin wajar dilakukan adalah daripada suami tercinta. Hmm..tapi bagaimana ya?

Caranya adalah dengan memaafkan segala kesilapan isteri yang mungkin pernah melukakan hati suami.

Semestinya setiap wanita mengimpikan untuk merasai nikmatya kehamilan selepas berkahwin. Malah, ia satu-satunya pengalaman hidup yang cukup indah dan membahagiakan bagi pasangan yang baru berkahwin atau sudah lama mengidam cahaya mata.

Apatah lagi, rumah akan lebih ceria dan berseri dengan keletah si kecil yang kadang-kadang mencuit hati dengan aktifnya dia berlari, bermain, bernyanyi dan sebagainya.

Selain itu, kebiasaannya kita sebagai orang Islam akan mengamalka doa mudah bersalin sebagai aspek spiritual yang boleh membantu wanita menjalani proses melahirkan dengan lancar dan selamat.

Apatah lagi, doa adalah senjata penting untuk mengharungi apa jua cabaran, dugaan hatta musibah sekalipun dalam hidup.

Malah kita biasanya akan mengamalkan doa-doa bersalin tertentu dan membaca ayat suci Al-quran supaya membantu mempermudahkan proses bersalin kelak.

Tips mudah bersalin – doa yang dianjurkan alim ulama

tips mudah bersalin

Kredit: Keluarga

Ada dua jenis doa yang dianjurkan ahli agama untuk memudahkan isteri bersalin, memperoleh zuriat yang baik dan memelihara keselamatan kandungan.

Koleksi doa bersalin ini perlu dibaca oleh ibu yang menunggu saat untuk melahirkan anak.

Selain itu, doa ini juga boleh diamalkan kepada mereka yang menunggu kelahiran zuriat seperti suami atau ibu bapa.

Senarai doa ini diambil dari kitab suci Al-Quran.

tips mudahkan bersalin isteri

Kredit: Fristcry parenting

#1. Doa mudah bersalin bagi orang yang menunggu ibu bersalin (suami sangat digalakkan untuk membaca doa ini)

“Allah menginginkan kemudahan bagimu, dan tidak menginginkan kesukaran bagimu” (Surah Al-Baqarah, ayat 185).

“Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dalam pengetahuan – Nya” (Surah Al-Fatir ayat 11).

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya” (Surah Al-Zalzalah , ayat 1-2)

Dengan amalan doa ini diharap, urusan bersalin ibu dapat dipermudahkan sekaligus memberi kekuatan kepada anda sekeluarga.

Apatah lagi doa bersalin ini dapat dijadikan sumber pahala dan taqwa kepada Allah SWT.

Jika sedang menunggu hari untuk bersalin, cubalah untuk positifkan diri dan melalui pengalaman bersalin dengan sebaiknya.

Bahkan, pengalaman bersalin yang harus diharungi itu tentunya sesuatu yang ditakuti para ibu jadi mohonlah keampunan dari suami sekiranya anda pernah menyakiti hatinya tanpa sedar atau sedar.

Dengan keredhaan suami itu, nescaya ia dapat mempermudahkan urusan bersalin ibu jadi lebih mudah lantas melahirkan bayi comel dengan penuh sifat.

Tips mudahkan ibu cepat bersalin

mudahkan bersalin

Kredit: Donna.com.my

Stories Rakan Kongsi
10 mistakes you make that will turn your kid into a monstrous brat
10 mistakes you make that will turn your kid into a monstrous brat
Childhood Vaccinations Saw A Significant Drop in 2020(1), Now Doctors Are Pleading With Families To Return To Them
Childhood Vaccinations Saw A Significant Drop in 2020(1), Now Doctors Are Pleading With Families To Return To Them
Learn How To Money Parent: A Guide For Asian Parents
Learn How To Money Parent: A Guide For Asian Parents
7 Brilliant Mom Hacks To Battle The Dreaded Annual Cold and Flu Season
7 Brilliant Mom Hacks To Battle The Dreaded Annual Cold and Flu Season

– Sentiasa mengamalkan bacaan surah Maryam sepanjang anda hamil.
– Amalkan bacaan surah tiga Qul. Kemudian baca selawat dan sapu di atas perut hingga ke bawah.
– Selepas mandi, minum air titisan dari hujung rambut sambil berselawat dan berniat agar dipermudahkan bersalin sebagaimana mudahnya air tersebut menitis.
– Banyakkan mengiring ke sebelah kiri semasa tidur di waktu malam.
– Mengamalkan makan kacang sayur bendi kerana dipercayai bertindak sebagai pelincir dan mempermudahkan urusan bersalin kelak.
– Amalkan makan buah kurma dengan bilangan ganjil.
– Membaca doa Nabi Yunus semasa berada di dewan bersalin. Kalau boleh baca setiap hari dan amalkan selalu.
– Untuk proses pelincir, ibu digalakkan minum minyak kelapa dara sebagai memudahkan proses kelahiran.
– Makan dua biji telur setengah masak bermula dua minggu sebelum due date.
– Sebut zikir Ya Fattah supaya laluan bayi terbuka dengan cepat.
– Baca 21 kali zikir Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir dan hembus ke dalam gelas kemudiannya minum.
– Amalkan senaman kemutan otot lantai pelvik.

Akhir sekali mohon maaf dengan orang sekeliling sama ada suami, ibu bapa, adik beradik, sahabat handai dan sebagainya. Kemudian berdoalah memohon segala urusan bersalin dipermudahkan Allah Yang Maha Esa.

Isteri Sarat Hamil, Suami Jangan Simpan Dendam Tapi Maafkanlah Kesalahannya Agar Bersalin Jadi Mudah

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Pesona Pengantin 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Cara mudah bersalin untuk ibu hamil, jom amalkannya dari sekarang!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Isteri Sarat Hamil, Suami Jangan Simpan Dendam Tapi Maafkanlah Kesalahannya Agar Bersalin Jadi Mudah
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham