Sekejap saja masa berlalu. Kini, si kecil anda berada dalam fasa perkembangan anak usia 42 bulan. Tumbesaran mereka begitu pantas dan cepat hingga anda tak sedar si kecil sudah tahu banyak benda.
Perkembangan anak usia 42 bulan juga dapat dilihat apabila si kecil itu sudah bijak menguruskan emosi mereka dan pandai berkawan apabila bermain bersama teman yang lain.
Apatah lagi apabila mencecah perkembangan anak usia 42 bulan ini, anda akan melihat si kecil itu suka melompat, berlari, aktif, cergas dan berminat meneroka dunia.
Ia berkaitan dengan daya imaginasi mereka yang berkembang pesat seperti perbendaharaan kata yang semakin maju.
Jom kita lihat apakah perkembangan anak usia 42 bulan ini dengan lebih terperinci. Malah ia membantu anda mengenali si kecil dengan lebih rapat.
Perkembangan anak usia 42 bulan
#1 Perkembangan harian
Kredit: ketikkan bintang
Pada perkembangan anak usia 42 bulan ini, si kecil itu sudah tahu mengawal pundi kencing dan usus besar mereka. Tapi biasalah kadang-kadang ada yang terkucil juga. Contohnya, dia akan kata seperti ini:
“Ibu nak shi shi (ibu nak kencing)
Selain itu, si kecil juga tahu meletakkan kasut dan setiap hari tak lupa untuk memberus gigi semasa mandi.
Pada perkembangan anak usia 42 bulan juga, dia sudah memahami aspek kehidupan tertentu seperti mengamalkan makanan yang sihat dan mengambil langkah keselamatan seperti tidak menggunakan barang yang tajam atau tidak bermain permainan yang membahayakan.
Mereka juga boleh diajar untuk letakkan mainan dan tidak berebut dengan anak-anak yang lain. Perkongsian adalah didikan yang baik pada umur ini.
Tips:
- Biarkan anak berpakaian sendiri dan berikan kebebasan untuk mereka lalui penjagaan diri sendiri.
- Dalam penyediaan makanan. Berikan si kecil tugas mudah yang tidak melibatkan penggunaan peralatan tajam.
- Terapkan ciri-ciri keselamatan sama ada di dalam rumah mahupun di luar ketika bermain.
#2 Perkembangan fizikal
Perkembangan anak usia 42 bulan suka berlari, melompat, berguling, menari dan memiliki kemahiran asas mendaki.
Mereka tahu menaiki tangga dengan kaki berselang seli sambil memegang permainan. Dia juga begitu cekap tangkap dan baling bola dengan kedua-dua tangannya.
Selain dari kemahiran motor kasar. Kanak-kanak dalam perkembangan anak usia 42 bulan juga bijak menyusun permainan blok dan bermain puzzle.
Tips:
- Membakar dan masak kek bersama anak. Biarkan si kecil luahkan kreativiti mereka dalam hiasan topping kek tersebut.
- Mainan sukan mudah seperti menendang bola di sekeliling kawasan luar rumah.
- Membabitkan diri mereka dengan aktiviti ketangkasan seperti kerja seni.
#3 Perkembangan sosial dan emosi
Kredit: madu dan anak
Dalam usia ini, mungkin anda rasa konfiden untuk hantar anak ke taska supaya si kecil itu selesa berinteraksi dengan kawan-kawan yang seusia dengannya.
Dalam perkembangan anak usia 42 bulan ini, si kecil sudah tahu membina persahabatan dan minat yang sama dengan rakan-rakan.
Namun anda perlu bersabar tangani anak dalam usia ini kerana ada ketikanya mereka mudah tantrum dan apabila dilarang mereka akan ‘mencuba’ lagi.
Tips:
- Bimbing mereka untuk bermain dengan rakan-rakan seperti membina blok dari permainan, bermain flash card dan sebagainya.
- Meningkatkan keyakinan anak seperti biarkan mereka memilih kasut yang sepadan dengan stokin kaki.
- Sekiranya si kecil sedang tantrum atau mengamuk. Fahami dan kawal emosi mereka sebaiknya. Kemudian, bila si dia sudah kembali pulih dari tantrum, beritahu dia untuk uruskan emosi dengan baik.
#4 Perkembangan bahasa dan kognitif
Kredit: solusi sehatku
Perkembangan anak usia 42 bulan ini sudah tahu berkomunikasi dengan baik. Pada usia ini juga, si kecil sudah mempunyai perbendaharaan kata yang luas.
Anda boleh juga msukkan kata-kata mudah supaya menjadi ayat yang boleh si kecil fahami.
Kemahiran tatabahasa juga semakin berkembang dalam usia ini.
Malah mereka juga mengenali nombor dan dapat membezakan huruf. Jadi, anda harus membantu mereka supaya mengenali setiap huruf dan mengulanginya berulang kali pada anak.
Disamping itu perkembangan anak usia 42 bulan juga , mereka dapat membezakan objek dan mengenal pasti corak.
Tips:
- Berkomunikasi dengan anak setiap hari dan dengar setiap percakapan mereka seperti bertanyakan aktiviti mereka di taska dan sebagainya.
- Bimbing dan beri arahan mudah kepada anak seperti menyusun semula permainan setelah bermain dan mengemas meja selepas makan.
Bila perlu dipertimbangkan?
Adalah penting untuk mengetahui fasa perkembangan anak usia 42 bulan ini. Namun, jika masih belum mencapai mana-mana yang disebut dalam artikel ini. Bukanlah bermakna anak anda sudah tertinggal ke belakang berbanding rakan yang lain.
Tapi anda boleh bantu anak berunding bersama pakar pediatrik jika anda perhatikan perkara berikut.
- Menangis teruk bila dipisahkan bersama ibu, ayah dan pengasuh.
- Anak masih mempunyai masalah bercakap dan tidak tahu pembentukan ayat.
- Anak anda tidak boleh melakukan tugas harian seperti kanak-kanak lain.
- Daya ingatan yang tumpul.
Semoga perkongsian artikel ini memberi manfaat dan anda memahami si manja dengan lebih mendalam.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: parenting.co.id
Sumber: Penulis asal Bianchi Mendoza. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-usia-41-bulan/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!